WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Friday, December 4, 2009

KG Susu: Laporan Survey Trip



Dengan Nama Allah dan Selawat keatas Junjungan…
Alhamdulillah…
Panjang kronologi cerita hari hari sebelum Eid Adha disambut. Pengorbanan dan ujian yang hanya sekecil debu dibandingkan dengan pengorbanan dan ujian Nabi Allah, Ibrahim dan Ismail.


Alhamdulillah, syukur dan tahmid tak putus untuk Allah yang menjalankan segala dengan indah. Sesuatu untuk difikirkan oleh manusia yang mahu berfikir.


Keluaran post di blog saya sebelum ini ada menjemput sumbangan dari pihak awam untuk program Eid Adha Mahabbah Project untuk Orang Asli di Pos Sg Rual, Jeli, Kelantan. Yang sebelumnya dirancang ia di Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan. Atas asbab-asbab yang Allah turunkan, lagi bagi mereka yang mahu berfikir, ke dua-dua pos tidak dapat dimasuki kerana banjir dan wabak taun.


Kronologi bermula..


Persediaan dilakukan seperti biasa, hari sebelum program, sudah ada kereta-kereta keluar membeli barang keperluan program. Kami yang dijangka berangkat pada ahad malam bersedia mengumpul barang dan membuat persediaan terakhir pada hari sabtu.


Perancangan Allah lagi hebat, Ahad pagi, kepala saya sudah berat untuk bangkit, simptom2 demam sudah menunjukkan taringnya.. Jadi saya mengambil keputusan untuk berehat dan menunggu panggilan adik-adik di UIA kot kot mereka memerlukan pertolongan. Saya bersedia untuk ke UIA pada petang hari untuk berangkat beramai2 pada jam 10 malam.


Jam 12 lebih, Program Manager a.k.a Mohd Shazni menghubungi saya bertanya adakah saya mendapat berita dari Kelantan yang kami tak boleh memasuki Pos Sg Rual kerana wabak taun. Saya kata, tidak. Astaghfirullahalazim….hanya itu yang mampu terungkap. Saya terus menghubungi Che Wan wakil JHEOA Kelantan untuk mendapatkan berita. Katanya:


“Kami kat sini dah buntu nak fikirkan jalan penyelesaian. Tiada cara lain selain menunda tarikh”

“Tunda tarikh?” saya balas.

“Kalau tunda banyak mende yang akan jadi. Bus semua dah booking”saya menyambung.

“Kalau kite tukar venue ok? JHEOA boleh tolong hantar lembu2 yang kami tempah dari Gua Musang ke venue baru kami?” saya bertanya.

“Saya akan tolong semampu yang boleh” Che Wan balas.


Saya maklumkan kepada PM dan hanya menunggu keputusan dari mereka. Setelah perbincangan mereka buat, akhirnya kata sepakat telah dicapai..


Ketika saya menghubungi PM, beliau katakan yang program akan dipindah ke Kg Susu Cameron Highland. Alhamdulillah, tiada masalah dari pihak JHEOA Kelantan dan Cameron juga dari pihak UIAM. Transport UIA pun bersetuju menunda perjalanan ke belah pagi keesokan harinya, Alhamdulilah. Maka PM menyuarakan untuk menghantar team survey ke Kg Susu petang itu. Saya laju ‘memvolunteerkan’ diri tanpa memikir panjang. Syukur Alhamdulillah kedua ibu bapa mengizinkan pemergian saya walaupun dengan short notice.


Kenapa perlu survey?

Ye la, nak masuk kampong orang, mesti kene bagitahu tok batin/ ketua kampung dulu… Adakah kami akan diterima untuk berprogram di kampung tersebut.


Bermulanya…

Selepas solat asar, lebih kurang jam 6 juga, saya, najwa, sharif, firhad, herman dan taufiq memulakan perjalanan dengan menaiki UNSER (kredit to parents Najwa)..


Kereta laju dipandu Najwa terus menyusur highway pantai timur. Kami berhenti solat maghrib di Raub dan membungkus makanan untuk 3 orang yang akan ditinggalkan di Kg. Susu untuk membuat persediaan peserta yang bakal tiba keesokan harinya.


Hari sudah gelap, saya menawarkan diri untuk memandu di jalan Raub – Koyan kerana saya biasa melalui jalan tersebut, tapi Najwa masih gagah dan meminta saya memandu pulang nanti.
“Hati-hati, lembu banyak kawasan ni” pesan saya…

Alhamdulillah.. perjalanan pergi diiringi cerita-cerita dari ahli UNSER.. Supaya kurang mengantuk si driver..

Jauh disudut hati, saya memang risau.. Mungkin akan sampai lewat di Kg. Susu, mesti orang Kg. dah tidur.. Macamane nak kejut Tok Batin ni… Alamak! Umah Tok Batin kat belah mane?? Adeh… Mujur Najwa tahu… Kerana saya hanya sempat dengan Tok Batin yang lama. Sms dilayarkan kepada PM mohon rakan-rakan mendoakan perjalanan kami malam itu… (Di UIA ketika itu diadakan solat jemaah beramai2 dan meeting tergempar dengan semua participant akan perubahan venue)


Alhamdulillah sampai di Koyan, kami tidak berhenti dan meneruskan perjalanan memasuki Pos Betau yang bermulanya perjalanan yang akan mencabar minda kami. Sebelum coverage HP hilang di Koyan, SMS dihantar pada rakan2 di UIA dan juga family mengatakan kami selamat sampai di Koyan dan terus ke Kg. Susu, mohon doa kalian…


Apa yang saya risau di sepanjang highway yang tak siap ni: tanah runtuh, kereta rosak, halangan jalan raya yang kami tak nampak… Doa tak putus-putus dipanjatkan agar perjalanan di permudahkan. Adakalanya Najwa terpaksa pandu perlahan kerana kabus tebal di malam hari.


Alhamdulillah, jam 10malam kami sampai di hujung highway. Bermulanya perjalanan tanah merah. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan menambah gusar di hati. UNSER bergerak perlahan di jalan tanah merah namun kerana ia tidak tercipta dengan 4x4, tayar belakang agak berpusing menyebabkan kami tersangkut di tengah tanah merah. Saya minta kebenaran untuk memandu UNSER ke tepi dan U-TURN semula. Memang kami tidak boleh pergi lebih jauh kerana selut makin dalam. Kami mengambil keputusan memakir UNSER di tepi dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.


Apa yang peliknya?
Kami tidak menjumpai simpang nak masuk Kg susu. Oleh kerana kami tenggelam dalam gelapnya malam, dengan berbekalkan torch light yang tak ‘power’ dan lampu-lampu HP masing-masing, kami gagal mengesan simpang untuk turun ke Kg. Susu. Kami berjalan menyusuri tebing highway yang tak siap (bukankah itu menggadai nyawa namanya,heeee). Yang kami lihat, sebatang sungai yang jelas kedengaran arus yang deras.


“ Kg Susu dah dekat ni, tapi mane jalan nak cross sungai ni?” kami semua berhenti seketika.

“Berjalan dah jauh dari highway, tapi kenapa tak jumpa simpang ni?”

“Kenapa tak jumpa Kg Leryar lagi?” (Kg Leryar: Kg selepas Kg Susu yang mengambil masa 20-30minit berjalan kaki)

Kami berhenti ditengah gelap gelita untuk berbincang.
“Kalau kita tak jumpa orang atau sesiapa, baik kita patah balik. Lagipun sekarang dah pukul 1040pm. Esok sebelum subuh atau selepas subuh kita gerak semula masuk. Kita terus menuju ke Lipis (rumah nenek saya) untuk bermalam”

Kami bersetuju.


Tiba-tiba HP saya berbunyi menandakan SMS masuk. Dari ayah.

“Ada line!” saya menjerit.

Maka saya pun berdiri static kerana risau line itu hilang.

Saya terus menghubungi PM melaporkan situasi kami di sana. PM bersetuju dengan rancangan kami tadi. Zainul (Senior COMRADE) turut bercakap dan menyarankan kami patah balik.

Selepas mematikan panggilan. Kami berbincang lagi.

“Memandangkan sekarang baru pukul 1045pm, apakata kita jalan lagi kehadapan, seandainya jam 11pm kita tak jumpa sumber2 api ari rumah orang kita patah balik” consensus agreement.

Kami berjalan laju meredah selut yang kadangkala mencengkam sehingga ke betis…

Tiba-tiba,
“Tu bukan cahaya kelip-kelip kan?”
“Lampu tu”
“Balas ngan lampu kita”

Kami pun balas dengan lampu torch light kami (macam bagi signal dalam cite perang plak,heee)
Tiba-tiba lampu itu hilang.

Kemudian ia berkelip lagi. Kami yakin itu bukan kelip-kelip (lagipun mana ada kelip-kelip time ujan camni kan…)

“Ada orang tu” Kami teruskan berjalan…


Alhamdulillah kami sampai di Kg. Leryar. Tiba-tiba kami buntu.
Rumah siapa yang nak dituju sedangkan semuanya gelapa gelita. (otak ligat memikirkan kisah berdarah yang dilalui super senior di Kg tersebut) Astaghfirullahalazim…


Firhad melangkah laju ke rumah yang masih terpasang generator dan lampu, saya menyusul dari belakang diikuti rakan yang lain.

Tampak riak wajah terkejut amek yang membuka pintu. (Sape tak terkejut ngah malam2 buta tiba2 ade orang datang ntah dari mana)

Cepat saya perkenalkan diri supaya amek tidak menjerit memanggil orang kampung,heee..

Anjing dibawah rumah sudah menyalak kuat mahu menghalau kami menyebabkan ada rakan2 yang terjatuh kerana terkejut, tercedera di pergelangan tangan. Alhamdulillah saya sudah sedar anjing itu sebelum ia menyalak. (advantage masuk COMRADE: tak takut anjing dah,heeee)


“Amek, kami dari UIA… Kami COMRADE” dengan harapan amek akan ingat kami dengan menyebut dua nama besar itu.
“Haaa, kenapa?”
“Kami sesat amek, nak cari Kg. Susu, tak jumpa simpang”
Kemudian turun anak dara nya memberi keterangan jalan.
Fuhh…
“Jauh dah jalan ni, simpang susu dekat ngan highway tu je”

Astaghfirullah, jauhnya kami sesat.
Kami mohon ampun pada keluarga tersebut kerana mengganggu malam hari. Saya yakin orang kampung mesti gempar malam itu atas kehadiran kami.
Kami turun dari Kg Leryar dan patah balik.
“Nak, nak pegi mane?” tiba2 suara dari rumah atas bukit.
“Kami nak pergi Kg susu amek, dari UIA ni, kami sesat”
“Kg Susu kat atas sana tu, hati-hati jalan”


Kami terus berjalan ke UNSER, dahaga, kesejukan..semua ada.. kedengaran enjin motor dari belakang kami. Syarif dan Firhad menyapa, Subhanallah, nasrullah dihantar tatkala kami melepasi ujian perjalan yang pertama. Nikmat bagi orang-orang yang bersabar dan tawakkal, Alhamdulillah. Katanya dia berasal dari Kg Susu tapi sekarang menetap di Pos Betau. Beliau dalam perjalanan pulang dari kerja. Abe Shapawi namanya.

Saya kedepan motorsikal beliau, saja menayang muka depan beliau.
“Haaa…kakak ni saya kenal, anak abe ariffin ni” dia menjerit.
Saya tersenyum, Alhamdulillah ukhwah yang dijalin tidak sia-sia.

Beliaulah yang mengiringi kami ke Kg Susu.

Sekali lagi hp berbunyi, dari adik saya. Sekali lagi saya berdiri static dan terus mengubungi PM mengatakan kami akan memasuki Kg. Susu malam itu juga.

Lagi perjalanan yang mencabar.

Perjalanan ke Kg Susu mempunyai 2 bukit yang harus dilalui. Bukit pertama, Alhamdulillah kerana ditaburi batu-batu (azab juga bagi kami yang tak berkasut dan berselipar ni,heh). Bukit ke-2! Bukit tanah merah yang agak curam. Bermula perjalanan yang memaut seribu satu pengalaman.. Pelbagai aksi dan taktik2 ditunjukkan dari setiap peserta, heee…. Kami tidak mampu menuruni bukit itu dalam keadaan berdiri.. Apa yang kami lakukan??? Duduk diatas tanah dan membiarkan diri menggelongsor turun ke bawah, best siot….takyah g sunway lagoon…heee… Mujurlah malam, takdelah kaum2 Adam tu nampak aksi kami wanita hebat ini,eheheh…


Setelah habis cabaran disitu, kami akan melalui satu jambatan. Selepas jambatan ada lagi satu BUKIT!!!.. Bukit ini harus didaki. Dan ia adalah bukit tanah merah lagi.. Lagi adengan2 mencabar oleh peserta. Merangkak, menyerot,mengelongsor, jalan itik, semua ada…heee…


Kami terus diiringi ke rumah Tok Batin. Jam 12am kami sampai di rumah Tok Batin.. Berbincang. Alhamdulillah tiada halangan dari Tok dan kami minta izin untuk pulang.. Tiada siapa ditinggalkan di Kg Susu malam itu. Semua mahu pulang ke UIA. Sampai di atas highway, kami mencari air bukit untuk membersihkan diri yang berselut. Dan kami teruskan perjalanan pulang ke UIA pada jam 1.30am.

Perjalanan pulang, saya memandu perlahan, kabus tebal Subhanallah, cantik. Perarakan lembu di atas jalan turut menjadi hiburan saya yang berborak dan menyanyi, monolong, ketawa seorang diri kerana yang lain semua dah tidur, huh!


Kami berhenti di Genting sempah untuk berjumpa group PM yang berangkat ke Kelantan dalam misi menjejak lembu pada jam 430am. Kami berpisah di highway.


Alhamdulillah, jam 530am kami tiba di UIAM, azan subuh berkumandang tatkala saya meluncur keluar dari UIA untuk pulang kerumah mengambil barang untuk bertolak ke Kg Susu pagi itu dengan bus.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala pengajaran dan tunjuk ajar untuk hati-hati kami. Seketika cuba muhasabah perjalanan kami, Subhanallah….perjalanan benar-benar dipermudahkan oleh Allah. Baru saya sedar, kereta yang dipandu terasa ringan walaupun diisi penuh oleh penumpang dan barang2 memasak termasuk tong gas. Perjalanan yang tiada gangguan. Yang ajaibnya, saya seorang yang sangat rabun jika memandu di malam hari, namun, Allah melihatkan saya akan kehadiran kehadiran perarakan lembu di atas jalan raya walaupun jalan di tengah2 hutan itu gelap dan tiada lampu jalan, Alhamdulillah. Mata saya celik dan segar sehingga saya terlupa yang pagi tadi saya terbaring diatas katil kerana hampir demam dan kurang mendapat tidur yang lena. Subhanallah….. Bagi rakan-rakan yang lain, mungkin lain output yang mereka dapat, wallahua’lam….









Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

kasdna said...

alhamdulillah..Allah permudahkan kerja kalian..

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.