Ahlan ya Ramadhan,
Seorang kanak-kanak bertanya,
"Ibu, Ramadhan ini penuh dengan kebaikan, kenapa bu?"
Kemudian Si Ibu pun menjawab
"Ya, bulan puasa kita kena penuhkan dengan amalan-amalan yang mulia sayang.."
"Ibu, Ateh tak sabarlah nak puasa ni..tapi kan bu, kalau Ateh penat macama mana bu? dah lah Ateh sekolah bulan Ramadhan ni..mesti letihkan?"
"Ateh pasti tak penat atau letih sebab Ateh kan kena bagun bersahur.."
"Sahur? alah bu, kalau Ateh tak nak bangun sahur tak apa kan bu? Ateh nak tidur, mengantuklah bu nak bangun pagi-pagi.."
"Ateh tak nak bangun sahur? kalau macam tu mestilah Ateh letih nak pergi sekolah..bersahur itu penting sayang.."
"Kenapa penting, ibu?"
" Nak tahu kenapa? jom kita tengok dalam laptop ibu ada beberapa keberkatan bersahur..nanti pasti Ateh tak nak tinggal sahur.."
Kemudian, Si ibu pun terus membuka laptopnya. Di skrin komputer ribanya itu tertera beberapa keberkatan amalan bersahur.
"Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat" HR Bukhari dan Muslim
Mereka yang bersahur, Allah akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Slain dari memperoleh kekeyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa pada siangnya,mereka juga memperoleh berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadah tersebut.
Ibn Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyelaraikan beberapa kelebihan berpuasa, yang antara lainnya ialah:
1. Bersahur adalah amalan sunnah
2. Membezakan diri kita dengan Ahlul Kitab
3. Menambahkan kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
4. Menghilangkan perasaan marah disebabkan lapar
5. Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat
6. Menjadi sebab kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
7. Dapat berniat puasa pada mereka yang terlupa berniat di malam hari
" Ouh, macam tu ke bu, Ateh dah faham..patutlah kita kena bangun sahurkan..tapi bu, macam mana kalau Ateh tak lalu nak makan pagi-pagi sahur tu?"
"ermmmm....Ateh jangan risau, sayang..ada caranya..tengok ni.." Si ibu sekali lagi menunjukkan artikel yang terpampar di komputer ribanya.
Abu Hurairah ra berkata, sabda Rasullullah SAW: sebaik-baik makanan sahur itu bagi orang mukmin adalah kurma."
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
"Jadi, adik boleh makan sebiji kurma dan seteguk air..tak susahkan sayang?"
Lalu si kecil itu bersama ibunya tersenyum gembira.
0 comments:
Post a Comment