Selepas mendapat arahan daripada badan pengurusan Comrade, maka Crew kini disini menyediakan ruangan untuk sama-sama ahli dan ajk Comrade memberi serta melontarkan cadangan yang membina kepada Comrade demi kebaikan dakwah kita juga kepada Orang Asli...
Anda cuma perlu memberi komen kepada kami melalui ruangan komen yang telah di sediakan di bawah ini. Kami memohon kerjasama semua untuk memberi cadangan serta kritiakan yang tidak melampau serta mengikut tatatertib yang dianjurkan oleh Islam.
Maka, ayuhlah kita mengamalkan sikap keterbukaan ini demi kesejahteraan umat yang kita cintai....
We learn, We Experience, We lend a Hand!
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
9 comments:
Semoga sama-sama kita dapat menegur dan saling bertukar pendapat...
Saya ingin mencadangkan agar modul bersama anak-anak orang asli perlu lebih menghiburkan atau menggunakan konsep "belajar sambil bermain". Terima kasih.
saya sangat berharap program dlm COMRADE ini dapat membuat flow program dengan lebih mantap dan lebih pengisian
insyaAllah..cadangan anda akan dibawa kepada pihak pengurusan COMRADE. Terima kasih atas keprihatinan anda.
nice blog..keep up your good work!!=)
COMRADE, club yg telah masyur..cuma kat sini saya mohon COMRADE mampu meningkatkan lagi kualiti kerja antara kumpulan. dan saya berharap menu masakan mungkin boleh diubah-ubah apabila menjamu penduduk kampung..
kepada saudara/ri OMA, ampun dan maaf dipinta andai ada serta wujud kekhilafan yang wujud. Saya selaku admin terpanggil untul bersama2 menerangkan objektif setiap program yang kita jalankan baik program motivasi mahupun masuk kampung seminggu lamanya.
Kehadiran watak yang sedar seperti OMA sangatlah diperlukan bagi menerangkan betapa pentingnya niat kita. Bukan untuk menegakkan benang yang basah namun sebagai peringatan kepada semua.
Obejktif JELAS adalah DAKWAH, bagaimana? Betul ke? Itu terpulang kepada niat individu itu sendiri. Kita tidak layak untuk mempertikaikan sesuatu sekiranya kita sendiri pun belum 'terer' bab berdakwah... Jadi bagi saya ianya tetap terpulang kepada niat masing2.
Hidayah datang pula dgn pelbagai. Sayidina Umar masuk Islam kerana mendengar orang mengaji. Ada org masuk Islam kerana membaca al-Quran dan sbgnya. Mungkin ada yang datang selaku peserta yang mahukan pengalaman. Tapi siapakah yang 'memujuk' nya untuk menyertai program seumpama ini? Tentulah pemilik hati kita iaitu Allah. Sayangkan kerana masih tidak tahu dan mahu menghukum dengan apa yang berlaku di depan mata, sedangkan hakikatnya jauh lagi manis daripda itu, tanpa kita sedari.
Bukan jua utk memenangkan yang batil, kerana aku hadir untuk bertindak serta beraksi dalam keadaan professional. Biar kita rilek dan cool dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sekali lagi saya jelaskan Program yang dianjurkan adalah bermotifkan dakwah. Dakwah yang semampunya.
Dakwah utk orang lain, kawan2 dan diri sendiri. Ok? Sama-samalah kita sedar menyedari, ingat mengingati, yang tahu hukum, jagalah ia, jangan menghukum tapi mendidik, ingat? Cukup2lah kita melabelkan orang sedangkan ukuran badan terkurang cacat lagi cela... Didiklah dengan penuh rendah diri, hargai maruah orang lain insyaAllah, akan Allah hargai maruah kita...
Teruskan berjuang.
Ikhlas daripada Cahaya Bulan...
salam, saya nak tanya sikit kat sini..apa yang boleh kita buat untuk pengisian dlm program selain drpada yg biasa kita buat?
salam...saya bukan nk komen cuma nk ucapkan tahniah kpd ahli-ahli comrade yg berterusan berbakti kpd masyarakat org asli...sebak didada bila teringatkan perjuangan kami dahulu ada pewarisnya...yg x pernah kenal erti jemu dan putus asa.syabas adik2 sekalian.wasalam.
-senior,edu bureau-
Post a Comment