WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Wednesday, October 28, 2009

Kisah Senoi Praaq Menentang Komunis


Mungkin ramai yang tidak tahu Orang Asli turut memainkan peranan penting dalam mempermudahkan kejayaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Mengimbas kembali penubuhan Unit Senoi Praaq yang bermaksud 'orang perang', pasukan yang pada awalnya dianggotai oleh 10 Orang Asli, ditugaskan menghapuskan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menetap di dalam hutan.

Kepakaran Unit Senoi Praaq dengan selok-belok hutan memudahkan mereka menjejaki dan menghapuskan komunis lantas membantu mengembalikan keamanan negara kita.

Ada yang tahu kisah mereka, lebih ramai yang tidak tahu. Atas kesedaran itu, saluran Astro Citra bakal menayangkan sebuah epik drama tentang kisah perjuangan mereka iaitu Lembing dan Layang.

Di bawah slot Suatu Ketika, drama bersiri lapan episod ini akan disiarkan mulai 4 November ini iaitu setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di Astro Citra, saluran 131.

Lembing dan Layang arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini mempertaruhkan barisan pelakon yang hebat yang kebanyakannya aktif dengan lakonan teater seperti Azhan Rani, Nam Ron, Zahiril Adzim, Wan Azli Wan Jusoh, Beto Khusyairy, Lisa Surihani, Natasha Hudson, Elly Suriati dan lain-lain.

Menurut Wan Hasliza, cubaan pertamanya mengarahkan drama epik ini agak mencabar kerana perlu membuat penonton percaya yang ianya kisah benar dan dalam masa yang sama tidak membosankan.

"Ia adalah sebuah kisah sejarah dan ada di antara watak di dalam cerita ini yang masih hidup lagi.

"Saya perlu menulis dan mengarah drama ini dengan sebaik mungkin supaya penonton percaya dan dapat mengingati pejuang-pejuang ini dan dalam masa yang sama cerita itu mestilah menarik.

"Mereka adalah pejuang negara namun kurang dikenali. Saya amat kagum dengan usaha pihak Astro dalam mengangkat kisah perjuangan Senoi Praaq dalam bentuk drama ini," ujarnya ketika ditemui di set pengambaran di Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Pelbagai kajian dijalankan sebelum menulis dan mengarahkan drama ini termasuklah berjumpa sendiri dengan Bah Ayob yang berada di Perak, ahli asal Unit Senoi Praaq yang terawal yang juga merupakan watak utama drama ini.

Tambahnya, antara kesukaran lain ialah dari segi lokasi kerana memerlukan bajet yang banyak untuk membina perkampungan Orang Asli dan kem komunis di dalam hutan Hulu Langat itu.

Selain itu, barisan pelakon juga dihantar belajar menggunakan bahasa kaum Semai selama beberapa minggu kerana 90 peratus drama ini menggunakan Bahasa Semai.

Mereka juga dihantar menjalani latihan kententeraan untuk mempelajari memegang senjata dengan betul dan isyarat-isyarat ketenteraan serta membuat latihan di gim bagi membina badan seperti seorang askar yang sebenar.

sumber di sini

GenSec86: Amat mengalu-alukan penghasilan drama seperti ini. Mengetengahkan keistimewaan masyarakat Orang Asli dan sumbangan mereka kepada negara. Buat COMRADEAN, cepat-cepat langgan Astro Citra untuk menonton drama ini=)

We Observe We Experience We Lend a Hand

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.