::We Observe We Experience We Lend a Hand:: by: RnD
Pos Lebir antara ratusan kampung Orang Asli yang terdapat di Gua Musang. Kampung yang sangat unik dan berbeza dari segi kaum, infrastuktur, sosiobudaya, pendidikan, agama, dan ekonomi.
Prasarana
Nama Kampung: Pos Lebir
Daerah: Gua Musang
Negeri: Kelantan
Pos Lebir terbahagi kepada dua buah kampung: 1. Kampung Pasir Linggi
2. Kampung Machang
Jarak dari jalan utama ke Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi: 8km
Jarak dari Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi ke kampung Machang: 4km
Keadaan jalan yang menghubungkan jalan utama terus ke dalam kampung sedikit rumit kerana jalannya yang berbatu-batu menjadikan jalan itu tidak di gunakan oleh kebanyakkan kenderaan. Jalan raya yang sempurna masih belum di bina di kampung ini.
Kemudahan yang terdapat, antaranya:
1. Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi
2. Asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah
3. Kuarters guru
4. Dewan serbaguna
5. Kedai
6. Tabika
7. Padang
8. Gelanggang
9. Jambatan yang menghubungkan Kg. Pasir Linggi dan Kg. Machang
Sebuah kampung yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Selain menggunakan jalan yang sedia ada, penduduk kampung juga masih lagi selesa menggunakan jalan-jalan denai bagi mempercepatkan lagi perjalanan mereka.
Kaum
Suku kaum Orang Asli di Kelantan kebanyakannya batek,mendrik dan negrito. Namun, suku kaum di Pos Lebir ini lebih dipelopori dengan kaum batek dan mendrik. . Biasanya, kaum batek dan negrito secara fizikalnya berambut kerinting dan berkulit gelap. Mereka juga seorang yang pemalu dan kurang bersosial dengan orang yang tidak di kenali.
Jumlah penduduk kampung di sini menjangkau angka 300 orang.Jumlah Penduduk di kampung Pasir Linggi melebihi penduduk di Machang
Agama
Semua penduduk kampung di Pos Lebir beragama Islam
Tahap penguasaan agama: lemah
Di kampung ini terdapat seorang Penggerak (Ustaz Ghani) yang telah di latih khusus untuk membantu dan membangunkan aqidah Islam di kampung mereka. Tambahan pula, Ustaz Ghani juga terdiri di kalangan mereka sendiri yang mana bangsa dan kaum yang sama. Ini memudahkan lagi penduduk untuk berurusan mengenai perkara yang berkenaan dengan ibadah dan aqidah Islam. Malah, seorang AJK/ Ustaz dari JAKIM dihantar bagi membantu penduduk kampung dari segi agama Islam. Mereka kurang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Tapi perubahan dari masa ke semasa masih lagi dipertingkatkan. Syukur Alhamdulillah, mereka ini masih lagi pempunyai hati untuk mendalami ilmu-ilmu agama walaupun setelah di ajak berulang kali.
Cuaca
Perubahan cuaca yang tidak menentu membuatkan penduduk kampung perlu bersiap sedia dengan keadaan yang bakal mereka hadapi. Cuaca di awal tahun yang terik memberi impak yang baik kepada penduduk kampung kerana mereka mampu melakukan pekerjaan harian mereka. Namun, apabila tiba musim tengkujuh yang biasanya berlaku pada hujung tahun membuatkan kampung Pos Lebir ini tenggelam dek banjir yang teruk sehinggakan penduduk kampung tidak mampu keluar dari kampung untuk ke Bandar dan tidak mampu melakukan pekerjaan harian mereka. Penduduk kampung hanya tinggal di dalam rumah sahaja. Bagi kaum lelaki yang ingin keluar ke Bandar pada musim ini mereka menggunakan rakit atau sampan yang di reka sendiri oleh penduduk kampung.
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi terdiri daripada 100-150 orang pelajar yang mana pelajarnya datang dari tiga buah kampung yang berlainan, iaitu:
1. Kg. Pasir Linggi dan Kg. Machang
2. Kg. Sg. Aring
3. Kg. Kuala Koh
Bagi pelajar yang tidak berulang sebagai contoh pelajar dari kg. Aring dan Kuala Koh, asrama (hayak yalu dan hayak temkal) untuk mereka telah di sediakan.
Tadika juga antara salah satu sumber pendidikan kecil bagi penduduk kampung. Malah guru tadika juga adalah guru yang sangat berpengalaman sehinggakan mampu bercakap dalam loghrat kaum batek sendiri. Ini memudahkan komunikasi kanak-kanak yang masih kecil justeru mampu menarik minat mereka sekaligus.
Mengikut kata guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut, murid-murid di sekolah ini terutamanya murid-murid yang berasal dari kampung tersebut, kehadiran mereka lebih lemah berbanding murid-murid daripada kampung lain. Ini mungkin disebabkan kedudukan kediaman mereka yang hampir dan mengambil mudah isu-isu berkenanan pelajaran ini. Tahap penguasaan 3M (membaca, menulis, mengira) murid-murid di sini masih di tahap yang rendah. Dengan adanya guru-guru yang bijak menguruskan murid-murid begini akhirnya sebahagian daripadanya dapat mengenal pasti 3M yang diseru oleh semua golongan.
Sosiobudaya
Kebiasaan masyarakat orang asli mengamalkan beberapa amalan yang berkaitan dengan amalan nenek moyang mereka seperti bersewang, kepercayaan karut dan bomoh. Begitu juga penduduk kampung Pos Lebir ini. Penduduk kampung ini juga memiliki kelebihan yang hebat dalam bidang kesenian dikir barat yang sering kali menjadi jemputan yang hangat dalam pelbagai majlis-majlis keramaian yang dihadiri oleh Raja dan Menteri.
Sebelum kemasukkan Islam di kampung ini, masyarakat orang asli di sini masih lagi mengamalkan adat resam yang mana pengebumian penduduk kampung bukan ditanam malah diletakkan di atas pokok yang tinggi.
“ selalunya kami akan letak mayat di atas pokok yang tinggi dan seberang sungai. Tapi, saya tak berani panjat pokok tinggi-tinggi sebab itulah sekarang ini kami jarang mengebumikan mayat di atas pokok. Dan sekarang kami ikut cara Islam.” Kata seorang penghulu kampung yang biasanya digelar Tok Batin Ramli. Daripada perbualan bersama Tok Batin Ramli dapat saya singkapkan bahawa amalan meletakkan mayat di atas pokok semakin berkurang dimakan zaman.
Ekonomi
Inilah antara kampung di mana ekonominya masih bergantung pada hasil-hasil hutan, pemburuan dan juga menjala. Penduduk kampung di sini amat kecil kuantitinya yang bekerja di luar kampung. Oleh sebab itu, tahap ekonomi mereka masih di kedudukan yang rendah walaupun tersedia pelbagai insfrastuktur. Bak kata Tok Batin di kampung Pasir Linggi “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”
Antara hasil-hasil hutan yang menjadi sumber pendapatan mereka ialah kayu-kayan seperti meranti yang mampu membantu mereka di dalam kehidupan mereka seharian. Dari segi aspek makanan pula, mereka berbeza dengan kaum semai yang biasanya menanam ubi kayu dan ubi kentang sebagai makanan jati mereka. Namun, penduduk di sini tidak menanam sumber makanan seperti itu kerana hasil tanaman mereka akan diganggu oleh haiwan-haiwan liar di kampung tersebut. Penduduk di sini biasanya akan menjala ikan di sungai besar berhampiran kampung mereka sebangai sumber makanan mereka seharian.
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
0 comments:
Post a Comment