WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Friday, November 20, 2009

SLOT BARU: Berita Ahli COMRADE


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Assalamualaikum w.b.t buat semua COMRADEAN.

COMRADE kini lebih sensasi dan insyaALLAH segala perkembangan terbaru akan di rasmikan pada tenure baru ini yang akan bermula pada semester akan datang. Perkembangan atau SLOT BARU COMRADE iaitu:

1) BICARA AGAMA (akan di update setiap hari JUMAAT yang akan di kelolakan oleh Ustaz ZUL-super senior COMRADE)

2) SENSASI COMRADEAN: berita2 ahli COMRADE terkini dan semasa. Setiap program atau kejayaan AHLI akan di publishkan di sini bagi menghargai ahli2 yang menyokong COMRADE setiap tahun.


SHAMSUL Anuar Nasarah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama kategori pelajar IPT, Noor Khairin Nawwarah Khalid sambil diperhatikan Fathul Radzi Bahri (kiri), baru-baru ini.

Dan tekini tahniah di ucapkan buat Saudari Khairin Nawwarah (gambar), (pemegang BIRO PR Comrade 09/10) kerana telah menggondol tempat pertama kategori pelajar IPT bagi Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara 2009 dengan kerjasama Utusan Malaysia. Dan keratan berita tersebut:

SERAMAI 18 penerima hadiah Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara 2009 diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di ibu negara baru-baru ini.

Pada majlis itu, turut berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Mengarang Esei Hari Belia Negara 2009 dengan kerjasama Utusan Malaysia yang disempurnakan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu sekolah menengah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan terbuka sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009 dari 15 Mei sehingga 30 Jun lalu.

Pertandingan bertajuk 1Malaysia: Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM2,000 dan sijil penyertaan. Ia menerima lebih 1,000 penyertaan.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Radzi Bakri.



Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

khairin nawwarah said...

hye,first,thanks for the post,,n,alahai,,,malu laa..;)..huhuhu..

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.