WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Friday, June 18, 2010

DEBARAN TEJI & ABU..!!!


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Dup,Dap,Dup,Dap...
Begitulah debaran yang kami rasakan di sudut kiri dada kami. Debaran yang semakin laju rentaknya. Debaran menuju ke Teji dan Abu yang kurang 2 hari lagi. InsyaAllah, 22 Jun ini, bermulalah perjalanan kami ke sana. Semoga seminggu di sana dapat memberi kami sedikit sebanyak pengajaran dan pengalaman yang boleh kami kongsikan bersama anda semua. =)


"Ya Allah, tenangkanlah hati kami dan ikhlaskanlah hati kami. Kau permudahkanlah perjalanan kami dan segala urusan kami. Kau hindarilah kami dari segala kesulitan dan kesusahan. Kau berikanlah ketabahan dan kekuatan kepada kami semua dalam menyebarkan risalah-Mu Ya Allah. Kau peliharalah kami dari segala kejahatan dan ke'aiban. Berikanlah kami keredhaan dan keberkatanMu kepada kami. Semoga dengan ini dapat menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kami kepadaMu. Amin..Ya Rabbul 'Alamin..."


Seuntai kata untuk dirasa,,
Tiada bicara debaran di dada,
Misi murni dibawa bersama,
Moga ukhwah kan terbina jua...

Misi COMRADE dalam IPTA kali ini adalah untuk menyatukan ukhwah di antara dua kampung yang diberi nama Teji dan Abu. Mengeratkan ukhwah bukanlah satu kerja yang mudah seperti menyimpul ikatan tali.Kerana itulah kami mengharapkan doa anda semua agar misi kami kali ini berjaya dicapai,InsyaAllah.


" Setiap manusia itu tidak ada bezanya melainkan ketaqwaan mereka di sisi Allah"

Barisan 'Right Wing' Program
"Tanggungjawab Bukan Arahan"


Kepada semua AJK yang telah bersama-sama membantu kami, terima kasih diucapakan. Semoga dengan kerjasama anda semua dapat menjayakan lagi program ini,InsyaAllah. Ingatlah bahawa TANGGUNGJAWAB yang diberi adalah AMANAH yang harus ditunaikan, dan ianya bukanlah satu ARAHAN.

Selamat Maju Jaya!!!!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.