WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Monday, August 23, 2010

Laporan: ALUMNI, Ihya' Ramadhan


Dengan nama Allah, Yang Maha Memberi Hidayah.


21-22 Ogos 2010
ALUMNI: Ihya' Ramadhan
Kg Teji & Kg. Abu
Cameron Highland
Pahang Darul Makmur


Seawal pagi 20hb Ogos 2010 bersamaan hari Jumaat, saya ke Shah Alam mencari kilang kurma dan kismis (berpakat kali ini, daripada memberi gula-gula pada kanak-kanak, baik kami beri kismis, banyak manfaatnya,insyaAllah)


Preparation sudah mula dibuat, ration pakaian, Subhanallah, banyak!

Begitu juga sumbangan kewangan, Alhamdulillah.


Oleh kerana banyak barang yang perlu dibawa, kami berpakat menyewa satu lagi van.

Oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan,Jam 4pagi, 21 Ogos 2010, dua van dan empat buah kereta bergerak meninggalkan UIAM terus ke destinasi, lewat 2jam.


Berhenti sahur di Petronas Karak Highway.
Solat subuh di Masjid Besar Bentong.

Kemudian perjalanan diteruskan ke destinasi.



Jam 9pagi, Alhamdulillah kami sampai di simpang Kg. Teji.

Jalan ke bawah tidak mengizinkan kereta untuk turun.

Saya,Jali dan Harry mencari land rover atau kenderaan 4wheeldrive untuk tolong kami bawa barang turun ke kampung, manakala rakan yang lain berjalan kaki menuruni bukit terus ke kampung.

Alhamdulillah, ada 4wheel sanggup memberikan pertolongan.

Sesampai sahaja, masing-masing mengambil tugasan masing-masing.



Penyerahan barang derma kepada orang kampung


Iftar:



Membawa makanan sahur ke Kg Abu dan Kg Selangkar:


Moreh


Tazkirah dan Sesi soal jawab


Modul:


Perkongsian


bersama adik-adik ke Kg. Selangkar


membawa ration pakaian dan makanan ke Kg. Selangkar




Rindu dilepas setelah lama tidak berjumpa ibu angkat


bersama anak-anak muda kampung


menghantar ration ke rumah-rumah


durian yang disumbang kepada kami :)


harry bersama adik-adik


sumbangan Al-Quran untuk setiap rumah


kami


Kami bahagikan kumpulan kami kepada tiga kumpulan:

Kumpulan pertama di Kg. teji

Kumpulan kedua di Kg. Abu

Kumpulan ketiga di Kg. Selangkar


Alhamdulillah, kumpulan dibahagi mengikut imam untuk setiap Kampung.

Setiap kumpulan bertanggungjawab membuat program bersama kanak-kanak dan orang dewasa.


Pada jam 1230pm, 22Ogos2010,

Brothers keluar dengan motor orang kampung ke highway untuk membawa van masuk ke kampung.

Alhamdulillah berjalan lancar walaupun van tersangkut dalam lubang.

Separuh yang lain terus mendaki bukit untuk ke Highway,

Terasa diri diuji hebat.
Subhanallah...
Saya sendiri pancit nak memanjat bukit tu.
Dan saya pegang daun besar yang jatuh ke tanah.
Daun ditiup kencang seolah-olah menarik tangan saya untuk naik..


Hampir di puncak, pusing ke belakang melihat bukit dibelakang,
Subhanallah, tenang, semangat untuk terus naik lagi hingga ke highway.

Dugaan orang berpuasa.

ini kami semua


____________________________________________________

Cerita Abe Yatim:

Abe Yatim mengajak saya untuk makan di rumahnya malam selepas terawih.
Saya tanyakan,

abe sudah hafal bacaan dalam solat.
Alhamdulillah, cuma doa qunut sahaja masih susah nak hafal.
Tak mengapa. Abe sahur jam berapa?
Jam 4 pagi sudah bangun
Oh, boleh la abe buat solat sunat. Abe dah hafal semua.
Abe ingat nak belajar dari Adil, tapi dia tiada.
Adil jadi imam di Kg. Abu... Apa yang abe nak tanya?
Macamana nak solat sunat?
Oh, senang je abe. 2 rakaat, bacaan sama seperti solat fardu, yang beza hanya niat.

Menganggukkan kepala tanda faham.

Ya Allah, hati yang baru shahadah itu begitu semangat ingin beribadah kepada Allah, Subhanallah.

Abe bangun jam 6 pagi, pergi surau bersama beberapa orang kampung, solat subuh di sana.

Alhamdulillah.

Saya masuk kerumah abe Yatim, melihat tertampal didinding, bacaan-bacaan dalam solat ditulis dalam tulisan rumi. Usaha anak-anak angkat program yang lepas. Terima kasih adik-adik yang menyambung tugasan ini. Harap akan terus kesana memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Hati yang suci itu, memberi tarbiyah kepada hati saya. Terima kasih Allah.
Kami kesana bukan sahaja untuk memberi, tetapi untuk menerima segala ilmu dan tarbiyah yang disampaikan oleh Allah melalui setiap insan yang terlibat sepanjang program.
Alhamdulillah.

__________________________________________________________

Terima kasih kepada penyumbang penyumbang untuk program ini.
Terima kasih COMRADE UIAM yang turut sama membantu.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.

_____________________________________________


Sampai di UIAM jam 6petang
Terus IFTAR beramai-ramai di HS Cafe,UIAM bersama ALUMNI dan COMRADEAN yang lain, Alhamdulillah








Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.