Tips Masuk Kampung
Sebagai panduan saya sendiri. Saya sengaja senaraikannya disini, agar nanti jika ada briefing kepada pelajar2 baru, takde yang tertinggal..Khusus kepada Kampung2 Komrad daya rasa, kerana tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada semua kaum Asli, kerana almaklum sudah banyak Orang Asli yang kehidupannya seperti orang melayu..
1) Bila tiba di rumah mereka, ucapkan selamat kepada mereka( Jika kita tidak tahu samada mereka Islam atau tidak). Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, sesetengah Orang Asli yang tidak beragama agak sensitif jika kita mengucapkan salam kepada mereka.
2) Tunggu mereka menjawab panggilan kita.. perkenalkan diri kita, dan nama kita, jgn lupa tanyakan nama dan khabar mereka.. Minta kebenaran untuk naik ke rumah, walaupun kita adalah anak angkat dan sudah berkali2 pergi ke rumah mereka. Ini adalah sebagai satu tanda hormat kita kepada mereka, walau serapat mana kita dan mereka.
3) Selepas dijemput naik, cuba mulakan perbualan yang menarik perhatian mereka. Cuba untuk study serba sedikit keadaan kampung sebelum pergi menziarahi rumah mereka. Dan pengetahuan2 yang kita perolehi bolehlah dijadikan modal untuk bercakap dengan mereka. Contohnya, walaupun kita sudah tahu pekerjaan utama penduduk kampung (hasil dari pemerhatian kita), cuba tanyakan kepada mereka mengenainya. Perbualan haruslan santai bagi mewujudkan kemesraan antara kita.
4) sepanjang perbualan dilarang sama sekali menggunakan bahasa yang tinggi, terlalu sastera and etc, kerana bimbang mereka akan merasa rendah diri. Dan elakkan dari bertanyakan soalan yang sama. (kalau kita pun, orang tanye soklan yang sama berulang kali, penat nak citer plus rase nak lempang2 gak kan..wuwu.. burung ape, murai!!~)
5) Jika dihidangkan makanan dan minuman, sedaya upaya habiskan, bagi menunjukkan betapa kita menghargai hidangan tersebut. Semasa menjamu selera inilah biasanya kita boleh ihat samada mereka mengalu-alukan kedatangan kita atau tidak. Jika mereka menghargai kita, mereka biasanya akan memberikan kita menggunakan pinggan mangkuk dan cawan yang lebih mahal (pinggan mangkuk kaca) dan mereka hanya menggunakan cawan dan pinggan mangkuk plastik. Mereka juga biasanya menghidangkan teh bercampur susu sebagai tanda menghargai kita, kerana bagi mereka susu adalah satu minuman yang mahal, jadi untuk menghargai kita, mereka akan menghidangkan kita minuman yang mahal tersebut. (Tapi kalu kat umah tak de susu, tak dapat nak hidang, tidak bermakna mereka membenci kita)..hehe..dan tanda-tanda lain yang menandakan mereka tidak menyenangi kehadiran kita ialah apabila kita duduk bertentangan dengannya, dia akan duduk sedikit serong dan tidak menghadap kita, menghadap ke arah lain.. itu menunjukkan dia tidak menyenangi kehadiran kita.
6) Seboleh bolehnya basuh lah pinggan mangkuk yang telah digunakan semasa hidangan, bagi mewujudkan rasa ibu-bapa dan anak dikalangan keluarga angkat tersebut.
7) semasa pulang, jika diberikan barang-barang seperti raja kayu, sumpit, buah-buahan seperti durian, rambutan,petai dan lain-lain, hendaklah menerimanya sebagai tanda kita menghargai pemberian tersebut. Jangan sekali-kali menolak, sekalipun kita tidak menyukai makanan-makanan tersebut..Balik rumah nanti pikir la lain nak wat ape ngan barangan tu. yaang penting terima and bawak alik!!~
8-Jangan berjanji!!~kerana Orang Asli amat berpegang kepada janji.. Jika mereka bertanya bila kita akan datang lagi, katakan..”InsyaAllah nanti ada rezki datang la lagi..Tapi tak janji..”huhU~
(to be continued)
dipetik dari blog setiausaha COMRADE.
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
0 comments:
Post a Comment