WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, March 15, 2011

Jom Belajar IQRA' Untuk Mengajar IQRA'

Posted On 8:42 PM by C.O.M.R.A.D.E 0 comments

iklan copy paste dari  mubamuku mukabuku benlatif 



Assalamualaikum warahmatullah. 
Saya akan menganjurkan kursus intensif

''Bagaimana mengajar al-Quran dengan efektif

 menggunakan kaedah Iqra''.
 

Ustaz yang akan mengajar adalah anak murid kepada almarhum pelopor kaedah ini di Malaysia.

Guru: Al-Fadhil Al-Ustaz Asri Abdul Rahman 

Tarikh tentatifnya 26 Mac2011.
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Yuran minima akan dikenakan (rm10~15 untuk bahan2) 
Tempat adalah terhad :)
Sila hubungi Ashraf 013-6288689




Sunday, February 6, 2011

LATEST: ZIARAH KG SUSU, CAMERON HIGHLAND

Posted On 8:44 PM by C.O.M.R.A.D.E 0 comments


Monday, January 31, 2011

"Laa Taghdab!!.."

Posted On 9:51 PM by C.O.M.R.A.D.E 0 comments

Ya, semua pasti sedia maklum marah pasti berlaku pada setiap insan.. tipulah kalau kata kita manusia ini tidak pernah marah walau sedikit pun kan??
 
Alkisah...
Di sebuah kampung, terdapat dua adik beradik(Hasan dan Husin) yang suka sangat bergaduh, pantang bertemu muka, mulalah ada sahaja yang tak kena. Pada suatu hari, adiknya Husin terpanggil untuk pergi ke usrah kerana di paksa rakannya, Harun, dengan muka masam cuka Husin duduk di barisan paling belakang dengan niat bolehlah tidur atau mesej2 ke.. Namun, niat Husin tidak kesampaian, walaupun seat dia memang di belakang tapi Allah Maha Mengetahui dan pemberi petunjuk. Allah membuka hati Husin mendengar dan turut serta dalam usrah tersebut apabila terdengar Ustad muda menjerit "Laa Taghdap..!!" terus Husin membetulkan duduknya seolah-olah sangat berminat dengan topik tersebut. walhal, Husin tidak mengerti sedikit pun maksud perkataan yang di ungkap oleh Ustad itu. Husin terus menumpukan perhatian sehingga lah ke bibit waktu yang terakhir. Sungguh Husin tertarrik dengan usrah pada malam tersebut. 

Keesokan harinya...
Husin memulakan harinya dengan gelak ketawa yang sangat ceria. kata-kata ustad kelmarin masih terngiang-ngiang ditelinganya. Husin berazam untuk mengurangkan kemarahan dia yang selama ini yang sukar dibendung. sedang Husin bermain dengan kucing kesayangannya, datang Hasan tergopoh gapah menuju ke dalam rumah. Tiba-tiba......
Pooooommmmmmmm!!!!!
Husin segera masuk ke dalam rumah. 
"ah, sudah...kenapa pula dengan Hasan ni?" Husin bermonolog
setelah menjengah, Husin tidak mampu menahan ketawa sehingga mukanya kemerahan. Akhirnya ketawa Husin pecah juga kerana melihat Hasan jatuh ketika ingin melabuhkan punggungnya ke kerusi tetapi kerusi itu terlebih dahulu terburai dan akhirnya Hasan jatuh terjelepuk di lantai. Muka Hasan kemerahan menahan marah. Kakinya laju melangkah ke Husin. Husin ketakutan dengan pantas dia mengungkap kata-kata Ustad kelmarin "Aaabbaaaaang......Laa Taghdab!!! dalam hadith 16, Nabi kata Janganlah kamu marah!!...Laa Taghdab Abang..sorry sorry.." Hasan terpaku dan terus tergelak begitu juga Husin. 
Sejak dari hari itu mereka berdamai dan Hadith 16 menjadi aset untuk mereka untuk mengelakan pergaduhan. 

Kisah benar, cuma pengolahan yang sedikit berbeza. Jadikanlah pedoman dan tauladan buat kita zaman moden lagi siber ini.
LARANGAN MARAH
Apabila dikaji persoalan marah, kita akan berjumpa dengan
banyak larangan marah oleh Rasulullah
 
.
Daripada Abu Hurairah: Seorang lelaki berkata kepada Nabi:Nasihatilah aku, Nabi berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, Nabi berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy,) 
 
 


Wednesday, January 19, 2011

DAKWAH & RESEARCH INDUCTION COURSE 2011

Posted On 1:50 AM by C.O.M.R.A.D.E 0 comments


Bring to you by COMRADE~ DRIC (Dakwah and Research Induction Course) is coming this weekend, 21-23 January 2011 at Kem Rimba Bukit Lagong, Selayang~ so many exciting programme will be conducted!! Imam Muda Azhar will be invited along, anyone interested?? shall sms/ call Firdaus at 019-3677454... hurry2!!
go go COMRADE !!!! ♥♥♥

gather at main stairs at 5.00 pm with only RM 5 fees


Together we develop the Da'ie!


Saturday, January 8, 2011

PROGRAM ZIARAH KG TEJI SIRI 4:

Posted On 8:49 PM by C.O.M.R.A.D.E 2 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, dikurniakan waktu oleh Allah untuk berkongsi sedikit pengalaman Geng Belantara Alumni COMRADE dan juga disertai oleh beberapa ahli COMRADE yang lain serta beberapa orang peserta dari luar menziarahi Kg. Teji, Kg. Abu, dan Kg. Selangkar (siri 4) baru-baru ini. Permulaan tahun baru 2011 kami luangkan dengan menziarahi kampung-kampung ini. Target kami kali ini adalah untuk mengenalkan penduduk kampung dengan Nabi, Rasul, dan Malaikat, serta perbezaan antara mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat dan baik-baik belaka. moga perjuangan ini di bawah redha Ilahi. amin.

MAKLUMAT PROGRAM


Date: 31st December 2010 [bertolak 1hb January pada 1:00 pagi, di UIAM]
Venue: Foyer Masjid UIAM, Gombak, KL
Time: Final Touch will start at 5pm and Briefing will start at 8.00pm

Untuk program yang disertai 13 buah kereta ini, diharap para peserta dapat:
  • menjelaskan bayaran RM30 sewaktu briefing [kepada Bendahari Tengku Amizah Tengku Johari]
  • memakai kasut yang sesuai untuk masuk hutan [Crocs atau Asadi Giant amatlah dialu-alukan]
  • Baju sejuk [cuaca yang sejuk pada waktu malam] serta payung atau baju hujan [in case cuaca hujan di sana]
Organizing Committee: 
Programme Manager: Muhammad Faiz bin Abu Samah

Programme Coordinator
: Teji: Raihan Farhanah Ahmad  dan Izzah Yahya
: Abu: Pali dan Najwa Izni

Discipline and Ibadah:
Teji:  Che De and Syarif Amin
(Shafiq, IM Azhar, Asyraf Ali, Isma, Jua, Husna, Kengku,  Malihah and Azlina)
Abu: Shazni, Ustaz Razlan ,Yana
[Fatin Multazimah, Aqmar, Rabeeah, Yana, Norizan, Ruksana, Farhah, Jannah, Dalila, Farhah ]

Module: 
Teji :
Pidah and Farius
[Midar, Wiena, Azlina, Bai]
Abu:
Sarah Abei [Observer] Abdullah Hashim dan Zati
[Rowin, Inas, Akma dan Fikhriah USIM]

Catering:
Herman dan Irah [dipinjam dari Teji]
[Tasnim dan Hafis]

Sport: 
Teji: Kak Pijan dan Shafiq, Husna Kenari
Abu: Abg Sem, Zeni Nordin dan Nadia Hanem

p/s: Pak Cik Mad diminta berada di Teji dan Ust Razlan di Abu. Mintak tolong Ust Razlan untuk DNI di Abu jugak.
________________________________
ini adalah perancangan asalnya, atas sebab-sebab tertentu, hanya 10 kereta yang terlibat, dan peserta pun bertukar ganti. walaupun begitu, alhamdulillah, segalanya tetap berjalan lancar.

1/1/2011
alhamdulillah, rombongan kami bertolak pada hampir pukul 2 pagi dari UIAM. sebanyak 10 kereta yang di ikat reben merah di atas kereta masing-masing sebagai tanda kami satu rombongan. perjalanan kami menuju ke Masjid Sungai Koyan sebagai tempat transit sebelum benar-benar memasuki kampung. kami tiba di Masjid Sungai Koyan kira-kira pukul 5 pagi. di sini, kami berehat, solat subuh, sarapan,  dan persiapan kendiri sebelum memulakan perjalanan yang lagi mencabar untuk memasuki kampung. selesai sarapan, dalam pukul 9 pagi, kami menyambung semula perjalanan kami. Alhamdulillah hampir pukul 10 pagi kami tiba di highway atas kampung-kampung tersebut.

~rombongan 10 buah kereta~


setelah semua barang di letak di dalam pajero dan lori kecil Pak Cik Mad, sebahagian besar antara kami turun ke kampung Teji dengan menggunakan jalan hutan. cabarannya memang hebat, meskipun ada antara kami yang terjatuh kerana kelicinan jalan dan berselut, semuanya di hadapi dengan selamat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua berjaya melepasi cabaran ini.


~usung barang ke kg Abu~

setibanya di kg. Teji, comiteee kg Teji memulakan ziarah ke rumah keluarga angkat masing-masing. comittee kg. Abu pula menyambung perjalanan ke kg. Abu. oleh kerana catering berpusat di kg. Abu, tempat catering di set up. hanya comittee yang free ke rumah angkat masing-masing. ziarah bermula, ukhwah terjalin. modul pun memulakan tugas dengan melayan dan mengajar khalifah-khalifah kecil di sana. ruang lingkup pembelajaran tentang Nabi, Rasul, dan difokuskan pada Nabi Muhammad SAW. moga mereka dapat menyerap intipati yang kami sampaikan. oleh kerana cuaca hujan, banyak program kami tergendala. walaupun begitu, kami cuba yang terbaik untuk memberi perisian kepada orang kampung, insya Allah.



~modul-ajar kanak-kanak~

pada waktu petang, acara sukan diadakan di Kg Abu yang menggabungkan ketiga-tiga kampung. pelbagai permainan diadakan seperti, baling selipar, rebut kerusi, dan sebagainya. aktiviti terbahagi kepada tiga bahagian; kanak-kanak, abe (golongan bapa), dan amek (golongan ibu). semoga acara sukan ini mengeratkan lagi silaturrahim antara ketiga-tiga kampung ini. orang kampung juga dijamu dengan bubur kacang hijau dari pihak catering. alhamdulillah.






~suasana hari sukan~


~sedap ke bubur kacang tu, dik?~



~pihak catering yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan~

pada waktu malam pula, kami bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk orang kampung. paprik ayam sebagai lauk utama, rezeki dari Allah untuk orang kampung. moga mereka semua gembira dan bersyukur dengan rezeki ini. malam itu juga diadakan solat berjemaah, tazkirah maghrib, solat hajat dan sebagainya.


~solat berjemaah; tiang kekuatan para da'ei~



~tazkirah oleh Mohd Shazni; peringatan bersama~


~mengajar abe tentang Islam~

2/1/2011
Alhamdulillah, setelah selesai hari pertama kami di kampung, hari kedua menjengah. Alhamdulillah semua comittee masih dikurniakan nikmat sihat dan iman. hari ini dimulakan dengan Qiamullail. moga ia menambah kekuatan dalam diri para mudahidin dan mujahidat COMRADE. amin. setelah itu, kami disajikan lagi dengan makanan rohani dari saudara Mohd Shazni. banyak peringatan dan ilmu yang dikongsikan bersama. alhamdulillah. setelah itu, kami beriadah pula untuk kecerdasan fizikal. 


~jom beriadah~

selesai beriadah. kami bersarapan dan mempersiapkan segala barang-barang kebajikan untuk diagihkan kepada orang kampung. barang-barangan berupa makanan dan pakaian diagih sama rata kepada setiap rumah. kolaburasi para komiti memudahkan segala kerja. disamping itu, kerja-kerja gotong royong pembersihan juga dijalankan. semua orang membuat tugas masing-masing. semangat dan kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap komiti cukup baik meskipun kepenatan. terima kasih kalian! moga setiap usaha kita dihitung Allah Taala sebagai saham akhirat kita. insya Allah.


~mujahid serba boleh COMRADE~


~bersama khalifah-khalifah kecil Kg. Abu~


  
~antara comittee yang terlibat, tahniah kalian!!!~

selesai mengagih barang, mengemas kini segalanya, dan mengangkat barang ke pajero dan lori pak cik mad, kami memulakan perjalanan pulang. sekali lagi bukit diredah. ada antara komiti yang naik dengan pajero dan lori pak cik mad. meskipun pelbagai pengalaman ditempuhi, semuanya selamat sampai ke highway. alhamdulillah. 


~imam muda COMRADE vs imam muda ASTRO~

sebagai penutup, hari itu kami makan tengah hari bersama Imam Muda Azhar di depan Masjid Sungai Koyan. kami tiba di UIAM kira-kira jam 10 malam. Alhamdulillah atas pertolongan dan rezeki Allah untuk kami. jutaan terima kasih buat semua yang terlibat. moga pengalaman-pengalaman hebat kita di sana mengajar kita sesuatu untuk diaplikasikan dalam kehidupan mendatang. insya Allah. Terima kasih Ya Allah, terima kasih penduduk kampung Teji, Abu, dan Selangkar, terima kasih para Alumni COMRADE, terima kasih para peserta, terima kasih Imam Muda Azhar, terima kasih semua..

wallahualam.

WE OBSERVE, WE EXPERIENCE, WE LEND A HAND.


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.