WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Wednesday, January 27, 2010

Koleksi Blog Terbaik!


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Ini adalah koleksi blog-blog pilihan bulan ini, yang membawa segala cerita suka dan duka, cerita insaf dan cerita rindu, cerita kagungan Nya serta RahmatNya... Jom COMRADEAN, layanlah blog-blog ini, mungkin memotivasikan anda....

BLOG #1

Jengah kat blog orang ni, kata rindu... jengah kat facebook, apetah lagi... adeh... domam ko apo sume orang ni...

jadi...
saya pun kene cakap ke saya rindu?
heh

Tapi.... saya rasa bersyukur kerana saya sangat yakin yang rindu kalian semua kepada sahabat yang susah payahnya bersama berjuang. Kalian bukan rindu pada yang salah.

Kalian rindu pada perjuangan yang mungkin telah ditinggalkan bertahun-tahun, berbulan-bulan,berminggu-minggu, atau berberapa hari sahaja.

Rindu kalian pada indahnya kepenatan demi kebahagiaan yang lain, rindu kalian pada sakitnya tulang dan urat sendi demi menjayakan program.

Rindu kalian pada air mata kegembiraan pabila menyaksikan shahadah pertama dari mulut si khalifah Allah.

Rindu kalian pada gelak ketawa tatkala terjatuh berguling-guling ketika menuruni bukit sambil membawa ration makanan bersama orang kampung.

Rindu kalian pada basahnya barang-barang yang dibawa kerana hujan ketika berjalan kaki menuju ke kampung...
                                           seterusnya boleh lah dilayan di SINI 

BLOG #2

Blog bukan sahaja medan untuk menulis penyataan biasa semata, tapi medan berkarya dalam bermadah ilmu.... layari lah blog PENCARI CINTA HAKIKI


Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah (setetusnya di blog...)


BLOG #3

Lagu keinsafan kini menjadi tempat untuk sama kita mendamaikan jiwa, mengungati Tuhan melalui titipan lirikan yang syahdu serta indah... membuatkan semua nya terus merindui cintaNya yang ABADI dan HAKIKI, dan KHABAR DARI HATI akan sentiasa memberi....

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa...


Seterusnya di SINI 




BLOG #4

Pernah suatu hari kami bergotong royong membersihkan kuburan bersama rakan sejawatan. Tempat yang sunyi pada zahirnya, hakikatnya pelbagai keadaan yang dihadapi oleh para penghuninya.

Sebelum pulang rakan saya bertanya sambil matanya melirik melihat kuburan yang ada " sheikh (hanya panggilan semata-mata) kat mana ya kubur kita nanti...". Kelu lidah saya untuk menjawabnya, siapalah saya untuk menentukan di mana tempat akhir persemadian dan bagaimana pula keadaan ketika berada diperut bumi itu nanti. Cuma diri ini amat berharap, biarlah kesudahan dalam keadaan yang baik, dan perjuangan di alam kebangkitan berjalan dengan baik dan natijah yang terbaik. ALlah jualah yang menentukan.



Suatu hari kita akan kembali jua, mungkin ke taman-taman syurga atau lembah neraka, pilihan inilah yang bebas untuk semua hambaNya memilih.. oleh itu carilah perangsang ke taman-taman Syurga di laman Pencari Mati yang Sempurna

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.