WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Thursday, April 2, 2009

Orang Asli Info


Suku kaum orang asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama, antaranya Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

NEGRITO

  • KENSIU. Tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Suatu ketika dahulu orang Kensiu suka berpindah-randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuaan kepada rakyat, kini orang Kensui sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan orang Kensui di Baling, iaitu Kampong Lubuk Legong. Pada masa ini Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik, bekalan air dan prasarana lain seperti balai raya dan tadika. Punca pendapatan utama adalah hasil tanaman getah yang dibangunkan oleh RISDA dengan kerjasama JHEOA.
  • KINTAK. Komuniti ini tinggal di kawasan pinggir hutan di daerah Grik, Hulu Perak. Suatu ketika dahulu orang Kintak juga seperti KENSIU yang suka berpindah mencari makanan. Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka dan cuba mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.
  • LANOH. Tinggal di kawasan pendalaman daerah Hulu Perak juga menyamai dengan kehidupan Orang Kintak.
  • JAHAI. Merupakan satu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Melayu Proto (Melayu Asli) . Mereka tinggal di kawasan Hulu Perak iaitu di Banun, Sungai Tiang dan pesisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Pada amnya rupa paras Jahai seakan-akan Habsyi atau Negro di Afrika, kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakan mereka tinggal di kuala sungai dan pesisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku ini suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Sekarang ini amalan pindah randah sudah berkurangan kerana mereka mendapat bantuan dari kerajaan.
  • MENDRIQ. Tinggal di kawasan pedalaman Kelantan dan suka mengamalkan pindah randah untuk mendapatkan bekalan makanan. Mereka dikesan di kawasan Gua Musang.
  • BATEQ. Tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, Barat Terengganu dan selatan Kelantan. Mereka juga suatu ketika dahulu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk bekalan makanan. Menurut sumber, di Pahang terdapat tujuh buah kampung Bateq, lima buah di daerah Lipis dan dua di Jerantut.
- Sumber diperoleh dari majalah MASSA keluaran Januari 2004. Segala kekurangan harap dapat ditegur untuk diperbaiki lagi.
p/s: nantikan bahagian kedua kaum "Senoi".

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.