Bismillah.. Alhamdulillah seramai 74 orang COMRADEAN dan warga mahallah Maryam telah menjayakan program Community Service: Islamic Practical Teaching for Orang Asli di Pos Sungai Pelantok, Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan.
Pelbagai program telah diadakan dengan jayanya, termasuklah:
Opening Ceremony
Pembahagian anak angkat diadakan semasa Opening Ceremony
Ziarah Keluarga Angkat
Ziarah keluarga angkat termasuklah untuk menyelami kehidupan mereka, masalah yang dihadapi dan menyelami bagaimana kehidupan penduduk kampung ini. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa ziarah.
Fardhu Ain
Pada setiap selepas solat jemaah di Balai Sewang, telah diadakan sedikit Fardhu Ain, mengajar para penduduk kampung mengenai Islam, termasuk menyelami hati mereka bagi memahami masalah yang dihadapi mereka, ketidak fahaman mereka mengenai agama Islam.
Helwani
Slot Helwani adalah slot khas untuk amek-amek angkat. Diantara Helwani yang diadakan termasuklah Poco-poco sesama wanita sahaja dan juga slot memasak oleh amek-amek. Para amek mengajar para peserta memasak makanan tradisi di kampung tersebut.
Kelas Modul
Kelas untuk adik-adik sekolah rendah. Kelas ini bagi membantu guru-guru di Pos Sungai pelantok dalam menaikkan semangat para pelajar untuk belajar. Perkembangan adik-adik di Pos ini amat positif, dan mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk belajar dengan lebih tinggi.
Gotong-royong
Mencantikkan kampung dan kawasan sekolah. Pelbagai mural dilukis dan papan tanda diletakkan di Pos tersebut.
Tayangan Gambar
Tayangan gambar yang diadakan pada setiap malam, seawal malam pertama tiba di Pos Sungai Pelantok, dilihat sebagai satu metod yang amat berkesan dalam melembutkan hati Orang Kampung menerima dakwah dan menyatukan penduduk kampung. Tayangan gambar yang ditayangkan bukan saja terdiri daripada cerita-cerita berhikmah, bahkan juga tayangan video Harun Yahya yang menceritakan kebesaran Allah sebagai Pencipta, yang diharap dapat membuka fikiran penduduk kampung mengenai siapa Allah dan kekuasaan Allah.
Hari Sukan
Pelbagai permainan telah diadakan dengan meriah. Diantara yang mendapat sambutan paling tinggi termasuklah Liga Bola Sepak yang menggabungkan pelajar UIAM dan juga penduduk kampung, sepak takraw, sukaneka untuk adik-adik, bawa motor paling lambat, kikis belonn, lari dalam guni, bawa bola ping pong dalam sudu, bowling kelapa, kerusi musik dan lain-lain.
Dan lain-lain program termasuklah seperti Kenduri, Modul bersama peserta dan lain-lain.
Kesimpulan
Alhamdulillah, penerimaan penduduk kampung ini semakin positif. Maka kita sebagai peserta, semoga dakwah kita berterusan. Kepada para anak angkat, janganlah dilupakan amek dan apak angkat masing-masing. Janganlah ia sekadar sebuah program.
Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat, termasuklah UIAM, JHEOA, ABIM, JAIP, LAP, Rakan Muda dan lain-lain lagi.
Juga maaf dipinta jika berlaku kekhilafan. Sesungguhnya kita semua bersaudara!
Semoga ukhuwwah dan perjuangan kita berterusan, ameen~
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
0 comments:
Post a Comment