
SERAMAI 26,000 jemaah haji Malaysia akan memulakan ‘pengembaraan’ mereka bersama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.Sebagai tetamu Allah, ia adalah satu perjalanan yang begitu hebat. Di sana umat Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status akan bersama-sama memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”Keberangkatan ke Tanah Suci sudah pasti memberi keinsafan tersendiri apatah lagi bagi jemaah yang mungkin pengalaman pertama.Selama 44 hari di tanah suci pelbagai pengorbanan perlu dilalui tetamu Allah termasuk wang ringgit, meninggalkan keluarga, pekerjaan selain memastikan kesihatan di tahap terbaik.Dengan iringan doa, setiap tetamu 'jemputan' Allah ini berharap mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.Mengikut sejarah awal, ibadat haji ini dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah s.w.t mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah s.a.w bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam.Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w.Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji.Sepanjang hayat Nabi Muhammad s.a.w, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat.Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang.Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah.Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari. Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ.Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana.Rasulullah s.a.w menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah.
Mungkin ramai yang tidak tahu Orang Asli turut memainkan peranan penting dalam mempermudahkan kejayaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Mengimbas kembali penubuhan Unit Senoi Praaq yang bermaksud 'orang perang', pasukan yang pada awalnya dianggotai oleh 10 Orang Asli, ditugaskan menghapuskan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menetap di dalam hutan.
Kepakaran Unit Senoi Praaq dengan selok-belok hutan memudahkan mereka menjejaki dan menghapuskan komunis lantas membantu mengembalikan keamanan negara kita.
Ada yang tahu kisah mereka, lebih ramai yang tidak tahu. Atas kesedaran itu, saluran Astro Citra bakal menayangkan sebuah epik drama tentang kisah perjuangan mereka iaitu Lembing dan Layang.
Di bawah slot Suatu Ketika, drama bersiri lapan episod ini akan disiarkan mulai 4 November ini iaitu setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di Astro Citra, saluran 131.
Lembing dan Layang arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini mempertaruhkan barisan pelakon yang hebat yang kebanyakannya aktif dengan lakonan teater seperti Azhan Rani, Nam Ron, Zahiril Adzim, Wan Azli Wan Jusoh, Beto Khusyairy, Lisa Surihani, Natasha Hudson, Elly Suriati dan lain-lain.
Menurut Wan Hasliza, cubaan pertamanya mengarahkan drama epik ini agak mencabar kerana perlu membuat penonton percaya yang ianya kisah benar dan dalam masa yang sama tidak membosankan.
"Ia adalah sebuah kisah sejarah dan ada di antara watak di dalam cerita ini yang masih hidup lagi.
"Saya perlu menulis dan mengarah drama ini dengan sebaik mungkin supaya penonton percaya dan dapat mengingati pejuang-pejuang ini dan dalam masa yang sama cerita itu mestilah menarik.
"Mereka adalah pejuang negara namun kurang dikenali. Saya amat kagum dengan usaha pihak Astro dalam mengangkat kisah perjuangan Senoi Praaq dalam bentuk drama ini," ujarnya ketika ditemui di set pengambaran di Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.
Pelbagai kajian dijalankan sebelum menulis dan mengarahkan drama ini termasuklah berjumpa sendiri dengan Bah Ayob yang berada di Perak, ahli asal Unit Senoi Praaq yang terawal yang juga merupakan watak utama drama ini.
Tambahnya, antara kesukaran lain ialah dari segi lokasi kerana memerlukan bajet yang banyak untuk membina perkampungan Orang Asli dan kem komunis di dalam hutan Hulu Langat itu.
Selain itu, barisan pelakon juga dihantar belajar menggunakan bahasa kaum Semai selama beberapa minggu kerana 90 peratus drama ini menggunakan Bahasa Semai.
Mereka juga dihantar menjalani latihan kententeraan untuk mempelajari memegang senjata dengan betul dan isyarat-isyarat ketenteraan serta membuat latihan di gim bagi membina badan seperti seorang askar yang sebenar.
sumber di sini
GenSec86: Amat mengalu-alukan penghasilan drama seperti ini. Mengetengahkan keistimewaan masyarakat Orang Asli dan sumbangan mereka kepada negara. Buat COMRADEAN, cepat-cepat langgan Astro Citra untuk menonton drama ini=)
Sumbangan kami adalah untuk mendidik komuniti Jahai mengenai peluang-peluang ekonomi lestari berdasarkan sumber alam Belum-Temenggor serta membangunkan potensi eko-pelanconga
n di sekitarnya.
Bantuan yang diberi menerusi Yayasan Citi itu akan digunakan untuk memantau dan melindungi burung enggang melalui rancangan 'Anak Angkat Enggang'. Selain menjana pendapatan melalui taman herba, satu-satunya projek seumpama itu yang digunakan untuk mencatat serta mengumpul ilmu tradisional kaum Jahai mengenai pokok ubat-ubatan.
"Citibank komited untuk membantu komuniti Jahai menaikkan taraf hidup mereka. Daya usaha kami bertujuan memperkasa komuniti ini supaya mereka boleh berdikari dari segi ekonomi dan kewangan.
"Sumbangan kami adalah untuk mendidik komuniti Jahai mengenai peluang-peluang ekonomi lestari berdasarkan sumber alam Belum-Temenggor serta membangunkan potensi eko-pelancongan di sekitarnya. Ia diharap akan memberi manfaat kepada suku kaum ini dalam jangka masa panjang," ujar Ketua Perbankan Pengguna bagi Citibank Berhad, Michellina Triwardhany dalam satu kenyataan kepada Kosmo!.
Projek pemuliharaan burung enggang akan meningkatkan keupayaan suku kaum Jahai untuk memantau dan melindungi spesies enggang dalam hutan belantara Belum-Temengor. Kemahiran dan pengetahuan itu akan digunakan untuk menjayakan program 'Anak Angkat Enggang' yang sedang dirancang dan dibangunkan oleh MNS. Oleh kerana kaum Jahai tinggal di dalam kawasan tersebut, mereka lebih sesuai memantau dan membuat catatan mengenai aktiviti burung enggang. Ini seterusnya membantu Projek Pemuliharaan Enggang MNS dan program 'Anak Angkat Enggang'. Mereka yang terpilih daripada masyarakat itu juga akan dilatih menjadi 'penjaga sarang' kepada spesies enggang yang mendiami hutan hujan tersebut.
Selain itu, sejak tiga bulan lalu, MNS dengan bantuan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), telah mengajar suku kaum Jahai mengenai cara menanam dan menjaga pokok-pokok herba. Pokok herba yang ditanam itu ialah daripada jenis yang digunakan untuk mengubat sakit gigi, demam dan masalah kulit seperti kurap. Banyak lagi jenis pokok herba yang digunakan oleh suku kaum Jahai untuk tujuan perubatan akan ditanam secara berperingkat-peringkat.
"Kami sukacita kerana pihak Citibank sanggup tampil menjadi rakan dalam projek ini untuk membantu kawan lama kami iaitu masyarakat Jahai dalam usaha pemuliharaan alam sekitar," kata Timbalan Ketua Pemuliharaan MNS, Yeap Chin Aik.
Sebagai bantuan lebih lanjut untuk suku kaum Jahai, kakitangan Citibank menderma sebanyak RM12,000 pada Hari Bumi Antarabangsa sebagai tanda komitmen mereka untuk menyokong dan memelihara alam sekitar. Sumbangan tambahan itu akan digunakan untuk membeli sebuah pam air baru bagi menyalurkan air bersih kepada kaum tersebut, perkakas serta anak benih untuk taman herba mereka.
"Selaku penyumbang jangka panjang dalam usaha-usaha komuniti, Citibank giat menyertai program yang menyokong pemuliharaan alam sekitar. Misalnya aktiviti kitar semula di semua cawangan, e-penyata bulanan, serta daya usaha yang menyokong perusahaan lestari, seperti mana yang dijalankan oleh pihak MNS.
"Sebagai sebuah pertubuhan, kami berpendapat adalah perlu dan mustahak warga kerja kami dilibatkan dalam rancangan komuniti seperti ini. Ia sangat penting supaya kami terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki mutu hidup individu, komuniti dan masyarakat secara keseluruhan," kata Michellina lagi.
Berdasarkan maklumat daripada Centre for Orang Asli Concerns (COAC), pada masa ini, terdapat 248 perkampungan orang asli di Perak. Daripada jumlah itu, sebanyak 116 perkampungan belum membangun.
Misalnya, Kampung Chuweh di Temenggor ialah sebuah daripada perkampungan yang belum membangun. Ia tidak mempunyai bekalan air paip bersih, sanitasi yang sempurna dan bekalan elektrik. Dengan penduduk seramai 60 orang, suku kaum Jahai di kampung itu tinggal di kawasan terpencil dalam belantara Belum-Temenggor yang hanya boleh didatangi dengan bot. Kebanyakan komuniti itu bergantung kepada hasil hutan untuk menyara hidup seperti menangkap ikan, menjual buluh dan rotan.
Sebahagian besar daripada kanak-kanak suku kaum itu tidak bersekolah kerana ibu bapa mereka tidak mampu mengeluarkan belanja minyak dan sewa bot. Oleh itu, kejayaan taman herba dan projek burung enggang akan menjadi contoh bagi kampung-kampung berdekatan.
Hutan hujan Belum-Temenggor menyimpan khazanah lebih 3,000 spesies pokok berbunga, mempunyai sebuah tasik yang didiami 23 spesies air ikan tawar dan lima spesies tuntung. Ia merupakan habitat semula jadi bagi 14 jenis daripada mamalia yang hampir pupus di dunia. Antaranya harimau, beruang, badak sumbu, ungka, gajah dan tenuk.
Hutan itu juga merupakan destinasi unggul bagi aktiviti eko-pelancongan seperti memerhati hidupan liar, pendidikan dan penyelidikan yang menyokong usaha pemuliharaan di kawasan berkenaan. (KOSMO)
InsyaAllah, Kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Otrang Asli (COMRADE) akan mengadakan Islamic Practical Teaching for Orang Asli dan Eidul Adha Mahabbah Project di Pos Lebir, Gua Musang Kelantan. Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut:
Nama Program: Islamic Practical Teaching for Orang Asli and Eidul Adha Mahabbah Project
Tarikh: 23hb hingga 29hb November 2009
Tempat: Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan
Peserta dikehendaki: 80 Orang
Antara program yang bakal dijalankan:
1) Kelas modul untuk adik-adik
2) Pembahagian keluarga angkat
3) Kenduri
4) Fardhu Ain
5) Ibadah Korban
6) Hari Sukan
7) Ziarah
Berminat? Sila hubungi Raihan di 013-3756416
~We Observe We Experience We Lend a Hand~
C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.