WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Monday, December 7, 2009

QM Travelog: IPTA Kg Susu 2



::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Qurban 2: The cows going down!

(muzik kitaro bermain laju)

Penat. Dalam kelam cuma bercahayakan lampu trak dan jeep PM kami berusaha mencari tapak yang sesuai untuk memparking dahulu trak yang besar itu. Untuk menurunkan tiga ekor lembu, tiada dapat kami yang cuma berlima dalam kegelapan serta tenaga sudah banyak di habiskan semasa perjalanan. (refer qurban 1 dari qurban management travelog)

Dengan itu, kami bertiga turun ke kempaung terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan orang kampung dan juga peserta yang mana ada. Dengan keadaan jalan tanah menuruni bukit ke kampung susu sangatlah licin, cume menggunakan lampu dari telefon bimbit, kami berusaha juga turun untuk memberitahu bahawa kami sudah selamat sampai. Rupanya di kampung, rakan-rakan sedang menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan kami. siapa-siapa pun terkejut kerana keadaan kami dan jeep yang begitu luar biasa dari biasa.

Alhamdulillah, selepas berjumpa dengan abe Majid kami dan juga rakan-rakan lelaki yang ada terus menuju ke tapak 'parking' trak dan jeep kami. Di sana, abang trak JHEOA sedang menunggu dengan sabarnya. Kegelapan bukan satu penghalang buat kami untuk menyelesaikan masalah itu bersama. Yang penting akan keselamatan lembu, dan juga kebajikan mereka tidak terabai sementara menunggu 5 hari lagi untuk mengorbankan mereka demi Agama.

"macammana liq, nak bawak turun ke ikat kat sini?" Tanyaku kepada PM.
"Ikutkan jalan tadi licin giler, boleh ke lembu-lembu ni nak turun?" Balas beliau.
"Bukan ke, abe tadi cakap ada pak belang kat sini?" Menyampuk si Topek.
"Yelah... hmmmm," aku terfikir.
"Macam mana adil?" Adil menoleh kepada aku dan menunjuk muka seperti tidak tahu apa-apa.

Abe datang dan bagitahu kita boleh bawa turun. Dalam hati aku,"takper kita try dulu, xleh baru kita ikat kat sini jer, esok baru kita bawak turun".

Macam-macam ragam budak-budak COMRADE pada malam itu. Masing-masing yang tak pernah merasa pengalaman bermain dengan lembu mula menunjukkan minat mereka kepada lembu. Ada yang cakap besar tapi tak berani untuk berhadapan, lembu tenung sikit dan lari nyorok belakang trak. Ada yang sanggup memijak tahi-tahi lembu dalam trak demi untuk menarik lembu keluar. Dan macam-macam ragam lagi ah.

"woi, saper-sape yang pakai baju merah lari!!!!" jerit salah sorang peserta dan di susuli dengan ketawa beramai-ramai.
"Alah, lembu tak kenal lah warna merah. Dorangkan buta warna." jawab salah sorang. Dalam gelap, mana la tau suara siapa-siapa kan. macam tengok tv yang tiada gambar, cuma suara sahaja yang dapat di dengari.

Sedar tanpa sedar, masing-masing berebut nak tarik lembu turun ke kampung. Peserta harapan COMRADE dari Tajikistan, KARIM membuka tirai kehebatannya dalam biro Qurban management dengan mengawal seekor dari ketiga lembu tersebut yang dipercayai agak garang. Alhamdulillah, sekali pengurusan menjadi mudah daa selepas kekalutan dan kepayahan perjalanan.

Sesampai di Kampung Susu, terdengar gelak tawa dan gurauan kawan-kawan akan perihal satu kejadian yang menggelikan hati semasa pembawaan lembu menuruni bukit.

"tadikan, si topek tu, bukan de yang tarik lembu, tapi lembu yang tarik de. Lembu rilek jer, tapi de tergolek-golek jatuh!"
"hahahahahahahahaha, lawak giler!"
"alah, tanah licin ah, tapi heranlah macammana lah si lembu tu rilek jer berjalan," sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal topek mencelah.

Pelbagai kenangan bersama cuma dapat di rakam melalui penulisan kerana, keadaan ketika itu menghalang siapa-siapa dari mengambil sebarang gambar. sayang. Tak taulah ada yang telah mengambil menggunakan hanset. Kalu ada, harap dapat menghubungi crew yer?

Cuma, di ketika itu, rakaman video jer yang ada. InsyaAllah, video akan di usahakan nanti! Kita tunggu laporan program lain yer!

Pagi-pagi gosok gigi,
Tergosok pula duri semalu,
Pagi-pagi cari perigi,
Menjadi minuman untuk si lembu

Setiap pagi, tengah hari, petang biro Qurban Management sentiasa melihat, memantau dan berusaha menjaga kebajikan lembu-lembu tersebut. Alhamdulillah, makan yang sentiasa segar, (tanah cameron highlands kan) membuatkan selera lembu bertambah (mungkin takut dan sedaya upaya utk makan dengan lazatnya sebelum nyawa bercerai dari badan).

Dan kredit utk Karim yang banyak membantu dalam penjagaan lembu nusantara (lembu hang yang pertama dari Asia Tenggar yang ko pernah jaga), THanks man, you did really a good job! Congratulations also because you accomplished our aiduiladha mission, it was extremely superb from you!

Di Kampung terbut adik-adik asli kampung susu berjaya menamakan lembu-lembu ini dengan nama: Sappy (the jinak one), Happy (the coolest one), Goo (the bengkeng one). apa-apa pun kami dari Qurban menagement mengucapkan terima kasih juga buat sahabt-sahabat lain yang sudi menjaga lembu-lembu kita di kampung susu. Namun posting ini bukan pengakhirannya buat cerita lembu tau, masih ada episod ke tiga iaitu:


Qurban 3: Cows go in Peace!

Nantikan pengembaraan travelog Qurban management menyudahkan pengembaraan mereka dengan mengorbankan ketiga-tiga lembu yang di bawa!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.