::We Observe We Experience We Lend a Hand::
"Makanya siapa yang akan pergi survey hari ini?" Tanya pengarah program IPTA Susu. Namun semua berpandangan sesama sendiri. Dalam keadaan kelam kabut setelah mendapat perkhabran Kelantan tidak dapat di masuki kerana faktor banjir dan juga wabak taun yang terkena di Pos Sg Rual, Jeli, Kelantan, masing-masing cuma menundukkan kepala tanda tidak tahu. Bukan tidak mahu pergi, namun kenderaan mana yang akan pergi ke Kg Susu untuk memberitahu perihal program yang akan kita jalankan di sana.
"Ok, Jeep akan di gunakan ke Kelantan utk mengambil lembu, jadinya untuk survey kita guna najwa punya 'angsa' la ek! tapi ssiapa yang akan pergi?"
Beberapa perbincangan di buat, maka Najwa, Kak Pijan, Syarip, Herman dan juga Topek (geng catering dan Prep & Tech) serta barang2 catering mahupun prep&tech (sesetengahnya) di bawa belayar, masak sebijik di atas peti! Ye, mereka lah pemula perjalanan kita ke kampung susu.
Berdebar juga dalam hati, keputusan mengejut ini adakah membuahkan hasil? atau adakah ia akan menjayakan misi kita kali ini? Banyak persoalan bermain di fikiran, namun Allah Maha Mengetahui akan apa yg akan berlaku, kita cume boleh berusaha dan bertawakal.
Sekitar selepas zohor mereka bertolak dan jangkaannya akan sampai sebelum gelap, namun harapan tinggal harapan kerana mereka menempuh perjalanan yang sukar utk ke sana. Pelbagai tafsiran dan penggilan telefon menjengah ke telinga tuan ketua pengarah menanyakan kan jalan masuk ke kampung susu. Namun biar kita membiarkan mereka yang bercerita hal yang sebenarnya.. apakah yang berlaku di dalam perjalanan mereka? Kak Pijan (editor alumni) boleh respons? Ada gambor pun buleh di uploadkan!
(jeng jeng jejeng jeng...... jeng jeng........-musik seram bermain dengan lantangnya oleh orkestra sri murni....)
Related Articles :
0 comments:
Post a Comment