WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, August 31, 2010

Sumbangan diperlukan...



Monday, August 23, 2010

Laporan: ALUMNI, Ihya' Ramadhan


Dengan nama Allah, Yang Maha Memberi Hidayah.


21-22 Ogos 2010
ALUMNI: Ihya' Ramadhan
Kg Teji & Kg. Abu
Cameron Highland
Pahang Darul Makmur


Seawal pagi 20hb Ogos 2010 bersamaan hari Jumaat, saya ke Shah Alam mencari kilang kurma dan kismis (berpakat kali ini, daripada memberi gula-gula pada kanak-kanak, baik kami beri kismis, banyak manfaatnya,insyaAllah)


Preparation sudah mula dibuat, ration pakaian, Subhanallah, banyak!

Begitu juga sumbangan kewangan, Alhamdulillah.


Oleh kerana banyak barang yang perlu dibawa, kami berpakat menyewa satu lagi van.

Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan,Jam 4pagi, 21 Ogos 2010, dua van dan empat buah kereta bergerak meninggalkan UIAM terus ke destinasi, lewat 2jam.


Berhenti sahur di Petronas Karak Highway.
Solat subuh di Masjid Besar Bentong.

Kemudian perjalanan diteruskan ke destinasi.



Jam 9pagi, Alhamdulillah kami sampai di simpang Kg. Teji.

Jalan ke bawah tidak mengizinkan kereta untuk turun.

Saya,Jali dan Harry mencari land rover atau kenderaan 4wheeldrive untuk tolong kami bawa barang turun ke kampung, manakala rakan yang lain berjalan kaki menuruni bukit terus ke kampung.

Alhamdulillah, ada 4wheel sanggup memberikan pertolongan.

Sesampai sahaja, masing-masing mengambil tugasan masing-masing.



Penyerahan barang derma kepada orang kampung


Iftar:



Membawa makanan sahur ke Kg Abu dan Kg Selangkar:


Moreh


Tazkirah dan Sesi soal jawab


Modul:


Perkongsian


bersama adik-adik ke Kg. Selangkar


membawa ration pakaian dan makanan ke Kg. Selangkar




Rindu dilepas setelah lama tidak berjumpa ibu angkat


bersama anak-anak muda kampung


menghantar ration ke rumah-rumah


durian yang disumbang kepada kami :)


harry bersama adik-adik


sumbangan Al-Quran untuk setiap rumah


kami


Kami bahagikan kumpulan kami kepada tiga kumpulan:

Kumpulan pertama di Kg. teji

Kumpulan kedua di Kg. Abu

Kumpulan ketiga di Kg. Selangkar


Alhamdulillah, kumpulan dibahagi mengikut imam untuk setiap Kampung.

Setiap kumpulan bertanggungjawab membuat program bersama kanak-kanak dan orang dewasa.


Pada jam 1230pm, 22Ogos2010,

Brothers keluar dengan motor orang kampung ke highway untuk membawa van masuk ke kampung.

Alhamdulillah berjalan lancar walaupun van tersangkut dalam lubang.

Separuh yang lain terus mendaki bukit untuk ke Highway,

Terasa diri diuji hebat.
Subhanallah...
Saya sendiri pancit nak memanjat bukit tu.
Dan saya pegang daun besar yang jatuh ke tanah.
Daun ditiup kencang seolah-olah menarik tangan saya untuk naik..


Hampir di puncak, pusing ke belakang melihat bukit dibelakang,
Subhanallah, tenang, semangat untuk terus naik lagi hingga ke highway.

Dugaan orang berpuasa.

ini kami semua


____________________________________________________

Cerita Abe Yatim:

Abe Yatim mengajak saya untuk makan di rumahnya malam selepas terawih.
Saya tanyakan,

abe sudah hafal bacaan dalam solat.
Alhamdulillah, cuma doa qunut sahaja masih susah nak hafal.
Tak mengapa. Abe sahur jam berapa?
Jam 4 pagi sudah bangun
Oh, boleh la abe buat solat sunat. Abe dah hafal semua.
Abe ingat nak belajar dari Adil, tapi dia tiada.
Adil jadi imam di Kg. Abu... Apa yang abe nak tanya?
Macamana nak solat sunat?
Oh, senang je abe. 2 rakaat, bacaan sama seperti solat fardu, yang beza hanya niat.

Menganggukkan kepala tanda faham.

Ya Allah, hati yang baru shahadah itu begitu semangat ingin beribadah kepada Allah, Subhanallah.

Abe bangun jam 6 pagi, pergi surau bersama beberapa orang kampung, solat subuh di sana.

Alhamdulillah.

Saya masuk kerumah abe Yatim, melihat tertampal didinding, bacaan-bacaan dalam solat ditulis dalam tulisan rumi. Usaha anak-anak angkat program yang lepas. Terima kasih adik-adik yang menyambung tugasan ini. Harap akan terus kesana memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Hati yang suci itu, memberi tarbiyah kepada hati saya. Terima kasih Allah.
Kami kesana bukan sahaja untuk memberi, tetapi untuk menerima segala ilmu dan tarbiyah yang disampaikan oleh Allah melalui setiap insan yang terlibat sepanjang program.
Alhamdulillah.

__________________________________________________________

Terima kasih kepada penyumbang penyumbang untuk program ini.
Terima kasih COMRADE UIAM yang turut sama membantu.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.

_____________________________________________


Sampai di UIAM jam 6petang
Terus IFTAR beramai-ramai di HS Cafe,UIAM bersama ALUMNI dan COMRADEAN yang lain, Alhamdulillah









GOOD LUCK FOR MID-SEM EXAMINATION !!!



Wednesday, August 18, 2010

Iftar Jamie & solat terawih



*please bring along your sajadah
*fee: Rm2 only
*refreshment are provided


Tuesday, August 17, 2010

IHYA' RAMADHAN, Kg. Teji & Kg. Abu, Cameron Highland.



FINAL CALL


Insyaallah, tanggal 21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431, jam 2 pagi, rombongan kami akan memulakan perjalanan ke perkampungan Orang Asli, Kg.Teji , Kg. Abu & Kg. Selangkar , Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.

Misi kali ini bertemakan "MARI MENGAJI" yang akan menyampaikan ayat Allah ke dalam hati mereka. InsyaAllah target kali ini untuk mengajar penduduk yang berpotensi menghafal surah-surah pendek, mengajar penduduk (ayah,emak dan anak) mengaji, dan memantapkan bacaan anak-anak yang sudah pandai membaca IQRO'.

Disamping itu,sebelum iftar jama'ie, kami akan masak beramai-ramai bersama orang kampung. Dituruti dengan solat jemaah, tazkirah dan terawih, InsyaAllah.Kami juga akan mengadakan Mass Gathering bersama orang kampung dan sesi soal jawab tentang puasa, solat dan sebagainya,InsyaAllah.

Segala amanah yang diberi melalui sumbangan orang ramai InsyaAllah akan kami sampaikan.

Sumbangan masih dibuka.

Seterusnya, kami juga memohon doa dari kalian moga perjalanan kami lancar,begitu juga perjalanan program dan objektifnya tercapai,ameen.

~Niat yang jelas
Usaha yang mantap
Tawakkal~
InsyaAllah
Allah bersama
^____^



Monday, August 16, 2010

KG.MILK punye cerite...


Geng Modul bersama adik2 Kg.Milk..bukan senang sebenarnya nak 'mengawal' adik2 kt sini. Mereka ni boleh la dikategorikan sebagai kanak2 'hyperactive', tapi mereka bukanlah HADD (Hyperactive Attention Deficit Disorder). Aktiviti yang dijalankan oleh Geng Modul tetap mereka ikuti. Mewarna, melukis, menyanyi semua dieorang boleh. Senang cerite, dieorang ni hebat jugak la. Dan walau cuma sehari bersama dieorang ni tetap meninggalkan kenangan manis dalam ingatan kami. Jumpe lagi adik-adik..=)
Inilah gelagat peserta bila nampak camera. Kalau tengok betol2 gambar ni, sebenarnye ade 3 4 camera kat depan dieorang ni..haha..(hantu camera). Nak tau tak, sebenarnya kami semua ni baru je lepas riadah pagi. Di kampung ni, kami sedang menjalankan kempen "Hidup Sihat di Bulan Ramadhan". Yang muda bertambah muda,yang cantik kekal berseri. hehe..Aktiviti yang kami lakukan masa riadah pagi ni ialah permainan 'Tingkap Ajaib'. Permainan ni memang menguji kekuatan mental. Haa..ingin merasainya? Join la COMRADE ye..hee
"Hai..nama saya Najwa. Ini anak amek saya."
Satu lagi yang menarik pasal Orang Asli ni adalah anak-anak dieorang ni cukup digilai budak2 COMRADE. Tak tahu la kenapa, tapi kalau masuk kampung ade je yang dapat anak angkat. Comel tau anak-anak dieorang ni,.hehe..
Aktiviti bersama kaum ibu pulak atau dikenali sebagai HELWANI. Menganyam daun kelapa untuk dijadikan perhiasan diri sewaktu malam kebudayaan. Untuk perhatian, kami bukan wat 'ketupat' tau..hehe..maklumlah, perempuan sinonim sekali dengan simpulan bahasa 'menganyam ketupat'. Selain itu, sesi Fardhu Ain turut dijalankan. Berkongsi ilmu pengetahuan dan juga bersoal jawab mengenai Islam dan Iman antara agenda penting yang tidak pernah kami lupakan. Itulah gunanya ilmu, untuk dikongsikan,bukan disimpan ye kawan-kawan..
Gambar kenangan beramai-ramai selepas riadah pagi. Indahnya saat ini. Yang baru, yang lama, yang tua, yang muda, yang tinggi, yang rendah, semua nye SUKE!!! =)



Salam Ramadhan..=)


Tuesday, August 10, 2010

Ruangan kritikan membina..


Selepas mendapat arahan daripada badan pengurusan Comrade, maka Crew kini disini menyediakan ruangan untuk sama-sama ahli dan ajk Comrade memberi serta melontarkan cadangan yang membina kepada Comrade demi kebaikan dakwah kita juga kepada Orang Asli...

Anda cuma perlu memberi komen kepada kami melalui ruangan komen yang telah di sediakan di bawah ini. Kami memohon kerjasama  semua untuk memberi cadangan serta kritiakan yang tidak melampau serta mengikut tatatertib yang dianjurkan oleh Islam.


Maka, ayuhlah kita mengamalkan sikap keterbukaan ini demi kesejahteraan umat yang kita cintai....

We learn, We Experience, We lend a Hand!


Logo Comrade dan Cerita nya....


Comrade...
Bukan aku nak ingat..
Tapi memang senang melekat..
Aku masih teringat..

Waktu mula-mula aku terlekat...
Kena paksa dan kena ikat...
Oleh seorang Ustat(z)...

Kelas bahasa arab menjadi saksi..
Bagaiman aku dan harry...
Dengan Adil Mufti sekali....
Belajar sepenuh hati...

Di penghujungnya aku di ajak..
Harry juga tidak dapat mengagak..
Mula-mula boleh lah aku tolak...
Kali kelapan puluh, tak mampu aku nak tolak..
Bila bercerita bab sahabat...
Jatuh berjelepuk terus bertaubat...

Pemula kampung adalah di tuel...
Hari pertama dah macam naik sewel...
naik trak abang Zahar leher terkehel...
Bila sampai jer, senyap tak berbuel (bual)...

2 hari aku menghitung..
Kejap termenung,
mata harry aku tenung...
Hidung berair, kepala berdengung..

3 hari aku senyum paksa...
Cuba menikmati apa yang ada..
Azraai, Max dan Kak Awa..
baik tua atau muda...
Macam satu keluarga..

Maka bermula satu keindahan..
Adil Mufti pun dah naik sahan (Saham)..
Harry pun boleh tahan...
Gelaran Mesir melekat bagaikan di gan (m)...

Pak mat, bapak angkat ku..
Memang ceria sungguh di setiap petangku..
Melawak di depan pintu..
Memang hobi kitorang pada waktu itu..

5 Hari aku lalui...
Fulamak, best gile wak cakap lui (lu)...
dari plastik jadik besi keluli...
5 hari memang berbalui (loi)...


Namun malam menjelma...
Peristiwa yang semua orang takleh lupa...
Baik teruna mahupun dara...
Semua menggigil menghitung masa...

Kejadian yang menguji persaudaraan..
antara kawan-kawan...
rakan dan taulan....

Masing-masing rela berkorban...
Tidur di padang bukan satu permasalahan..
Quran di baca kemas di tangan....
3 tempat dipagari azan...

Namun itulah penguat jiwaku..
Untuk memahat Comrade di dadaku...
Bersama memaut tangan saudara-saudara baruku...
Orang Asli, dengan aku tetap bersatu....

nukilan: nurulqamar


Monday, August 9, 2010

Indah Ramadhan dengan Bersahur


Ahlan ya Ramadhan,
Ramadhan datang lagi!!!

Seorang kanak-kanak bertanya,
"Ibu, Ramadhan ini penuh dengan kebaikan, kenapa bu?"

Kemudian Si Ibu pun menjawab
 "Ya, bulan puasa kita kena penuhkan dengan amalan-amalan yang mulia sayang.."

"Ibu, Ateh tak sabarlah nak puasa ni..tapi kan bu, kalau Ateh penat macama mana bu? dah lah Ateh sekolah bulan Ramadhan ni..mesti letihkan?"

"Ateh pasti tak penat atau letih sebab Ateh kan kena bagun bersahur.."

"Sahur? alah bu, kalau Ateh tak nak bangun sahur tak apa kan bu? Ateh nak tidur, mengantuklah bu nak bangun pagi-pagi.."

"Ateh tak nak bangun sahur? kalau macam tu mestilah Ateh letih nak pergi sekolah..bersahur itu penting sayang.."

"Kenapa penting, ibu?"

" Nak tahu kenapa? jom kita tengok dalam laptop ibu ada beberapa keberkatan bersahur..nanti pasti Ateh tak nak tinggal sahur.."

Kemudian, Si ibu pun terus membuka laptopnya. Di skrin komputer ribanya itu tertera beberapa keberkatan amalan bersahur.

"Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat" HR Bukhari dan Muslim

Mereka yang bersahur, Allah akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Slain dari memperoleh kekeyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa pada siangnya,mereka juga memperoleh berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadah tersebut.

Ibn Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyelaraikan beberapa kelebihan berpuasa, yang antara lainnya ialah:

1. Bersahur adalah amalan sunnah
2. Membezakan diri kita dengan Ahlul Kitab
3. Menambahkan kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
4. Menghilangkan perasaan marah disebabkan lapar
5. Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat
6. Menjadi sebab kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
7. Dapat berniat puasa pada mereka yang terlupa berniat di malam hari

"  Ouh, macam tu ke bu, Ateh dah faham..patutlah kita kena bangun sahurkan..tapi bu, macam mana kalau Ateh tak lalu nak makan pagi-pagi sahur tu?"

"ermmmm....Ateh jangan risau, sayang..ada caranya..tengok ni.." Si ibu sekali lagi menunjukkan artikel yang terpampar di komputer ribanya.

Abu Hurairah ra berkata, sabda Rasullullah SAW: sebaik-baik makanan sahur itu bagi orang mukmin adalah kurma."

Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.


"Jadi, adik boleh makan sebiji kurma dan seteguk air..tak susahkan sayang?"

"Ya, ibu..memang mudah..Ateh jadi seronok pula nak puasa.."

Lalu si kecil itu bersama ibunya tersenyum gembira.


Thursday, August 5, 2010

Ragam FC & pelajar di SMKUK..


"GEMURUH JIWA..SEMANGAT MEMBARA..."
Biarpun baru selesai explorace, mereka...penat lelah tidak dihirau, bersatu suara berpadu tenaga..=)

FC Ceria, Adik2 gembira!! =)


Bermula dgn poco-poco,seterusnya Chicken Dance & diakhiri dgn Itik Dance..BEST!!!

Yeah!!! Kamilah JUARA!!!

PEACE!! Senyuman kami yg paling manis utk tatapan anda semua..=)


WELCOME NEW COMRADEANS


Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan booth dan mass gathering comrade pada minggu lalu. Alhamdulillah, COMRADE telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada warga UIAM..sekali lagi, tahniah COMRADE!!

Kepada semua yang baru menyertai kelab ini, Selamat Datang kami ucapkan. Semoga penglibatan anda di dalam kelab ini sedikit sebanyak dapat membantu serta membangunkan lagi masyarakat orang asli serta diri kita sendiri. 

"Ilmu pengetahuan dikongsi, kebahagian diraih bersama"


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.