Crew tidak sempat untuk menyertai rentak-rentak dakwah di Kg Leryar, jiran Kg Susu, Cameron Highlands. Namun Crew mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Sis Raihan (X-exco COMRADE) dan Sis Sabariah (Members of COMRADE) kerana menyertai dan membantu skuad da'e daripada UIA Kuantan ini. Dengar kata sambutan dan program nya juga berjalan dengan lancar. Alhamdulillah sekali lagi kita bersyukur kepada Allah kerana menyempurnakn segalanya urusan hamba-hamba yang berjuang di jalan-Nya.
Oleh itu, Slot "Comradean's Corner" hari ini ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai perjalanan mereka daripada mula hinggalah berakhir nya progran yang telah di jalan kan pada minggu 'midbreak' yang lepas, iaitu pada 27 Jan 2010 hinggalah 30 Jan 2010. Raihan dan Sabariah (Irah) mula bergerak pada 26 Jan lagi ke Kuantan bagi sesi briefing dan mereka berjaya untuk sama-sama berkongsi pengalaman di sana yang rata-rata peserta daripada UIA Kuantan merupakan peserta pertama kali terjun di dalam arena dakwah Orang Asli ini. Syabas Raihan yer... ucapan tahniah ini daripada semua comradean.
Cerita ini sedikit sebanyak daripada cerita kawan kita iaitu Irah di laman blognya (http://niqsabariah.wordpress.com/), jangan lupa untuk melawat beliau di laman ini yer.
Before meleret panjang-panjang. Amek Kg Susu, Kg Teji dan Kg Abu sampaikan salam rindu. Tadi amek Kg Husin call, sampaikan salam juga. Sila rindu mereka juga ya. Heh!
Kg leryar, tempat yang bakal aku akan ceritakan, sebelum tu aku cerita serba sikit pasal kampung ni.Kg leryar lama dah di pindahkan ke Kg Leryar baru yang mana mereka mendapat pampasan dari JKR sebab JKR bina highway tu.
Di kg Leryar lama, dah tingga dalam 7 buah rumah je lagi. Manakala kat kg Leryar baru dah ada 27 buah rumah. So yang 7 buah rumah tu masih lagi menunggu rumah mereka di Kg leryar baru siap. Pembinaan masih lagi di jalankan. Kampungnya sangat cantik dan tersusun. Mempunyai tandas yang sangat comel. Hehee~! Tandasnya sebelah luar tp bergabung dengan rumah. Kira tandas bukan dalam rumah la.
Ada sebuah surau dan sebuah balai raya. InsyaAllah akan di buat padang court n padang permainan. Tok Batinnya masih lagi Tok Batin Ahmad. Jumlah penduduk kat Kg Leryar adalah dalam sekitar 280 orang. Kanak-kanak kat sana, alhamdulillah sangat hyperactive. Sangat comel. Sesiapa pernah merasa jadi module kat Kg Susu tahulah macam mana nya rasa dengan adik-adik di Kg Leryar.
Sekian..
Masuk untuk cerita Kg Leryar.
Sebelum tiba kami ke Kg Leryar, aku dan Kak Raihan ke Kuantan dulu untuk menolong mana yang patut. Harap sumbangan kecil kami ini mampu untuk menolong mereka. Alhamdulillah, segalanya selesai. Barang catering dan briefing serba sikit tentang pantang larang orang asli berjaya di laksanakan.
Tibalah hari yang di nanti-nantikan. Memandangkan aku tak pernah ke Kg Leryar, ada sedikit rasa takut menghuni kat hati. Maklumlah, aku kan penakut. Heh! Lagipun sebelum ni ada satu kes yang buat aku seram sejuk juga lah.
Tapi bila sampai. Oh, Kampungnya ada cahaya.
Tiba di Kg sekitar jam 4 petang. Sahabat Uia Kuantan bergembira berjalan sejauh setengah kilometer dari Kg Susu ke Kg leryar. Kami? Cuba try untuk masuk dengan sang kancil. Jalannya?? bertanah merah.. Alhamdulillah berjaya..
Program di sana berjalan dengan sangat lancar, orang kampung pada mulanya nampak seperti di beri kejutan. Dah lama orang tak masuk kg mereka dan mereka ingatkan, anak-anak uia yang dahulu kala yang datang,rupanya orang baru. Mereka rindu kalian yang pernah menjadi anak mereka. Tapi akhirnya mereka memberikan kerjasama yang baik. Lebih-lebih lagi bila datang time makan. Heh! Untuk sahabat comrade, kita sudah tahu nature macam tu. Time makan je mesti orang kampung akan tiba-tiba ramai. Heh!
Harap amek dan abe makan dengan kenyang! =)
Orang-orang Kg Susu pun ada turun.
Amek aku dari Kg susu stay kat rumah maknya untuk memberi impak dalam program ini. Alhamdulillah setiap program fardhu ain, amek aku memang tak melepaskan peluang. Sempatlah borak borak pasal solat sambil tengok cerita hindustan. Katanya, kat Kg orang asli tak ada ustazah yang sudi masuk untuk ajar kami pasal agama. Kami malu nak tanya ustaz
.
Amek Rina n Amek Linah siap tanya pasal macam mana nak sembahyang berjemaah kalau mereka datang lmbat. (Masbuk) Susah betul nak terangkan dalam teori kat mereka ni. Tapi aku try sehabis daya untuk mereka faham. Macam-macam lagilah yang mereka tanya.
Terharu!
Hurm terdetik hati ini, mereka sangat memerlukan kita.
Dan adalah beberapa ujian yang perlu di hadapi. Antaranya, ada jamming malam kedua di sana. Khabar dari orang kampung, memang setiap minggu mereka akan adakan latihan jamming. Ingatkan sampai pagi rupanya tak sampai pukul 12 tgh malam mereka dah berhenti. Yang sadisnya, masa nak sembahyang maghrib lah mereka menyanyi kuat2. Hehehe..
Pastu aku dengan Kak Raihan dengan beraninya pergi bagitahu derang yang kami nak solat maghrib kejap. Then mereka kata. Kak satu lagu je, nanti kami berhenti. Masa satu lagu derang nyanyi tu adalah masa imam angkat takbir untuk solat maghrib.
Bagi aku, itu ujian.
Harap yang lain mampu terima perkara tu sama macam aku.
So far, program budak uia kuantan ni sangat best dan boleh di katakan berjaya juga. Memandangkan mereka kali pertama buat program kat Kg Leryar.
Harapan dari aku, harap lepas ni ada lagi follow up untuk Kg Leryar. Jangan di tinggal begitu sahaja tau.Kat hati, ikhlaskanlah niat. InsyaAllah segalanya pasti berjaya.
Segala kelancangan kata, harap ada kemaafan, moga ukhwah kita ni berpanjangan dan bukan terputus di sini sahaja. InsyaAllah.
Inilah dia detik-detik perjalanan program yang di anjurkan oleh para pelajar UIA Kuantan (sedara kita jugak) dan kami warga COMRADE mengucapkan tahniah buat semua peserta di atas program yang jarang-jarang pelajar-pelajar lain boleh melaksanakan sebagaimana anda semua. Alhamdulillah.
CREW: Harapannya haraplah peserta -peserta tidak melupakan keluarga angkat semua, dan tidak putuskan talian yang anda bina minggu lepas yer? dan Tahniah buat Pak Chan!
::We Observe We Experience We Lend a Hand:: Related Articles :
0 comments:
Post a Comment