Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, dikurniakan waktu oleh Allah untuk berkongsi sedikit pengalaman Geng Belantara Alumni COMRADE dan juga disertai oleh beberapa ahli COMRADE yang lain serta beberapa orang peserta dari luar menziarahi Kg. Teji, Kg. Abu, dan Kg. Selangkar (siri 4) baru-baru ini. Permulaan tahun baru 2011 kami luangkan dengan menziarahi kampung-kampung ini. Target kami kali ini adalah untuk mengenalkan penduduk kampung dengan Nabi, Rasul, dan Malaikat, serta perbezaan antara mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat dan baik-baik belaka. moga perjuangan ini di bawah redha Ilahi. amin.
MAKLUMAT PROGRAM
Date: 31st December 2010 [bertolak 1hb January pada 1:00 pagi, di UIAM]
Venue: Foyer Masjid UIAM, Gombak, KL
Time: Final Touch will start at 5pm and Briefing will start at 8.00pm
Untuk program yang disertai 13 buah kereta ini, diharap para peserta dapat:
- menjelaskan bayaran RM30 sewaktu briefing [kepada Bendahari Tengku Amizah Tengku Johari]
- memakai kasut yang sesuai untuk masuk hutan [Crocs atau Asadi Giant amatlah dialu-alukan]
- Baju sejuk [cuaca yang sejuk pada waktu malam] serta payung atau baju hujan [in case cuaca hujan di sana]
Programme Manager: Muhammad Faiz bin Abu Samah
Programme Coordinator
: Teji: Raihan Farhanah Ahmad dan Izzah Yahya
: Abu: Pali dan Najwa Izni
Discipline and Ibadah:
Teji: Che De and Syarif Amin
(Shafiq, IM Azhar, Asyraf Ali, Isma, Jua, Husna, Kengku, Malihah and Azlina)
Abu: Shazni, Ustaz Razlan ,Yana
[Fatin Multazimah, Aqmar, Rabeeah, Yana, Norizan, Ruksana, Farhah, Jannah, Dalila, Farhah ]
Module:
Teji :
Pidah and Farius
[Midar, Wiena, Azlina, Bai]
Abu:
Sarah Abei [Observer] Abdullah Hashim dan Zati
[Rowin, Inas, Akma dan Fikhriah USIM]
Catering:
Herman dan Irah [dipinjam dari Teji]
[Tasnim dan Hafis]
Sport:
Teji: Kak Pijan dan Shafiq, Husna Kenari
Abu: Abg Sem, Zeni Nordin dan Nadia Hanem
p/s: Pak Cik Mad diminta berada di Teji dan Ust Razlan di Abu. Mintak tolong Ust Razlan untuk DNI di Abu jugak.
________________________________
ini adalah perancangan asalnya, atas sebab-sebab tertentu, hanya 10 kereta yang terlibat, dan peserta pun bertukar ganti. walaupun begitu, alhamdulillah, segalanya tetap berjalan lancar.
1/1/2011
alhamdulillah, rombongan kami bertolak pada hampir pukul 2 pagi dari UIAM. sebanyak 10 kereta yang di ikat reben merah di atas kereta masing-masing sebagai tanda kami satu rombongan. perjalanan kami menuju ke Masjid Sungai Koyan sebagai tempat transit sebelum benar-benar memasuki kampung. kami tiba di Masjid Sungai Koyan kira-kira pukul 5 pagi. di sini, kami berehat, solat subuh, sarapan, dan persiapan kendiri sebelum memulakan perjalanan yang lagi mencabar untuk memasuki kampung. selesai sarapan, dalam pukul 9 pagi, kami menyambung semula perjalanan kami. Alhamdulillah hampir pukul 10 pagi kami tiba di highway atas kampung-kampung tersebut.
~rombongan 10 buah kereta~
setelah semua barang di letak di dalam pajero dan lori kecil Pak Cik Mad, sebahagian besar antara kami turun ke kampung Teji dengan menggunakan jalan hutan. cabarannya memang hebat, meskipun ada antara kami yang terjatuh kerana kelicinan jalan dan berselut, semuanya di hadapi dengan selamat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, semua berjaya melepasi cabaran ini.
~usung barang ke kg Abu~
setibanya di kg. Teji, comiteee kg Teji memulakan ziarah ke rumah keluarga angkat masing-masing. comittee kg. Abu pula menyambung perjalanan ke kg. Abu. oleh kerana catering berpusat di kg. Abu, tempat catering di set up. hanya comittee yang free ke rumah angkat masing-masing. ziarah bermula, ukhwah terjalin. modul pun memulakan tugas dengan melayan dan mengajar khalifah-khalifah kecil di sana. ruang lingkup pembelajaran tentang Nabi, Rasul, dan difokuskan pada Nabi Muhammad SAW. moga mereka dapat menyerap intipati yang kami sampaikan. oleh kerana cuaca hujan, banyak program kami tergendala. walaupun begitu, kami cuba yang terbaik untuk memberi perisian kepada orang kampung, insya Allah.
~modul-ajar kanak-kanak~
pada waktu petang, acara sukan diadakan di Kg Abu yang menggabungkan ketiga-tiga kampung. pelbagai permainan diadakan seperti, baling selipar, rebut kerusi, dan sebagainya. aktiviti terbahagi kepada tiga bahagian; kanak-kanak, abe (golongan bapa), dan amek (golongan ibu). semoga acara sukan ini mengeratkan lagi silaturrahim antara ketiga-tiga kampung ini. orang kampung juga dijamu dengan bubur kacang hijau dari pihak catering. alhamdulillah.
~suasana hari sukan~
~sedap ke bubur kacang tu, dik?~
~pihak catering yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan~
pada waktu malam pula, kami bertungkus lumus menyiapkan makanan untuk orang kampung. paprik ayam sebagai lauk utama, rezeki dari Allah untuk orang kampung. moga mereka semua gembira dan bersyukur dengan rezeki ini. malam itu juga diadakan solat berjemaah, tazkirah maghrib, solat hajat dan sebagainya.
~solat berjemaah; tiang kekuatan para da'ei~
~tazkirah oleh Mohd Shazni; peringatan bersama~
~mengajar abe tentang Islam~
2/1/2011
Alhamdulillah, setelah selesai hari pertama kami di kampung, hari kedua menjengah. Alhamdulillah semua comittee masih dikurniakan nikmat sihat dan iman. hari ini dimulakan dengan Qiamullail. moga ia menambah kekuatan dalam diri para mudahidin dan mujahidat COMRADE. amin. setelah itu, kami disajikan lagi dengan makanan rohani dari saudara Mohd Shazni. banyak peringatan dan ilmu yang dikongsikan bersama. alhamdulillah. setelah itu, kami beriadah pula untuk kecerdasan fizikal.
~jom beriadah~
selesai beriadah. kami bersarapan dan mempersiapkan segala barang-barang kebajikan untuk diagihkan kepada orang kampung. barang-barangan berupa makanan dan pakaian diagih sama rata kepada setiap rumah. kolaburasi para komiti memudahkan segala kerja. disamping itu, kerja-kerja gotong royong pembersihan juga dijalankan. semua orang membuat tugas masing-masing. semangat dan kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap komiti cukup baik meskipun kepenatan. terima kasih kalian! moga setiap usaha kita dihitung Allah Taala sebagai saham akhirat kita. insya Allah.
~mujahid serba boleh COMRADE~
~bersama khalifah-khalifah kecil Kg. Abu~
~antara comittee yang terlibat, tahniah kalian!!!~
selesai mengagih barang, mengemas kini segalanya, dan mengangkat barang ke pajero dan lori pak cik mad, kami memulakan perjalanan pulang. sekali lagi bukit diredah. ada antara komiti yang naik dengan pajero dan lori pak cik mad. meskipun pelbagai pengalaman ditempuhi, semuanya selamat sampai ke highway. alhamdulillah.
~imam muda COMRADE vs imam muda ASTRO~
sebagai penutup, hari itu kami makan tengah hari bersama Imam Muda Azhar di depan Masjid Sungai Koyan. kami tiba di UIAM kira-kira jam 10 malam. Alhamdulillah atas pertolongan dan rezeki Allah untuk kami. jutaan terima kasih buat semua yang terlibat. moga pengalaman-pengalaman hebat kita di sana mengajar kita sesuatu untuk diaplikasikan dalam kehidupan mendatang. insya Allah. Terima kasih Ya Allah, terima kasih penduduk kampung Teji, Abu, dan Selangkar, terima kasih para Alumni COMRADE, terima kasih para peserta, terima kasih Imam Muda Azhar, terima kasih semua..
WE OBSERVE, WE EXPERIENCE, WE LEND A HAND. Related Articles :
2 comments:
ha!~ curik picca akak =P xpe jerk~ ^^
halal eh kak~ peace!!
Post a Comment