WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Wednesday, December 30, 2009

ALUMNI: Menyambut Pengantin Senioritawati COMRADE...




::We Observe We Experience We Lend a Hand::



Arakaian bermula kisahnya dengan
Kereta Deng, Kereta Che'De,
dan Kereta Sewa (dipandu Pian) tenang dalam perjalanan menuju ke IPOH untuk mengahdiri majlis perkahwinan Kak Nana. Manakala kereta Kak Pijan sudah pun berada di IPOH dan mereka menyaksikan saat akad nikah lagi...





Tidak beberapa lama kemudian, adapun kami ini, hikayat rombongan Cik Kiah sampai juga di perkarangannya serta merakam sedikit kenangan sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar daripada mobil-mobil yang ada.



Kelibat pengantin yang mencuri-curi keluar (sepatutnya tidak boleh keluar lagi kerana menunggu pasangannya yang akan di arak sekali) bagi melihat sahabat handai yang sudah pun duduk di meja makan (malu pulak nak makan tanpa bersalam dengan tuan rumah)


Inilah dia secebis juadah santapan bersama pengantin yang sudah disediakan oleh Catering mereka. Cantik tak? Anda sendiri yang bisa menilainya dengan mata kasar tiada lembut anda.






Pong Pong Pong Pang Pang Pang Pang! (bunyik mp3 kompang yang di selaraskan oleh abg deejay)




Rupanya sudah tiba rombongannya. Kak nana cepat-cepat mengejar 'hubby'nya untuk bergerak seiring dan sejalan. Cocok yang amat, pakaian diraja menyulam seri pengantin sehari...


Lensa CREW tak habis-habis merakam detik indah ini untuk berkongsi saat bahagia bersama ahli COMRADE yang lain. Sedikit sebanyak sedih juga apabila melihat Kak Nana sudah pun melangkah dengan lebih dewasa lagi, setapak melangkaui masa lebih darpada yang single.



Begitu ramai yang hadir majlis ini. Masing-masing makan dengan penuh kesyukuran termasuklah penulis dan raka-rakan yang lain.

Senyuman manja daripada pasangan bahagia ini memang betul-betul menyentuh hati sahabat-sahabat yang rapat dengan Kak Nana. Mesti terbayang di kenangan saat beliau berada bersama tika suka dan duka, mengharungi program demi program bersama dan akhirnya jodohnya sampai menyinggah, merantai suci ikatan Kak Nana dan suami yang tercinta
Bagi kami, makanan yang terhidang sangat sedap sekali seperti sedapnya mata mencuci. Kata orang jodoh ada di majlis kenduri, buaya takkan duduk diam punya....





Dah kenyang, berehat dengan suka hatinya sambil mencuci mata. Kerja orang bujang (lelaki) memang macam ni. Bergelak ketawa tak ingat, yelah da kenyang, perut senang, hati senang, bergurau senda lah aktiviti paling bermanfaat yang ada....


Terima kasihlah buat Kak Nana yang sudi jemput kami ke majlis Kak Nana. Kenyang kami, dengan hadiah senyuman yang paling ikhlas kami tujukan buat kak nana (sebab tak bawak hadiah, mujur geng husni ada bawak, tulis nama sekali ah dalam kad....)





KAMI DARIPADA ALUMNI DAN BOARD COMRADE MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK NANA DAN SUAMI.... SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT... COMRADEAN FOREVER!



**********************************************

CERITA TAK HABIS LAGI NI......
BABAK: DALAM PERJALANAN PULANG!




Kami pun bergerak pulang menuju ke tempat asal kami bertolak dengan senang hatinya.












Tidak perlu membuang masa dengan lebih banyak cerita ini terus berlalu dengan keadaan kami yang sedang menuju ke arah kereta kami yang kami tinggalkan di bahu jalan. Bagi yang lelaki kami letakkan di kaki jalan.








Sebaik ternampak masjid di sebelah pipi jalan, kami berhenti untuk menyempurnakan rukun iman kami dalam kedaan rukhsah, satu hadiah dan kemudahan yang ada dalam Islam apabila berdepan dengan keadaan tertentu.










Semasa dalam perjalanan, kereta Deng mendapat musibah @ ujian kasih sayang (lebih tepat) dari Allah. Penulis yang duduk di sebelah deng sudah merasa gegaran yang maha pelik, dengan yang demikian itu deng memberhentikan kereta di tempat yang agak selamat untuk memeriksa dan mencari kebenaran apakah yang berlaku.





Nah terpampang lah, satu rabakan hebat terjadi di muka tayar kereta hadapan di sebelah kiri. Ingatkan gegaran kerana memijak garisan kuning atau jalan yang berlopak, rupa-rupanya tayarnya pecah.










Maka dengan usaha sama secara bekerjasama memudahkan kami untuk menyelesaikan masalah ini. Yang berat dipikul yang ringan dijinjing!











Manakala puteri-puteri yang ada cuma mampu menolong dengan membuat gaya kepada jurukamera. Sedikit sebanyak ia memang membantu kami yang sedang berusaha di belakang mereka sebagai latar belakang kejadian.







Deng iaitu tuan punya kereta tenang memriksa tayar yang baru sahaja dipasang agar tidak lagi berlaku adegan-adegan yang menarik lagi.











Masing-masing berusaha dengan ghairahnya....
Masa dikejar....
Usaha dikerah...
Peluh di kesat....











Gaya mereka-mereka yang berusaha untuk menyelesaikan masalah.... Inilah semangat setiakawan nama nya, bukan pedang setiawan tau!










Penulis pula cuba untuk menyentuh tayar. Selepas sahaja menyentuhnya terus pula mengambil kamera untuk mengambil gambar yang lain. Semangat. Spirit. Dua benda yang sama yang diterjemahkan dalam bentuk berbeza. Penulis pun tak faham apakah kaitannya.







Bagi siapa-siapa yang nampak 2 tong ni, berhati-hatilah kerana ia menandakan ada kecemsan di depan. Jadiknya pandai-pandailah ambil lorong yang lain ek? kitorang sedang baiki tayar kereta deng....










Jauh di suatu sudut kelibat tong-tong kami sedang berkhidmat.....












Tayar baru sudah pun siap di pasang.... way to go my dear!












Tangan pian dengan sendirinya membuat lambat peace kerana berasa bangga atas usahanya jua tayar kereta deng dapat di tukar... Yusri sudah pun menjeling hairan dengan peristiwa ini....











Suatu sudut di luar ruangan gambar, penulis sedih kerana dialah jurukamera dan dialah penulis di sini dan tiada dapat dan sempat untuk bergambar bersama....
ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PERJALANAN KAMI PUN TENANG KEMBALI.....

~THE END~


Mass Gath sudah berlalu....Gambar?



Gambar? heheh xder lagi kat meja Crew kali ini. InsyaAllah akan di updatekan nanti yer. Namun COMRADE mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli baru COMRADE yang menyertai keluarga COMRADE untuk tahun ini, namun bagitu kami di sini bukan bermaksud hanya setahun shaja anda merupakan ahli COMRADE, tapi sebaliknya keahlian anda adalah utk seumur hidup.

Maka sebab itulah ALUMNI di tubuhkan, haa nanti siapa-siapa yang grad maka automatik anda adalah alumni COMRADE. Dan kita pun akan ada aktiviti jugak, seperti Family gathering kat luar, dan program follow up kat kampung-kampung OA bagi mengekalkan silaturrahim kita ngan OA.

Mass Gathering pada kali ini yang pertama dalam sejarah 2 ke 3 tahun kebelakangan ini, kehadirannya tanpa di duga, begitu ramai sehingga kan ada yang duduk di bawah. Terima kasih lagi sekali dan di harap, anda semua terus bersama dengan kami, dan bersama-sama menabur bakti, kita tidak mencari nama, namun usaha kita insyaAllah ada ganjaran di akhirat kelak yang lebih baik dan kekal.

Dan tidak di lupakan juga ucapan terima kasih buat Mdm Martinelli, Ibu Censerve yang turut sama-sama bersama ngan kita pada malam tu, dengan pesanan yang cukup baik dan menyentuh hati ibu berpesan agar istiqamah dalam perjuangan dan seterusnya mencontohi serta menyambung warisan perjuangan yg di tinggalkan agar kita sentiasa di jalan dakwah.. inSyaAllah.

Thanks to madam, dan semua barisan komiti yang terlibat, Catering dan sbgainya... terima kasih, dan pesanan buat semua biro, amanah lah dalam menjalan kan tugas, maknanya jangan ada yang tertinggal pulak nama ahlinya ek? Dan buat semua ahli yang ingin menyertai biro nanti, ikhlas kan diri, semanagt dan sentiasa berfikiran positif yer?

CREW: Gambar akan di uploadkan kemudian.

Mass Gathering
28 Dec 2009
8.00 pm-11.30 pm


::We Observe We Experience We Lend a Hand::


Thursday, December 24, 2009

Ziarah Kg teji dan Kg Abu: Sumbangan Alert!!



::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

InshaAllah, rancangan yang dirangka oleh sekumpulan anak muda yang akan memberi sesuatu yang bermanfaat inshaAllah untuk penduduk Orang Asli Kg. Teji dan Kg. Abu.

Program dirangka seperti berikut

tarikh: 1-3 Januari 2010

Hari : Jumaat - Ahad
Bertolak pergi : Jumaat @ 7am
Bertolak balik : Ahad @ 11am
Tempat : Kg. Teji & Kg. Abu, Cameron Highland, Pahang
Anjuran : ALUMNI COMRADE & Bakal ALUMNI COMRADE



Objektif utama


1) Mengajar Muqaddam kepada semua target group / InshaAllah mengadakan small group binding dan ditetapkan fasilitator untuk lebih fokus mengajar.

2) Ziarah mengeratkan ukhwah



Sehubungan itu, sumbangan dari pihak awam amat diperlukan untuk menjayakan program ini.
Untuk butiran lanjut, boleh hubungi:

Nor Hafizan Mohd Nowawi di
012-2779567 @ 013-2427635
atau
Raihan Farhanah Ahmad di
013-3756416


Semoga segala dirancang dipermudahkan oleh Nya..
Doakan bersama..


Wednesday, December 23, 2009

Umur Kita


Renungkanlah pendeknya umurmu. Andaikata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.

Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di Akhirat nanti?

Jangan panjang angan-angan, engkau nanti akan berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati. Katakan dalam hatimu :

"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati. Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu besok aku mati."


Sebab, kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu. Yang jelas ia pasti datang. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri menyambut kedatangan maut lebih utama dari mempersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kau menyedari betapa pendek waktu hidupmu di dunia ini? Bukankah boleh jadi ajalmu hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari?

Setiap hari lakukanlah hal ini dan paksakan dirimu untuk sabar beribadah kepada ALlah. Andaikata engkau ditakdirkan untuk hidup selama lima puluh tahun dan kau biasakan dirimu untuk sabar beribadah, nafsumu tetap akan memberontak. Tetapi ketika maut menjemput kau akan berbahagia selama-lamanya.

Tetapi jika engkau tunda-tunda dirimu untuk beramal, dan kematian datang di waktu yang engkau tidak sangkakan, maka kau akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berpenghujung..

Habib AbduLLah bin Alwi al Haddad, An Nasha'ihud Diniyyah Wal Wasoya al Imaniyyah, Beirutm cet 1, 1992, hal 245-246.

Sumber :
Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Cet 5 2008, Penerbit Taman Ilmu, Semanggi-Surakarta.


Tuesday, December 22, 2009

Comrade Booth!!!


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Comrade sedang membuka both di depan pintu masuk masjid sebelah perempuan. Kepada semua ahli Comrade atau pun bukan ahli di alu-alukan untuk meyertai kami di sana. Booth yang di kelolakan oleh Biro PR ini berobjektifkan untuk mencari bakat-bakat baru dalam menyertai misi dakwah dan pendidikan untuk Orang Asli. Sesuai dengan misi utama kita iaitu menyampaikan dakwah, maka kami memerlukan tenaga-tenaga baru unuk terus menggapai misi kami... Insya Allah usaha ita aka di berkati oleh Allah s.w.t!

Come & Join Us!

Comrade new intake Booth
Female Entrance of SHAS mosque
9 am to 5 pm
21-24 Dec 2009


Sunday, December 20, 2009

Tinjau Susu dalam Gambar




























::We Observe We Experience We Lend a Hand::


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.