Oleh: NOR HAFIZAN MOHD NOWAWI
Kak,nak masak ke?’ tanya Muhyiddin.
‘Erm, nak masak apa? Hmmm, buat air je la, makan dengan biskut.’ Balasku.
Mengenangkan dapur bagai tongkang pecah dan suasana ‘black out’ membuatkan kami hilang arah.
‘Tapi, budak-budak ni ada yang lapar’ Munzir menyampuk. Hujan lebat petang tadi meyebabkan ramai diantara kami lapar. Muhyiddin mencari sesuatu bertemankan cahaya lilin.
‘Kak, mee Maggie ada!’ Jerit Muhyiddin.
‘Nak goreng Maggie?’ Tanyaku.
‘Ok gak’ Munzir menjawab.
Aku terus mencari bawang-bawang di dapur untuk dibuat perencah. Munzir, Fatin dan Kak Yati memulakan tugas mengupas kulit bawang. Muhyiddin menghidupkan api dapur dan memanaskan air. Aku segera merendam mee Maggie. Risau peserta tidak sempat makan mengenangkan bas bertolak balik ke UIA pada jam 11 malam dan Abang Azahar akan menghantar mereka ke simpang awal sedikit. Hujan masih renyai. Bekalan elektrik terputus satu daerah. Tidak lama kemudian, Apai atau otai dapur datang sebaai penyelamat keadaan.
‘Apai, kita nak goring meggie. Tolong gorengkan?’ tanyaku. Apai tersenyum,segera mengambil periuk dan bersedia utuk memasak. Satu persatu perencah kami masukkan. Kemudian Apai merasa,
“Hmm,macam ada yang kurang”. Aku pula merasa,
“A’ah, apa yang kurang ya?” Aku dan Apai buntu. Perencah kami tidak menjadi. Seketika itu, Amat Hafiz, Sem dan Kak Ngku sampai dan mengambil alih tugas. Aku pergi menyiapkan kerja lain.
‘Kurang masin, mee kering’ Ujar Kak Ngku.
‘Kita buat air garam’ Sem segera membuat air garam. Kemudian dicampur dalam Maggie tersebut. Aku dan Kak Ngku merasa, serentak kami menjerit,
“Masin!!!!”
“Dah tak boleh patah balik ni, kalau letak air lagi, Maggie jadi lembik”
Kami tergelak beramai-ramai di dapur. Maggie ditolak ketepi. Siapalah yang sanggup makan Maggie masin itu. Tapi masih ada yang makan kerana lapar. Hmm, sapalah yang nak kahwin ni??
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
0 comments:
Post a Comment