WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, April 28, 2009

OK Tuan2 Puan2, kita hari ini bertambah.....



MERIAH!!! Sekali lagi MERIAHHH.... :P Ahaks bertambah meriah suasana kan di program IPTA kitakali ni kan? walau bermacam ragam dan masalah yg timbul, sekali lagi sama2lah kita kuatkan barisan 'tentera' kita ni agar tiada satu musuh pun mampu menghancurkan barisan ampuh kita...insyaAllah...

Allah ade berfirman sebagaimana maksudnya:

"barangsiapa menolong agama Allah nescaya Allah akan membantunya"

Tidak perlulah kita takut dengan perkara yg diciptakan Allah demi menguji kita org2 yg beriman, tidak perlulah bersedih andai permasalahan masih lagi buntu tanpa jalan penyelesaian, kerna kekuatan kepercayaan kita pada kekuasaan Allah adalah penentu segalanya... percaya kita kepada qadho' dan qadar Allah akan menjamin kan dan memperkasa kan ketidak putus asaan dalam diri kita, umat Muhammad S.A.W.

Al-Quran sudah berpuluhan dan ratusan tahun wujud semata utk membimbing manusia, kerana semakin kita maju ke depan semakin kite dekat dengan amalan jahiliyyah... percayalah tidak akan berlaku akhir zaman andainya tiada perzinaan berleluasa, pembunuhan mejadi amalan asasi, bangunan berceracak tinggi dan pemimpin dikalangan org yg buta ilmunya...

Pakat2lah kita menghadap al-Quran, kitab suci kebanggaan umat Islam, dan dengan kekuatan inilah kita pasti akan nerjaya membina satu binaan tamadun ukhuwwah yg tinggi sesama Islam sesama comradean, menggembleng tenaga tanpa menghiraukan siapa kita, tanpa mengira pangkat dan nama, kita berpijak pada realiti bukan pada paksi nafsu semata... tegar dengan cita2, bangga dengan kata2 hikmah para waliyullah dan anbia', memegang teguh sunnah nabi junjungan S.A.W, dan setia di belakang para ulama', dan bersedia utk mati di jalan Allah... inilah ciri2 org yg betl serius dalam perjuangan, walau di bidang apa pun....

Bangunlah semua sahabat2 comrade, bukak mata bukak minda kita, pada siapa lagi harus kita percaya melainkan dengan kemampuan diri kita sendiri? Renungkan sirah nabi, baca dan singkap sejarah terdahulu, hayati perjuangan yg tiada kenal erti tajamnya pedang musuh usuh, besar dan beratnya batu rejam, bisanya racun pada anak panah... yang mereka lihat adalah trofi syurga yg mereka rindui saban waktu.. setitik airmata adalah mustahil tiada pada setiap para sahabat baginda.....

Allah menyeru lagi:

"menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran"
"tolong menolonglah pada hal kebaikan, dan jgnlah tolong menolong pada hal kejahatan"

dua ayat yg cukup sinonim dengan dunia kita sekarang ini, masing2 hubbu ad-dunya........ dan lupakan akhirat.... :(

sekian buat waktu ini, jgn lupa utk terus bertandang di laman ini.... COMRADE for ALL, Islam 4 all!!!!


Monday, April 27, 2009

IPTA Pos Pelantok 09


Bismillah.. Alhamdulillah seramai 74 orang COMRADEAN dan warga mahallah Maryam telah menjayakan program Community Service: Islamic Practical Teaching for Orang Asli di Pos Sungai Pelantok, Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan.

Pelbagai program telah diadakan dengan jayanya, termasuklah:

Opening Ceremony

Pembahagian anak angkat diadakan semasa Opening Ceremony


Ziarah Keluarga Angkat

Ziarah keluarga angkat termasuklah untuk menyelami kehidupan mereka, masalah yang dihadapi dan menyelami bagaimana kehidupan penduduk kampung ini. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa ziarah.


Fardhu Ain

Pada setiap selepas solat jemaah di Balai Sewang, telah diadakan sedikit Fardhu Ain, mengajar para penduduk kampung mengenai Islam, termasuk menyelami hati mereka bagi memahami masalah yang dihadapi mereka, ketidak fahaman mereka mengenai agama Islam.

Helwani

Slot Helwani adalah slot khas untuk amek-amek angkat. Diantara Helwani yang diadakan termasuklah Poco-poco sesama wanita sahaja dan juga slot memasak oleh amek-amek. Para amek mengajar para peserta memasak makanan tradisi di kampung tersebut.





Kelas Modul

Kelas untuk adik-adik sekolah rendah. Kelas ini bagi membantu guru-guru di Pos Sungai pelantok dalam menaikkan semangat para pelajar untuk belajar. Perkembangan adik-adik di Pos ini amat positif, dan mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk belajar dengan lebih tinggi.




Gotong-royong

Mencantikkan kampung dan kawasan sekolah. Pelbagai mural dilukis dan papan tanda diletakkan di Pos tersebut.



Tayangan Gambar

Tayangan gambar yang diadakan pada setiap malam, seawal malam pertama tiba di Pos Sungai Pelantok, dilihat sebagai satu metod yang amat berkesan dalam melembutkan hati Orang Kampung menerima dakwah dan menyatukan penduduk kampung. Tayangan gambar yang ditayangkan bukan saja terdiri daripada cerita-cerita berhikmah, bahkan juga tayangan video Harun Yahya yang menceritakan kebesaran Allah sebagai Pencipta, yang diharap dapat membuka fikiran penduduk kampung mengenai siapa Allah dan kekuasaan Allah.

Hari Sukan

Pelbagai permainan telah diadakan dengan meriah. Diantara yang mendapat sambutan paling tinggi termasuklah Liga Bola Sepak yang menggabungkan pelajar UIAM dan juga penduduk kampung, sepak takraw, sukaneka untuk adik-adik, bawa motor paling lambat, kikis belonn, lari dalam guni, bawa bola ping pong dalam sudu, bowling kelapa, kerusi musik dan lain-lain.





Dan lain-lain program termasuklah seperti Kenduri, Modul bersama peserta dan lain-lain.

Kesimpulan

Alhamdulillah, penerimaan penduduk kampung ini semakin positif. Maka kita sebagai peserta, semoga dakwah kita berterusan. Kepada para anak angkat, janganlah dilupakan amek dan apak angkat masing-masing. Janganlah ia sekadar sebuah program.

Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat, termasuklah UIAM, JHEOA, ABIM, JAIP, LAP, Rakan Muda dan lain-lain lagi.


Juga maaf dipinta jika berlaku kekhilafan. Sesungguhnya kita semua bersaudara!

Semoga ukhuwwah dan perjuangan kita berterusan, ameen~


Sunday, April 5, 2009

Pengubat sementara Ketika Duka...heheh


Nama Ah Beng adalah rekaan semata². Tiada kaitan dengan Ah Beng yang sebenar. Kalau ada hanyalah satu kebetulan..:).

Kenapa Ah Beng mesti pergi tgk wayang dgn 18 kawan2nya?
Sebab, bawah 18 tak dibenarkan laaa!!!
-----------------------------------
Ah Beng kat kedai TV, nak beli 1 TV set.
Ah Beng: Awak ada jual TV color tak?
Salesgirl: Ada!
Ah Beng: Bagi saya yg warna hijau satu!!
-----------------------------------
Ah Beng sedang mengisi borang permohonan kerja. Dia dah isi Nama, Umur,
Alamat dan info peribadi yg lain kecuali satu bahagian yg tertulis "SALARY
EXPECTED:"
Selepas puas memikirkan jawapannya, dia pun menjawab: "YES"!!!
-----------------------------------
Ah Beng di satu kedai runcit & sedang meneliti satu objek yg berkilat2.
Ah Beng: Apa benda yg berkilat2 nih?
Salesgirl: Thermo flask
Ah Beng: Benda nie apa gunanya?
Salesgirl: Ia boleh menyimpan benda panas kekal panas & benda sejuk kekal sejuk
Ah Beng: Ok, saya beli 1!
Esoknya Ah Beng ke ofis dgn themo flask barunya.
Boss: Apa benda yg berkilat2 nih?
Ah Beng: Thermo flask!
Boss: Benda nie apa gunanya?
Ah Beng: Haa... dia boleh simpan benda panas kekal panas & sejuk kekal sejuk
Boss: Habis, Ah Beng simpan apa di dalam?
Ah Beng: 2 cawan kopi dengan 1 cawan ais krim...
---------------------------------------------------
Ah Beng adalah sangat teliti dlm kerjanya. Setiap kali selepas membuat salinan photostat, dia akan membandingkan dgn salinan asal supaya tidak ada "spelling mistake".
---------------------------------------------------
Kenapa Ah Beng selalu tak dapat mendail 911?
Sebab dia selalu tak jumpa butang no. '11' !!!!
---------------------------------------------------
Ah Beng pergi ke klinik dgn 2 telinganya merah terbakar.
Doktor: Apa yang terjadi ni? ceritakan pada saya!!
Ah Beng: Saya sedang seterika baju, tiba2 kawan saya telefon, saya tersilap angkat.
Saya tak angkat gagang telefon, tapi angkat seterika terus ke telinga.
Doktor: Habis yang sebelah lagi pun merah jugak. Kenapa?
Ah Beng: Kawan saya telefon lagi sekali laaa...!!!

thanks to: Unwanted86


Thursday, April 2, 2009

Orang Asli Info


Suku kaum orang asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama, antaranya Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

NEGRITO

  • KENSIU. Tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Suatu ketika dahulu orang Kensiu suka berpindah-randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuaan kepada rakyat, kini orang Kensui sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan orang Kensui di Baling, iaitu Kampong Lubuk Legong. Pada masa ini Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik, bekalan air dan prasarana lain seperti balai raya dan tadika. Punca pendapatan utama adalah hasil tanaman getah yang dibangunkan oleh RISDA dengan kerjasama JHEOA.
  • KINTAK. Komuniti ini tinggal di kawasan pinggir hutan di daerah Grik, Hulu Perak. Suatu ketika dahulu orang Kintak juga seperti KENSIU yang suka berpindah mencari makanan. Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka dan cuba mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
  • LANOH. Tinggal di kawasan pendalaman daerah Hulu Perak juga menyamai dengan kehidupan Orang Kintak.
  • JAHAI. Merupakan satu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Melayu Proto (Melayu Asli) . Mereka tinggal di kawasan Hulu Perak iaitu di Banun, Sungai Tiang dan pesisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Pada amnya rupa paras Jahai seakan-akan Habsyi atau Negro di Afrika, kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakan mereka tinggal di kuala sungai dan pesisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku ini suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Sekarang ini amalan pindah randah sudah berkurangan kerana mereka mendapat bantuan dari kerajaan.
  • MENDRIQ. Tinggal di kawasan pedalaman Kelantan dan suka mengamalkan pindah randah untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka dikesan di kawasan Gua Musang.
  • BATEQ. Tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, Barat Terengganu dan selatan Kelantan. Mereka juga suatu ketika dahulu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk bekalan makanan. Menurut sumber, di Pahang terdapat tujuh buah kampung Bateq, lima buah di daerah Lipis dan dua di Jerantut.
- Sumber diperoleh dari majalah MASSA keluaran Januari 2004. Segala kekurangan harap dapat ditegur untuk diperbaiki lagi.
p/s: nantikan bahagian kedua kaum "Senoi".


Cerita Orang Asli


SENOI
  • TEMIAR. Pemilihan penempatan suku bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Meraeka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya kerana ditakuti berpenunggu. Kawasan air terjun dan sungai juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri yang menunggu. Mereka membina rumah selain daripada kayu keras secara bergotong royong. Di peringkat awl petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama di rumah tersebut barulah mereka akan pindah ke rumah sendiri. Mereka bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan untuk menyara keluarga mereka.

  • SEMOI. Tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukan jumlah mereka meningkat lebih daripada 42000 orang dan merupakan suku kaum orang asli yang terbesar jumlahnya. Meraka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya didiami di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketua oleh seorang penghulu atau batin yang dilantik daripada golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
  • SEMOQ BERI. Tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Mereka juga mengamalkan hidup pindah randah suatu ketika dahulu untuk mencari makanan.

  • JAHUT. Terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang. Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.

  • MAH MERI. Bermakna 'orang hutan' manakala dalam istilah Mah Meri disebut 'bersisik'. Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat tentang asal usul mereka. Bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai Selangor kerana lari daripada musuh. Kini mereka telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil daripada percampuran dengan masyarakat lain.

  • CHE WONG. Tinggal di kawasan pinggir daerah Raub dan Temerloh, Pahang.

p/s: nantikan episod seterusnya MELAYU PROTO


GOOD LUCK AT FINAL FRENZZZZZZZ


Kami Dari Crew blog COMRADE ingin mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan kepada Warga UIA umumnya, dan WArga COMRADE khususnya!!!!!

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN KAEWAN-KAWAN... JGN MENIRU PULAK EK!!


http://www.GlitterMaker.com/ - Glitter Graphics
- - -


Wednesday, April 1, 2009

Banner comrade baru!!!?



Ok tak banner comrade utk IPTA kali ni?

Utk pengetahuan comrade akan membuat satu banner yg pelbagai guna utk program yg sama, maksudnya banner yg sama utk program yg sama tiap2 tahun. Jadi kta takkan lagi bertungkus lumus mengecat kain2 seperti sebelum ini. Apa komen anda?


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.