SENOI
- TEMIAR. Pemilihan penempatan suku bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti merbau dan sebagainya. Meraeka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya kerana ditakuti berpenunggu. Kawasan air terjun dan sungai juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri yang menunggu. Mereka membina rumah selain daripada kayu keras secara bergotong royong. Di peringkat awl petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama di rumah tersebut barulah mereka akan pindah ke rumah sendiri. Mereka bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan untuk menyara keluarga mereka.
- SEMOI. Tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukan jumlah mereka meningkat lebih daripada 42000 orang dan merupakan suku kaum orang asli yang terbesar jumlahnya. Meraka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya didiami di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketua oleh seorang penghulu atau batin yang dilantik daripada golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
- SEMOQ BERI. Tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Mereka juga mengamalkan hidup pindah randah suatu ketika dahulu untuk mencari makanan.
- JAHUT. Terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Pahang. Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.
- MAH MERI. Bermakna 'orang hutan' manakala dalam istilah Mah Meri disebut 'bersisik'. Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat tentang asal usul mereka. Bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai Selangor kerana lari daripada musuh. Kini mereka telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil daripada percampuran dengan masyarakat lain.
- CHE WONG. Tinggal di kawasan pinggir daerah Raub dan Temerloh, Pahang.
p/s: nantikan episod seterusnya MELAYU PROTO
Related Articles :
0 comments:
Post a Comment