WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Monday, August 16, 2010

KG.MILK punye cerite...


Geng Modul bersama adik2 Kg.Milk..bukan senang sebenarnya nak 'mengawal' adik2 kt sini. Mereka ni boleh la dikategorikan sebagai kanak2 'hyperactive', tapi mereka bukanlah HADD (Hyperactive Attention Deficit Disorder). Aktiviti yang dijalankan oleh Geng Modul tetap mereka ikuti. Mewarna, melukis, menyanyi semua dieorang boleh. Senang cerite, dieorang ni hebat jugak la. Dan walau cuma sehari bersama dieorang ni tetap meninggalkan kenangan manis dalam ingatan kami. Jumpe lagi adik-adik..=)
Inilah gelagat peserta bila nampak camera. Kalau tengok betol2 gambar ni, sebenarnye ade 3 4 camera kat depan dieorang ni..haha..(hantu camera). Nak tau tak, sebenarnya kami semua ni baru je lepas riadah pagi. Di kampung ni, kami sedang menjalankan kempen "Hidup Sihat di Bulan Ramadhan". Yang muda bertambah muda,yang cantik kekal berseri. hehe..Aktiviti yang kami lakukan masa riadah pagi ni ialah permainan 'Tingkap Ajaib'. Permainan ni memang menguji kekuatan mental. Haa..ingin merasainya? Join la COMRADE ye..hee
"Hai..nama saya Najwa. Ini anak amek saya."
Satu lagi yang menarik pasal Orang Asli ni adalah anak-anak dieorang ni cukup digilai budak2 COMRADE. Tak tahu la kenapa, tapi kalau masuk kampung ade je yang dapat anak angkat. Comel tau anak-anak dieorang ni,.hehe..
Aktiviti bersama kaum ibu pulak atau dikenali sebagai HELWANI. Menganyam daun kelapa untuk dijadikan perhiasan diri sewaktu malam kebudayaan. Untuk perhatian, kami bukan wat 'ketupat' tau..hehe..maklumlah, perempuan sinonim sekali dengan simpulan bahasa 'menganyam ketupat'. Selain itu, sesi Fardhu Ain turut dijalankan. Berkongsi ilmu pengetahuan dan juga bersoal jawab mengenai Islam dan Iman antara agenda penting yang tidak pernah kami lupakan. Itulah gunanya ilmu, untuk dikongsikan,bukan disimpan ye kawan-kawan..
Gambar kenangan beramai-ramai selepas riadah pagi. Indahnya saat ini. Yang baru, yang lama, yang tua, yang muda, yang tinggi, yang rendah, semua nye SUKE!!! =)



Salam Ramadhan..=)

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

C.O.M.R.A.D.E said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.