WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Thursday, July 29, 2010

AMC meriah di Asrama SMK Ulu Kinta...


Pada minggu lalu (23-25 julai 2010) ahli comrade menjenguk pelajar Asrama SMK Ulu Kinta untuk program Asli Motivational Clinic (AMC) di negeri Perak Darul Ridzwan. Dengan berbekalkan modul-modul yang cukup menarik dan bermanfaat, alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar-pelajar tingkatan 3 hingga 5 SMK Ulu Kinta. Barisan fasilitator memberi komitmen yang cukup tinggi bagi melancarkan lagi program AMC kali ini. Pada hari pertama program, para pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan mengikut nama binatang seperti monyet,lembu,kambing dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk memastikan adik-adik mampu mempamerkan daya keyakinan mereka dan menjadi lebih kreatif untuk sesi pembentangan trademark kumpulan masing-masing. Mereka kemudian didedahkan dengan Latihan Dalam Kumpulan(LDK) dan 'eksplorace'. Bagi aktiviti 'eksplorace', semangat yang diberikan oleh adik-adik sangat memberangsangkan. Ada yang sanggup bermandi lumpur menyokong antara satu sama lain untuk memastikan kumpulan masing-masing berjaya menyelesaikan semua tugasan 'eksplorace'. Majlis penutup AMC dirasmikan oleh pengetua SMK Ulu Kinta yang berharap agar program seperti ini boleh lagi dijalankan pada tahun-tahun yang mendatang. Sesungguhnya semangat yang ditonjolkan oleh adik-adik sememangnya amatlah dihargai oleh semua warga comrade yang berkunjung ke program kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program AMC pada kali ini. Jumpa lagi di lain program..

 
<><><><><><>
<>
<><><><><><>
barisan fasilitator lelaki dan wanita
 
 
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)









EKSPLORACE






Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.