WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Sunday, November 22, 2009

Tergempar: Pertukaran Lagi?


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Assalamualaikum semua, para COMRADEAN yang berada di luar atau di dalam kampus UIAM. Semoga semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Dan begitu juga kepada semua peserta  sama ada yang "comfirm" akan terlibat atau tidak di dalam program masuk kampung orang asli kita kali ini.

Namun yang GEMPAQ nya di sini, adalah berlaku pertukaran secara mengejut daripada KELANTAN ke PAHANG kerana Pos Sg Rual telah di kuarantinkan. Dan mengikut pendapat serta info yang soheh daripada pihak2 tertentu, sudah pun berlaku 2 kematian di sebabkan wabak TAUN. Ya Allah, terfima kasih kerana menyelamatkan kami... namun misi tetap harus di jalankan tidak kira lah di mana sahaja, dan dengan itu selepas beberapa muhasabah dari ''management" maka PROGRAM IPTA telah bertukar ke kg SUSU, CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.

Maka di harap kepada semua COMRADEAN mendoakan agar kami selamat pergi dan sampai. InsyaAllah kiat sedang menolong agamanya, dan yakinlah Allah akan menolong kita.

Sejarah Pertukaran IPTA 2009:

@ Perancangan awal adalh bertempat di Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan

@ Pertukaran tempat kerana anjuran JHEOA di sebabkan berlakunya BANJIR besar yang menyukarkan serta memberi risiko keselamatan kepada peserta membawa kepada pertukaran kepada POS SG RUAL, JELI KELANTAN.

@ Wabak TAUN menjelma di POS SG RUAL! Dan berita kematian yang melibatkan 2 orang kampung juga menggemparkan lagi berita ini! Maka sekali lagi mesyuarat di buat dan setelah membuat beberapa panggilan ke pihak2 yang terbabit, maka keputusannay tepat ke PAHANG, dan tempat nya adalah:

Kampung SUSU,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur

Waktu bertolak juga di tunda ke hari esok iaitu (23 November 2009) pada jam 10.00 pagi. Dan beberapa orang juga telah di hantar ke sana pada petang ini (22 November 2009)  bagi tujuan survey dan menyediakan persediaan Prep 'n' Tech.

Doakan semua agar SELAMAT dan di bawah perlindungan ALLAH.

Dari COMRADE untuk semua yang memahami erti perjuangan!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.