WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Wednesday, December 2, 2009

SISIPAN: Emel dari Johan Qari UTK COMRADE


Untuk tatapan warga COMRADE semua, emel dari Johan Qari Pertandingan Tilawah Untuk Orang Asli Peringkat Kebangsaan:


------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaykum! Adik apa khabar?


Untuk makluman adik, saya mula melayari laman web COMRADEUIAM setelah tertarik dgn. usaha gerak kerja dakwah yg. kalian tegakkan. Begitu murni dan mulia usaha kalian. Terlalu jarang Muslim lain yg mampu lakukan. Seandainya setelah 52 tahun negara kita merdeka, bukan hanya lebih kurang 40% shj. OA yg. memilih Islam sebagai cara hidup mereka, tetapi berkemungkinan menghampiri ke 100% OA yang memeluk Islam di masa kini sekiranya mempunyai jemaah seperti COMRADE lakukan. Sy. begitu kagum dengan kalian.


Sy. sebenarnya seorang penggiat dakwah di N-9 melalui NGO yg bergelar Badan Kebajikan Orang Asli Islam N-9 (BAKOAINS). Bergerak secara langsung dan tidak langsung di dalam memberi kefahaman kpd. OA Islam tentang tasawwur Islam yang sebenar-benarnya.

Tetapi malangnya kita yang membina gerak kerja dakwah, ada pihak lain yang telah lahir beragama Islam turut meruntuhkannya melalui akhlak-akhlak yang negatif dan bukan menunjukkan nilai-nilai murni Islam. Buah durian atau petai dicuri, kata-kata menghina seperti ‘sakai’, ‘orang bukit’, ‘orang darat’, berjual beli pun khianat dan bermacam-macam lagi. Inilah di antara faktor penyumbang yang turut membantutkan usaha gerak kerja dakwah di negara ini.

Sekiranya dibandingkan dakwah zaman Nabi dan sekarang amat jauh bezanya seperti langit dan bumi. Selama lebih kurang 23 tahun dakwah Nabi Muhammad SAW di jazirah Arab hampir kesemua masyarakat Arab memilih Islam sebagai cara hidup. Namun jika dibandingkan di Tanah Semenanjung, Sabah dan Sarawak berapa kerat sahaja bukan Melayu yang memilih agama ini sebagai cara hidup, walhal negara kita telah 52 tahun merdeka. Dakwah Islamiah masih berjalan seperti siput dan berjalan tersangkut-sangkut. Saya lihat tiada jiwa dakwah di dalam dada mereka.

Bagi kakitangan kerajaan yang non-malay pula sampai pencenlah mereka masih tidak mengenal Islam. Bagi mereka Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Tetapi hakikatnya agama Islam bukan begitu. Masyarakat Islamlah yang akan menanggung dosa ini di akhirat nanti kerana tidak pernah menunjukkan kesyumulan Islam kepada mereka.


Perkara ini tidak mengherankan saya sebab mereka penganut Islam golongan marhain, tetapi yanmenjadi persoalan ialah apabila terdapatnya program dakwah yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang menjaga hal ehwal agama. Khemah kumpulan sasar (masyarakat OA) akan dipisahkan dengan khemah para VIP. Bahkan makanan para VIP lebih sedap daripada makanan kumpulan sasar. Nak jaga hati VIP atau nak jaga hati kumpulan sasar?. Itu soalan saya. Pada saya manhaj dakwah tidak kena dan ini membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga. Marilah kita fikir dan renung bersama.( cadangan: apalah kiranya para VIP duduk makan sedulang dan sekhemah dengan OA, baharulah dikatakan Sunnah Nabi. Perkara ini kalian boleh laksanakan di mana-mana program nanti. Sanggup ke, makan dengan mereka yang kadang-kadang kelihatan macam comot?) Saya cabar kalian.

OA (Suku Temuan) sebenarnya berjiwa lembut bahkan terdapat banyak budaya mereka yang menyamai cara hidup Islam. Pada saya agama Islam ini tidak asing kepada mereka, cuma yang perlu kita lakukan ialah seperti yang kalian lakukan itu. Teruskan usaha kalian. Jangan toleh ke belakang. Persetankan apa orang lain kata. Yang penting pasang niat dengan betul. InsyaAllah! Allah SWT akan bersama kalian semua. Allah SWT akan membantu hamba-Nya yang membantu agama ini. Saya Percaya kalian lebih arif tentang hukum-hukam Allah. Teruskan perjuangan kalian!

Akhir bicara, saya bagi pihak peserta tilawah sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada adik dan rakan-rakan lain kerana dgn komitmen anda yang tinggi majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Tolong sampaikan salam takzim saya kpd 2 org pengiring Qori dan Qoriah yang sentiasa memberi peransang dan dorongan sebelum memperdengarkan bacaan dan kepada semua warga kerja COMRADEUIAM.

Terima kasih kerana sudi menghantarkan emel kepada saya. Selamat menududuki final exam. Saya doakan semoga kalian berjaya. Insya-Allah Yang Maha Berkuasa bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh/solehah.

Pesan saya, seandainya ada program di N-9 jangan lupa maklumkan saya, sekiranya terdapat pertolongan yang saya boleh sumbangkan atau J/V program. InsyaAllah.

AMRAN BIN ABDULLAH
JOHAN QORI
TILAWAH O/A KEBANGSAAN 2009


016-3719880

Tel. Pejabat: 06-4412658
Pengerusi Biro Kebudayaan BAKOAINS
(emel: amranabdllah@yahoo.com)

::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.