WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, June 9, 2009

Kepercayaan Ketika Sakit dan Mengandung


Assalamualaikum para COMRADEAN sekalian. Kali ini saya akan menceritakan kepercayaan masyarakat Orang Asli dan adat mereka ketika sakit. Maklumat ini berdasarkan kepercayaan penduduk Kg Tohor, Negeri Sembilan.

Diantara penyakit-penyakit lazim yang dialami termasuklah:

1) Punan : Sakit yang disebabkan hantu Punan [penyakit tersampuk-lazim terkena dikawasan paya]

2) Seng Grit : Demam seperti terkena sawan, dan badan terasa sakit seperti menyucuk. Punca: hantu paya dan hantu sungai. Cara mengubatinya ialah dengan berjumpa dengan bomoh, jampi, memakai tangkal berupa kunyit dan tangkal penumpul untuk mengelakkan gangguan makhluk halus

3) Sekok : Pening dan batuk. Cara jampi: kapur dijampi dan disapu pada bahagian kepala atau leher pesakit.

4) Peng Sek Cenglah : Lenguh lutut, tidak boleh berjalan, sakit bahagian sendi. Punca: Berteduh dibawah pokok yang mati akibat terkena petir dan terbelah dua. Cara ubati: Jampi serapah

Mereka juga mempercayai dan mengamalkan pelbagai adat ketika mengandung. Diantara pantang larang ketika mengandung termasuklah:

1) Bertukang didalam dan diluar rumah [kerana dipercayai susah bersalin]
2) Bakar atau meracun diladang [ditakuti anak tidak cukup bulan]
3) Memburu binatang kecuali dengan menggunakan sumpit [takut kenan]
4) Memasak racun sumpit bagi yang memburu menggunakan sumpit [khuatir mulut bayi berbuih seperti kempunan sesuatu atau anak akan terbantut dan mudah terkena penyakit]

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.