WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, September 22, 2009

Perutusan Hari Raya...



Allahukabar
Allahuakbar
AllahuakbarJustify Full
Allauhakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Walillahilhamd....

Marilah sama2 kita bersyukur kepada Allah, dan bertakwa denganNya sebenar2 takwa, kerana hidup kita yang sentiasa penuh dgn ranjau perit segala macam ujian ini banyak menguji sabar kita saban harian. Bersyukurlah kita seadanya kerana masih lagi diberi peluang menikmati hidup ini, berpeluang utk merasai nikmat sebulan ramadhan, menikmati kenikmatan malam lailatulqadar bagi yg mengalaminya.

Alhamdulillah...

Comradean yg dirahmati Allah sekalian... Di sini saya mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua ahli, dan ajk COMRADE. Semoga raya ini memberi seribu satu kejayaan kepada kita dan juga keberkataan dari Allah buat kita semua. Jauhilah perkara yg ditegah amalkan yang di suruh oleh Allah, pencipta kita.

Setiap masa kita tak pernah tertinggal utk melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak, sedar ataupun tidak, sebgai manusia biasa yg tidak maksum benda ini sentiasa ada dan ia nya fitrah bagi manusia kerana sesungguhnya manusia itu 'lupa'. Namun begitu bertaubatlah dan pohonlah ampun pada Allah jika kesalahan kita pada Allah, dan pohonlah ampun sesama insan jika berlaku kesalahan sesama manusia. Dan sempena syawal ini (sebenarnya tak perlu tunggu syawal) saya memohon sepuluh jari utk memohon maaf kepada semua ahli comrade atau tidak, kawan lama atau baru . Mohon maaf banyak-banyak zahir dan batin.

Sebagai mana yg dikisah kan di dalam surah al-Baqarah, kita boleh lihat bagaimana Allah menghukum nabi Adam a.s kerana kecuainanya dan hasutan syaitan sampai baginda tersilap memakan buah yg dilarang, dan baginda bertaubat kembali kepada Allah kemabali keran menyesali akan perbuatan silap dan khilaf nya kepada suruhan Allah. Jadi marilah kita memohon ampun dan taubat kerana sengguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha mengasihani.

Comradean yang dikasihi sekalian...

Sebagai seorang da'e atas muka bumi ini marilah kita berazam utk bersungguh dan istiqamah dlm perjuangan kita ini. jalan yg kita pilih ini adalah jln yg mulia jadi jgnlah kita cemari dgn sikap, amaln dan perbuatan kita yg melanggar etika dan syariat Allah. Bagi yg masih mengamalkan walaupun sikit perbuatan yg melanggar perintah Allah marilah kita sama2 memohon ampun kepada yg Maha Esa. Saya pun tidak terlepas dalam kategori ini, andai kalian ternampak akan perbuatan saya yg lari dari jalan Allah, perbetulkanlah saya dengan berhikmah.

Bukan mudah utk kita berubah, namun cuba utk berubah sebenarnya sudah duikurniakan pahala yg berlipat kali ganda. Tidak ade istilah tidak sampai seru dalam Islam, kerana Allah berfirman dalam al-Qur'an yg bermaksud: "tidak akan berubah sebuah kaum itu melainkan dia sendiri yg mengubah diri mereka sendiri" Allah tidak akan mengubah nasib kita, tapi MENENTUKAN nasib kita berdasarkan apa yg kita USAHA kan. Marilah sama2 kita faham akan konteks ini.

sampai seru adalah ungkapan utk melarikan diri daripada syariat Allah. Begitu banyak peluang utk kita belajar agama, dan pengajian agama pada masa sekarang ini. Begitu banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Comradean yg dirahmati Allah sekalian insyaAllah...

Marilah kita sama-sama berazam utk mati di jalan Allah sebagai syuhada'... marilah kita berdoa utk bercita2 mati sebagai pejuang Allah, mati di dalam perjuangan menegakkan agama Allah adalah mati yg mulia kawan2... jgn ingat mati dlm perjuanagn ini adalah mati dlm peperangan semata, tidak wahai sahabat, begitu byk cabang perjuanagn dakwah dan jihad yg boleh kita ambil, namun jihad ini tidak lah sebesar jihat memerangi musuh Aallah, namun jihad menjaga Agama Alah juga adalah tidak kurang besarnya. Kita berusaha utk menjaga agama di kalangan Orang asli adalah jihad sebenarnya. menjga agama di dalam keluarga dan masyarakat kita adalh jihad juga...

Islam itu adalah syumul. Islam itu adalah selamat dan sejahtera, sejahtera di dunia dan juga di akhirat isyaAllah. Jadi lah marilah kita ambil tugas yg kita sudah berjanji dgn Allah sejak dalam rahim lagi. Kita berjanji yang: "Sesungguhnya solatku, hidupku, matiku, amalku adalah utkmu Ya Allah tuhan sekalian alam"

Sebelum saya mengakhiri perutusan ini marilah kita sama2 bersalawat keatas nabi Muhammad, nabi junjungan kita dan ahli ke luarga baginda kerana sekali kita bersalawat ke atas Rasulullah maka sepuluh kali malaikat akan bersalawat kepada kita. Sedarlah, jikalau kita cintakan rasul maka kita cintakan Allah. Dan Allah akan memberi kasih sayang kepada mereka yg selalu berdamping dgnNya....

Semoga Allah selamatkan kita di dunia dan di akhirat
Dan tidak palingkan hati kita selepas Allah mengurniakan hidayah kpd kita....

Amin Ya Rabbal Aalamin.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.