WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Saturday, November 6, 2010

Gempar: Banjir Besar Berlaku!


Dalam 2 ke 3 hari ini, di dada-dada akhbar jelas melaporkan tentang kejadian banjir besar yang berlaku di utara dan timur Malaysia. Yang banyak dipaparkan adalah di sebelah utara Malaysia, iaitu di negeri Perlis dan Kedah. Ada pun sekarang ini, Skuad Prihatin ABIM sudah pun bergegas menghantar skuad mereka ke sana bagi tinjauan dan tindakan segera menyelamatkan mangsa. Seorang alumnni Comrade yang terlibat dalam gerakan misi ini adalah saudara Mohd Shazni Abdullah, 24.

"Sekarang ini kami sendiri terpaksa menolak pajero. Memang dahsyat. Malam ini beberapa sukarelawan akan dihantar lagi ke sini (Kedah)," begitulah penjelasan yang diberi oleh Shazni ketika mana dihubungi malam tadi.

Mengikut laporan daripada akhbar tempatan, negeri Kedah masih dalam kebimbangan manakala Perlis pula dijangka telah pun mulai surut. Berikutan dengan itu, sejumlah penduduk berpindah lagi bagi tujuan keselamatan dan angka pemindahan ini meningkat dari semalam. Menurut laporan itu lagi, daripada 28,569 orang yang dipindahkan semalam, jumlah itu telah meningkat kepada 39,783 orang .

Krew Comrade sekali lagi mendapat laporan bahawa rumah salah seorang daripada ahli Comrade turut menjadi mangsa banjir. Raihan Farhanah Ahmad, 24, dan saudara Mohd Faisal Hamdi, 22, kini mengharapkan doa daripada seluruh umat Islam agar di kawasan mereka tidak seteruk di tempat-tempat lain seperti mana yang diposkan oleh beliau di halaman sosial terkenal iaitu facebook.
Laman Faisal Hamdi
Maka Krew ingin mengajak semua ahli-ahli Comrade sama ada yang baru atau yang lama harap dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan kawan-kawan kita yang sukarela membantu mangsa banjir. Tidak lupa juga marilah kita mendoakan keselamatan saudara-saudara seagama kita yang ditimpa ujian daripada Allah ini.

-beritaPERDANAcomrade

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

mFaiz said...

cuma banyakkan bersabar...
iktibar bsr ALLAH kpd stiap makhluknye~

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.