Lima perkampungan Orang Asli di Pahang akan dipromosikan sebagai lokasi pelancongan berkonsepkan homestay dengan tarikan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, kebudayaan dan kraf tradisional. Perkampungan Orang Asli yang dikenal pasti adalah Kampung Gumum di Tasik Chini, Pekan, Kampung Che Wong (Temerloh), Kampung Pantos (Kuala Lipis), Kampung Sungai Ruil (Cameron Highlands) dan Pos Iskandar di Raub.
Semua perkampungan itu mempunyai keunikan tersendiri, termasuk aspek kehidupan harian masyarakat serta lokasinya yang strategik dihuni suku kaum Jakun, Semelai, Semai, Che Wong dan Temuan. Kebanyakan pelancong khususnya dari Eropah inginkan suatu produk pelancongan yang unik dan mencerminkan identiti Malaysia sepenuhnya seperti keindahan hutan, pantai dan pulau di samping budaya dan tradisi hidup masyarakat. Tarikan utama homestay termasuk merasai pengalaman bersama Orang Asli bekerja di hutan, sungai atau aktiviti pertanian untuk menyara kehidupan.. Suku kaum Orang Asli yang kaya dengan kreativiti menghasilkan produk kraf masing-masing mampu menjana ekonomi mereka melalui jualan produk berkenaan.
Source : http://www.jheoa.gov.my
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
1 comments:
awal yang baik
Post a Comment