WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Sunday, November 29, 2009

QM Travelog: IPTA KG SUSU 1


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Report Program.

Qurban 1: The Cow Journey!




Perjalanan mengambil lembu....

23 November 2009- Shazni (PM), adil dan Jali memulakan perjalanan sekitar 4 pagi lagi dan menuju ke Gua Musang bagi mendapat kan 3 ekor lembu yang sudah di tempah. Paloh 2 menjadi tempat tujuan dan dengan bantuan Pak Muda (gambar) lembu dengan mudahnya dapat di cari serta di punggah ke dalam trak JHEOA. Dan terima kasih juga buat sahabat lama dari dulu hatta sekarang iaitu Che' Wan JHEOA yang sanggup menolong COMRADE dengan menyediakan trak JHEOA untuk mengangkut lembu.


Perjalanan menuju ke Gua Musang, Kelantan betul-betul menguji Qurban Management Biro kerana dugaan kereta tidak dapat hidup serta bateri jeep mati menjadi nadi perjuangan mereka sepanjang hari itu. Perjalanan terhenti di KUbang Rusa iaitu 10 KM sebelum Merapoh, dan jeep terpaksa di tolak utk memulakan perjalanan. Namun begitu perjalanan ke Kelantan memang memberi seribu satu makna buat jejaka bertiga ini.




Sebanyak 3 ekor lembu yang setiap seekor berharga RM1900 di angkut ke dalam trak yang di pandu oleh Abe Yi dan rakannya. Alhamdulillah, lembu berikat mudah dan jinak utk di kawal, jikalau yang bergelar "mr Bull" habislah siapa2 yang menjaganya pasti akn di tendang-tendang! Pelbagai kenangan tercipta semasa mengendalikan lembu2 ini. Riuhan orang kampung, kepetahan abe-abe klate memang menghiburkan hati. Tak kering gusi di buat bila melihat gelagat orang-orang tua di sana.
Namun, cerah bukan sepanjang hari, tetap juga hujan di tengah hari. Sekali lagi, jejaka-jejaka ini di uji dengan jeep tak dapat di hidupkan lagi. Dengan bantuan Pak Muda lagi sekali, mekanik akhirnya datang dan bawa jeep ini ke workshop yang berdekatan. Dalam hati, cume bimbangkan keadaan lembu yang agak lama di dalam trak sedangkan perjalanan mereka masih lagi jauh. Mereka akan membawa lembu ke KG SUSU, dengan melalui Bertam Valley dan bukannya dari jalan biasa iaitu dari Sg oyan dan Pos Betau.

Alhamdulillah, hampir sejam jeep tersadai manakala trak menunggu di depan Sek. Men Keb. Gua Musang. Mereka terus menuju ke arah trak dan sejurus itu Jeep dan Trak laju menyusuri jalan-jalan yang melalui Pos Brooke dan erus menuju ke Tanah Rata dan akhirnya sampai Bertam Valley. Namun 3 jejaka ini tidak dapat mencari jalan masuk ke Kg Susu, lantas dengan bertanyakan apek cina di situ, akhirnya mereka berjumpa juga dengan jalan tersebut.

Jalan- jalan yang dilalui bukan sesenang ABC, pergh ibarat laut yang bergelra kerana jalan tanah yang ingin di buat highway masih belum siap, dan mereka masuk dalam keadaan selepas hujan lebat, maka jalan licin, serta kiri kanan yang agak curam memang mengerikan jugak lah. Namun kecekapan tuan PM kita dalam mengendalikan jeep nya itu membuatkan mereka yakin serta dengan kekuatan doa, alhamdulillah, mereka akhirnya dapat merentasi laluan yang berliku.
Dugaa seterusnya mereka terpaksa di tarik di 3 checkoint yang agak bahaya dan licin. Kudrat trak banyak membantu menarik keluar jeep mereka setiap kali terlekat dan tertanam tayarnya. Terima kasih kepada abang-abang trak JHEOA yang betul-betul bersabar dengan keadaan dan membantu geng jeep yang ketiga-tiganya masih mentah dengan keadaan sedemikian. 3 kali terlekat 3 kali di tarik di 3 kawasan tidak mematahkan semangat mereka yang dahagakan perjuangan, dan akhirnya trak pula yang terlekat di hujung perjalanan. Dalam keadaan gelap gelita, mereka berusaha juga untuk menghantar lembu dengan selamatnya.

Perjalanan mereka masih jauh...
Penuh liku...
Dan ranjau...
Bagaimanakah mereka menurunkan lembu di tika kegelapan mencengkam?
Tunggu Qurban 2: Cows going down!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.