WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, May 11, 2010

C.E.R.I.T.E.R.A. L.E.B.I.R


::We Observe We Experience We Lend a Hand::


Alhamdulillah...setelah sekian lamanya blog ini menyepi, akhirnya ada juga khabaran yang mampu saya kongsikan bersama para pembaca. Program IPTA yang dijalankan di Pos Lebir,Gua Musang baru-baru ini meninggalkan begitu banyak kenangan suka dan duka. Mengapa mesti adanya duka walaupun suka? Segalanya bermula...


 Rombongan kami yang menaiki 2 buah bas 'Jom Heboh' selamat 'mendarat' di perkarangan pintu masuk Pos Lebir lebih kurang pukul 8.45 pagi. Setibanya kami di sana, kami diminta 'berehat' sebentar sementara menanti kedatangan trak yang akan membawa kami menjelajah Pos Lebir. Sesungguhnya, 'penantian itu satu penyiksaan'.

Trak yang digunakan untuk mengambil peserta sangat besar dan mampu memuatkan kesemua peserta perempuan!! Dalam trak tu, hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan kami menjadi sardin dan cacing yang kepanasan. Namun, Alhamdulillah..semua peserta selamat sampai di kampung tersebut setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, kejadian di dalam trak inilah yang menjadi kenangan terindah bagi kami semua.




Setibanya di kampung tersebut, kami semua bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal dan pihak catering pula sibuk memerah keringat di dapur bagi menyediakan juadah untuk kami semua mengisi perut yang sudah pun mengalunkan irama keroncong. Seperti biasa, bila perut dah kenyang, hati pun senang. PC ataupun Program Coordinator mula mengambil alih tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Semua peserta diberi sedikit taklimat dan peringatan mengenai apa yang bakal kami lalui sepanjang program ini.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa”

(al-Hajj:40)




Biro RnD telah pun membahagikan semua peserta kepada keluarga angkat masing2. Maka dengan ini, bermulalah perjalanan mereka merentas panas terik matahari dan jalan2 kecil yang akan membawa mereka ke destinasi yg dituju iaitu rumah nak dan abe. Biarpun letih namun semua itu tidak mematahkan semangat kami. Kedatangan kami ke rumah mereka bukanlah dengan tangan kosong. Sedikit buah tangan yang didatangkan khas dari Gombak dihulur kepada tuan rumah sekadar ingin mencuit hati mereka.


Meskipun ada di antara kami yang menerima sambutan yang kurang memberansangkan drpd tuan rumah namun itu semua bukanlah penamat segalanya. Kesabaran saat ini sungguh menguji. Di dalam hati mereka berkata, "sabar,takpe..ni baru permulaan.."

"Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t."




"TANGGUNGJAWAB BUKAN ARAHAN"

Sambil menyelam minum air. Begitu jugalah kami, COMRADE, berhijrah jauh dari UIA Gombak ke negeri Cik Siti Wan Kembang semata-mata ingin menyampaikan 'Risalah Allah'. Kehadiran kami di sini adalah untuk menyebarkan agama Allah dan juga menziarah kehidupan orang asli yg masih lagi serba kekurangan. Berziarah sambil Berdakwah, mengikhlaskan hati hanya kerana Allah.

Ingin saya kongsikan sesuatu di sini yg mungkin juga luahan hati saya sendiri setelah melalui program ini. Mengapa mesti ada yang mempertikaikan arahan yang diberikan sedangkan mereka semua tahu bahawa tanggungjawab mereka itu adalah satu amanah. Arahan yg diberi bukanlah 'ARAHAN' tetapi adalah untuk mengingatkan mereka akan 'TANGGUNGJAWAB' mereka. Sesungguhnya setiap insan itu tidak pernah lari dari sifat lalai dan merupakan tanggungjawab semua untuk memperingati satu sama lain seperti yang termaktub di dalam Al Quran dalam surah al-Asr.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.