Bermulanya kisah 2 orang sahabat....
Senyum, ketawa, melawak dan mengurat freshi bersama. Namun, ini bukanlah permulaan cerita mereka. Pada awalnya, mereka hanya saling mengenali kerana belajar di bawah satu bumbung yang sama iaitu di Matriculation Center of International Islamic University Malaysia (MCIIUM). Disebabkan oleh jarak mereka yang jauh tidak membenarkan mereka dari terus saling mengenali dengan lebih rapat.
Kehidupan mereka ketika itu ibarat di dalam dua dunia berbeza. Ya..dua dunia yang berlainan yang akhirnya dipertemukan oleh Allah ketika mereka meneruskan pengajian mereka di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Fiqh).
Di sinilah segalanya bermula. Bukan kerana UIA mereka bertemu tapi kerana satu ‘nama’, COMRADE.... Pengembaraan ke kampung orang asli di negeri Pahang darul Makmur telah membenihkan satu pertalian yang tidak mungkin putus antara mereka. Kampung Teji dan Abu yang terletak di Cameron Highland menjadi saksi pertemuan mereka.
Dijodohkan oleh Allah di dalam satu kumpulan semasa kursus induksi, telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sudah pun terjalin antara mereka berdua. Berkongsi minat yang sama, juga memiliki perwatakan yang sama telah mengukuhkan lagi persahabatan mereka.
Dek kerana hubungan mereka yang terlalu akrab, mereka pernah dikatakan mempunyai ‘skandal’ walaupun mereka datangnya dari kaum yang sama spesies (kaum Adam). Segala memori suka dan duka dikongsi bersama, yang pahit dan kelat ditelan jua manakala yang masin dan payau diludah pula. Dua sahabat ini diibaratkan ‘bagai isi dengan kuku’. Tidak dapat dipisahkan biarpun berjauhan.
Namun, kisah mereka tidak berhenti di situ, malah mereka telah berjaya mencipta satu kejayaan besar di dalam diari hidup mereka apabila mereka berdua dipilih untuk menjadi MC dalam satu konsert secara on the spot. Jika sebelum ini mereka hanya berkawan biasa, kini segalanya berubah. Mereka adalah partner DJ, mereka juga patner MC. Kesimpulannya, mereka telah ditakdirkan oleh Allah untuk bersama-sama menjadi sahabat yang terbaik Seorang daripadanya berkata, “aku bertuah kerana memiliki sahabat yang terbaik sepertinya. Tiada siapa yang bisa menggantikan tempatnya ”.
Begitulah kisah perjalanan hidup dua orang sahabat yang baru sahaja terpisah demi mencari ilmu dan menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini. Detik 3 pagi, 9 Januari 2010, menjadi saksi pepisahan mereka. Seorang telahpun mengibarkan sayapnya ke bumi Syria, manakala seorang lagi masih terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah di tanah air tercinta. Semoga perjalanan kedua-dua mereka sentiasa berada di dalam rahmat-Mu ya Allah..
Ya Allah, sungguh indah pertemuan yang Kau aturkan untuk mereka berdua. Mereka adalah kawan, teman dan juga sahabat. InsyaAllah, mereka juga adalah bakal pemimpin umat Islam, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelusuk dunia. Amin....
::We Observe We Experience We Lend a Hand::
Related Articles :
0 comments:
Post a Comment