WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, June 1, 2010

Bila lembaran dari Tuel membuka cerita.......


::We Observe We Experience We Lend a Hand::
by: bisikanrahsia

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, program yang lalu telah selamat menjadi kenangan yang abadi. Kampung yang mana telah lama COMRADE tinggalkan menjadi sebuah kampung yang semakin mantap dari segi fizikal dan rohani mahupun sillarturrahimnya. Kami yang bersama-sama menjalani program ini terasa begitu seronok dan gembira setelah mengenali ramai muka-muka baru yang datangnya dari seluruh pelosok Semenanjung Malaysia di samping penduduk kampung Tuel juga. Semua jemaah yang hadir di dalam program tersebut adalah yang terhebat. Saya bangga dengan mereka yang mudah untuk berkomunikasi sesama sesiapa sahaja sama ada Orang Kampung mahupun Orang Luar.

Bercerita dari sudut KAMI yang mana diberi tugas untuk menjaga adik-adik di sana:

perasaan pertama yang saya boleh katakan adalah-rindu
perasaan kedua pula saya terasa-gembira
perasaan ketiga pula, saya seperti ingin-menangis
kemudian-bercampur bauk bak rojak/pasembor

secara jujurnya saya sangat sayang dan rindukan adik-adik di Tuel. Mereka sangat ramah dan aktif. Mereka juga begitu teruja ingin bersama-sama pelajar seperti kami. Sungguh, saya menyedari bahawa mereka kekurangan kasih sayang daripada orang luar seperti kami.

terkenang kembali apabila seorang adik bertanya pada saya
"kakak, kenapa nak balik? kakak tinggal sini la.."
Tiba-tiba, saya terkaku tanpa bicara. Saya diam. Bukan kerana jawapan yang di minta tetapi kerana saya sendiri yang tidak pernah terfikir akan soalan itu. Kemudian, saya terus berlalu. Ketika itu terasa sungguh kejam.


Pada satu hari, sedang saya bermain-main bersama mereka, datang seorang adik bernama Hasnan berdiri tegak di hadapan saya sambil memegang belon. Saya bertanya "kenapa?" dan tanpa berkata dia menghulurkan belon itu kepada saya. Saya tersengih kambing lah apa lagi. Ucapan terima kasih diganti dengan senyuman hingga ke telingga. Beberapa minit selepas itu, seorang adik yang sedikit nakal berebut-rebut belon itu dengan saya. Saya tetap mempertahankan hak saya. "jangan harap korang dapat belon aku" kata saya dalam hati. namun, malang sungguh apabila mereka memecahkan belon saya itu. Saya seakan-akan mahu mengalirkan mutiara dari bibir mata tapi saya bertahan. Malah, sekali lagi Hasnan datang memberi belon baru kepada saya dan tersenyum giranaglah saya sambil mata saya juga turut tersenyum. "Oowwhh, tiiiiiidaaakkkk!!!! baiknya dia"

Serius, saya sedih apabila meninggalkan mereka. Saya terlihat air-air jernih mengalir dari bibir mata mereka di saat-saat keberangkatan kami. terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang adik "kakak, jangan lupa pada saya ya..!!"
"tidak, kakak tak akan lupa adik-adik semua. Kakak sayang semua."
"Armi sayang kakak,armi sayang kakak"

Menderu air mata saya turun di pipi. Saya sayang sangat pada mereka.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.