WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Friday, September 3, 2010

Kerajaan Belanja RM1 Bilion Untuk Majukan Orang Asli - Shafie


Gambar Kenangan pelajar UIAM bersama pelajar Asli Sek. Men. Ulu Kinta
BATANG KALI, 22 Julai (Bernama)-- Kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion sejak 2006 bagi memastikan masyarakat Orang Asli di negara ini maju dan mampu bersaing dengan kaum lain, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau berkata peruntukan itu meliputi Rancangan Malaysia ke-7 hingga ke-9, serta kedua-dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan.

"Hampir satu bilion telah diperuntukkan kepada Orang Asli dalam tempoh lima tahun (2006-2010) dengan satu matlamat, iaitu memajukan masyarakat Orang Asli supaya mereka mampu bersaing dengan masyarakat lain, menukar corak kehidupan daripada berpindah-randah kepada penempatan kekal," katanya ketika melancarkan bekalan air luar bandar dan sistem rawatan air pelbagai sumber di Perkampungan Orang Asli Kampung Songkok di sini Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Hasan Malek. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Datuk Mohd Sani Mistam

Beliau berkata fasa pertama projek bernilai RM2 juta yang dimulakan sejak Ogos tahun lepas, bakal memberi manfaat kepada kira-kira 17,000 penduduk kampung itu dan 209 kampung di Kelantan, Selangor, Pahang dan Perak.

Shafie berkata kementeriannya menyasarkan semua perkampungan Orang Asli di negara ini menikmati kemudahan air bersih menjelang penghujung tahun ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar sikap sesetengah pihak yang memberi pandangan negatif terhadap usaha kerajaan membantu masyarakat Orang Asli di negara ini.

"Pandangan negatif ini sama ada dipelopori oleh parti-parti politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan, atau pertubuhan bukan kerajaan yang dipengaruhi oleh pejuang hak asasi luar negara yang tidak mengiktiraf usaha kerajaan kepada Orang Asli," katanya.

Tok Batin Kampung Songkok Alan Supih berkata beliau menghargai keprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah air di kampung tersebut.

"Ini dah cukup bagus, dulu susah dapat air bersih, sekarang senang, jadi maknanya kerajaan prihatin dengan penduduk di sini, jadi, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan," katanya.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.