::We Observe We Experience We Lend a Hand::
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar COMRADEAN semua, harap semua berada dalam keadaan sihat serta sejahtera hendaknya. Alhamdulillah, baru-baru ini COMRADE baru sahaja menjalankan aktiviti dakwah ke Pos Lebir selama seminggu. Mereka berkampung di Pos Lebir dengan bertujuan untuk menjalankan projek amali Islam di kampung Orang asli yang bersuku kaum Bateq.
Syabas di ucapkan kepada barisan muda dan first timer baik yang menjadi board program mahu pun yang menjadi peserta. Walaupun ada banyak kekurangan dan kelemahan namun ianya berjaya juga di habiskan serta barisan muda ini memperoleh banyak pengajaran.
"Aku dah tulis dekat dua buah buku." Kata pengarah program, saudara Firdaus Moh Yusoff merupakan anak jati kelahiran negeri Kelantan dan juga pemegang Biro Latihan dan Tarbiyyah Comrade. Dua buah buku yang di maksudkan adalah rekod kelemahan dan prosedur-prosedur penting yang harus di laksanakan dalam menjayakan program Islamic Practical Training for Orang Asli (IPTA).
Laporan program akan menyusul kemudian, namun begitu Crew mengucapkan sekali lagi kepada semua barisan komiti baik lama mahupun baharu, jangan lah serik untuk menjadi manusia yang suka memberi, teringat kata-kata cikgu tua dalam Laskar Pelangi:
Memberilah sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya....
CREW: Jangan lupa update gambar dan laporan yer?
Related Articles :
0 comments:
Post a Comment