::We Observe We Experience We Lend a Hand::
Sesuai dengan tagline Comrade sperti mana di atas, Program TOT (Training of Trainers) yang di kelolakan oleh barisan ex-mainboard dan senior daripada Alumni Comrade banyak memberikan pendedahan kepada barisan COMRADE sesi 09/10 kali ini. Pendedahan daripada management masalah luar dan dalam persatuan, serta berkongsi pengalaman dan skil-skil memimpin suatu organisasi memeberikan mereka satu semangat juang yang baru dalam menempa nama mereka dalam sejarah COMRADE itu sendiri.
Modul yang dijalankan juga bertepatan dengan konsep yang kami utmakan iaitu, KEBERSAMAAN dan KEKITAAN (togetherness) , serta KESAMARATAAN (perkongsian dalam masalah serta mersakan setiapa biro dan kedudukan ada kepentingan yang sama) dan juga AMANAH dan KERAHSIAAN. IOni adalah kerana, knsep-konsep asas inilah yang akan membentuk satu kumpulan itu kuat dan sebagainya.
Bermula dari 11 haribulan lagi, program di mulakan dengan sesi ta'aruf "sesumpah". Ta'aruf sesumpah bukan sekadar utk bermain, malah ia lebih kepada fokus kita dalam menerima maklumat dan juga memberi maklumat yang tepat serta betul. Dengan memberi maklumat diri kita kepada orang sebelah utk orang sebelah menyampaikan dalam masa yang singkat sgt mencabar para peserta, namun begitu rata-ratanya berjaya menyampaikan maklumat tersebut lantas meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang perihal rakan-rakan seangkatan kita.
Malamnya pula di mulakan dengan modul nawaitu. Iaitu satu malam perkongsian, rasa, pembetulan niat serta perkongsian objektif program dan Comrade kepada barisan "management" baru COMRADE. Kumpulan di pecah kan kepada 4, dan setiap kumpulan akan di serapkan berberapa senior yang kan berkongsi masalah dan pengalaman, dan yg paling penting adalah perbincangan mengenai niat serta matlamat setiap peserta di dalam COMRADE.
Keesokannya, modul pagi adalah riadhah serta game "penyakit-berjangkit" yang mana objektifnya adalah setiap masalah aharuslah di rasai bersama. Cubanlah utk berkongsi kerana perkongsian akan merapatkan lagi ukhuwah kita, lebih-lebih lagi di antara barisan exco COMRADE yang baru ini.
Seterusnya, program SurvivorTest pula menyusur dan di "conduct" oleh trainer kem tersebut. Peserta belajar skil menyembelih ayam dan masak di dalam buluh yg telah di sediakan. Antara objektifnya adalah, setiap apa yg kita buat dan jalankan, kita sendiri akan merasa kesannya. Sama ada manis atau pahit itulah hakikat bagi seorang pejuang. Kita yang masak, maka kitalah yg telannya....di smping melatih diri utk berhadapan situasi sukar....
Alhamdulillah seusai solat zohor, Penasihat COMRADE pula berkongsi Ilmu Agama dengan 'anak-anak' nya. Ustaz Zunaidin datang demi melihat "anak-anak" yang mewarisi perjuangan COMRADE turun-temurun dan berkongsi pengalaman sebagai da'e. Dan kemudian sesi ceramah oleh Bro Khairulzain (yang digelar jiju adalah "ayah" ke-2 kepada COMRADE pula berlangsung. Peserta di dedahkan dengan "procedure & guidelines" dalam berprogram dari wpaper hinggalah program selesai.
Petang tersebut pula, permainan "treasure hunt" pula menyusul dengan lancarnya. Kali ini, pihak penganjur menyediakan modul pada setiap chekpoint dgn bertujuan utk mendedahkan para peserta ttg nature program COMRADE. Checpoint yang di namakan sempena nama suku kaum orang asli banyak memberikan input kepada peserta baru ttg target grup COMRADE itu sendiri.
Malamnya, sampailah kita kepada modul "creative thinking & problem solving". Masing2 di beri task dan di arah membentangkan jawapan, maka akan ada para senior selaku pengkritik bebas mengkritik jawapan peserta bagi menggalakkan mereka teguh pada pendirian serta melihat daya kreativiti mereka dalam melontarkan idea.
Alhamdulillah, keesokkannya sesi resolusi dan pembentangan oleh Bro Saffuan yang mengandungi matlamat serta objektif COMRADE berkjalan dengan lancar. Penutup dirasmikan oleh Alumni COMRADE dan pembahagian sijil tamat kursus di sampaikan oleh Program Manager TOT, Bro Mohd Nor Herman Sulaiman. Tiada kata selain ucapan tahniah buat semua peserta yang terlibat, dan jalankalah amanah anda ini dengan sebaiknya!
CC: Gambor akan di updatekan kemudian yer?
Related Articles :
0 comments:
Post a Comment