WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Wednesday, December 30, 2009

ALUMNI: Menyambut Pengantin Senioritawati COMRADE...




::We Observe We Experience We Lend a Hand::



Arakaian bermula kisahnya dengan
Kereta Deng, Kereta Che'De,
dan Kereta Sewa (dipandu Pian) tenang dalam perjalanan menuju ke IPOH untuk mengahdiri majlis perkahwinan Kak Nana. Manakala kereta Kak Pijan sudah pun berada di IPOH dan mereka menyaksikan saat akad nikah lagi...





Tidak beberapa lama kemudian, adapun kami ini, hikayat rombongan Cik Kiah sampai juga di perkarangannya serta merakam sedikit kenangan sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar daripada mobil-mobil yang ada.



Kelibat pengantin yang mencuri-curi keluar (sepatutnya tidak boleh keluar lagi kerana menunggu pasangannya yang akan di arak sekali) bagi melihat sahabat handai yang sudah pun duduk di meja makan (malu pulak nak makan tanpa bersalam dengan tuan rumah)


Inilah dia secebis juadah santapan bersama pengantin yang sudah disediakan oleh Catering mereka. Cantik tak? Anda sendiri yang bisa menilainya dengan mata kasar tiada lembut anda.






Pong Pong Pong Pang Pang Pang Pang! (bunyik mp3 kompang yang di selaraskan oleh abg deejay)




Rupanya sudah tiba rombongannya. Kak nana cepat-cepat mengejar 'hubby'nya untuk bergerak seiring dan sejalan. Cocok yang amat, pakaian diraja menyulam seri pengantin sehari...


Lensa CREW tak habis-habis merakam detik indah ini untuk berkongsi saat bahagia bersama ahli COMRADE yang lain. Sedikit sebanyak sedih juga apabila melihat Kak Nana sudah pun melangkah dengan lebih dewasa lagi, setapak melangkaui masa lebih darpada yang single.



Begitu ramai yang hadir majlis ini. Masing-masing makan dengan penuh kesyukuran termasuklah penulis dan raka-rakan yang lain.

Senyuman manja daripada pasangan bahagia ini memang betul-betul menyentuh hati sahabat-sahabat yang rapat dengan Kak Nana. Mesti terbayang di kenangan saat beliau berada bersama tika suka dan duka, mengharungi program demi program bersama dan akhirnya jodohnya sampai menyinggah, merantai suci ikatan Kak Nana dan suami yang tercinta
Bagi kami, makanan yang terhidang sangat sedap sekali seperti sedapnya mata mencuci. Kata orang jodoh ada di majlis kenduri, buaya takkan duduk diam punya....





Dah kenyang, berehat dengan suka hatinya sambil mencuci mata. Kerja orang bujang (lelaki) memang macam ni. Bergelak ketawa tak ingat, yelah da kenyang, perut senang, hati senang, bergurau senda lah aktiviti paling bermanfaat yang ada....


Terima kasihlah buat Kak Nana yang sudi jemput kami ke majlis Kak Nana. Kenyang kami, dengan hadiah senyuman yang paling ikhlas kami tujukan buat kak nana (sebab tak bawak hadiah, mujur geng husni ada bawak, tulis nama sekali ah dalam kad....)





KAMI DARIPADA ALUMNI DAN BOARD COMRADE MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK NANA DAN SUAMI.... SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT... COMRADEAN FOREVER!



**********************************************

CERITA TAK HABIS LAGI NI......
BABAK: DALAM PERJALANAN PULANG!




Kami pun bergerak pulang menuju ke tempat asal kami bertolak dengan senang hatinya.












Tidak perlu membuang masa dengan lebih banyak cerita ini terus berlalu dengan keadaan kami yang sedang menuju ke arah kereta kami yang kami tinggalkan di bahu jalan. Bagi yang lelaki kami letakkan di kaki jalan.








Sebaik ternampak masjid di sebelah pipi jalan, kami berhenti untuk menyempurnakan rukun iman kami dalam kedaan rukhsah, satu hadiah dan kemudahan yang ada dalam Islam apabila berdepan dengan keadaan tertentu.










Semasa dalam perjalanan, kereta Deng mendapat musibah @ ujian kasih sayang (lebih tepat) dari Allah. Penulis yang duduk di sebelah deng sudah merasa gegaran yang maha pelik, dengan yang demikian itu deng memberhentikan kereta di tempat yang agak selamat untuk memeriksa dan mencari kebenaran apakah yang berlaku.





Nah terpampang lah, satu rabakan hebat terjadi di muka tayar kereta hadapan di sebelah kiri. Ingatkan gegaran kerana memijak garisan kuning atau jalan yang berlopak, rupa-rupanya tayarnya pecah.










Maka dengan usaha sama secara bekerjasama memudahkan kami untuk menyelesaikan masalah ini. Yang berat dipikul yang ringan dijinjing!











Manakala puteri-puteri yang ada cuma mampu menolong dengan membuat gaya kepada jurukamera. Sedikit sebanyak ia memang membantu kami yang sedang berusaha di belakang mereka sebagai latar belakang kejadian.







Deng iaitu tuan punya kereta tenang memriksa tayar yang baru sahaja dipasang agar tidak lagi berlaku adegan-adegan yang menarik lagi.











Masing-masing berusaha dengan ghairahnya....
Masa dikejar....
Usaha dikerah...
Peluh di kesat....











Gaya mereka-mereka yang berusaha untuk menyelesaikan masalah.... Inilah semangat setiakawan nama nya, bukan pedang setiawan tau!










Penulis pula cuba untuk menyentuh tayar. Selepas sahaja menyentuhnya terus pula mengambil kamera untuk mengambil gambar yang lain. Semangat. Spirit. Dua benda yang sama yang diterjemahkan dalam bentuk berbeza. Penulis pun tak faham apakah kaitannya.







Bagi siapa-siapa yang nampak 2 tong ni, berhati-hatilah kerana ia menandakan ada kecemsan di depan. Jadiknya pandai-pandailah ambil lorong yang lain ek? kitorang sedang baiki tayar kereta deng....










Jauh di suatu sudut kelibat tong-tong kami sedang berkhidmat.....












Tayar baru sudah pun siap di pasang.... way to go my dear!












Tangan pian dengan sendirinya membuat lambat peace kerana berasa bangga atas usahanya jua tayar kereta deng dapat di tukar... Yusri sudah pun menjeling hairan dengan peristiwa ini....











Suatu sudut di luar ruangan gambar, penulis sedih kerana dialah jurukamera dan dialah penulis di sini dan tiada dapat dan sempat untuk bergambar bersama....
ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PERJALANAN KAMI PUN TENANG KEMBALI.....

~THE END~

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum,

Tahniah kepada pengantin baharu, semoga ikatan kekal ke anak cucu. Den doakan berbahagia selalu di akhirat jua akan kita semua akan bertamu.

Tahniah juga di atas semangat setiakawan. Semoga selalu perhubungan hati semakin erat.

Mujahid Rindu said...

semoga semoga.... ameennn

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.