WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Monday, March 1, 2010

300 murid anak Orang Asli keracunan makanan


::We Observe We Experience We Lend a Hand::Hampir semua 300 murid anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, dekat sini, mengalami sakit perut, muntah dan pening dipercayai keracunan makanan selepas makan tengah hari di kantin asrama sekolah itu semalam.

Sebahagian mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang manakala sebahagian lagi dibawa ke Hospital Tanah Rata di Cameron Highlands.

Asrah Along, 47, berkata, anaknya bergegas pulang ke rumah mengadu sakit perut dan muntah selepas makan nasi berlauk telur rebus di kantin asrama sekolah terbabit hingga keadaannya menjadi letih selepas itu.

Bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya yang letih, beliau membawa anaknya ke sekolah untuk dimaklumkan kepada guru.

"Kami pergi ke sekolah semula bersama anak kerana keadaannya semakin teruk dan terpaksa menunggu beberapa jam untuk dihantar ke hospital. Anak kami beritahu telur rebus yang dimakan itu berbau busuk dipercayai sudah lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Halang Angah, 53, pula berkata, beliau terkejut apabila anaknya pulang dalam keadaan keletihan dan pakaian sekolah terkena muntah.

Beliau berkata, anaknya mengadu pening kepala sebelum merujuk perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

Sumber: Utusan Online

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.