WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Sunday, April 25, 2010

Comradean Corner: Apa 'Cer' Budak Comrade?


                                                                                                                                             Crew
                                                                                                                                             Mahallah Bilal
                                                                                                                                             UIAM

                                                                                                                                             25 April 2010


             Assalamualaikum w.b.t kepada semua warga Comrade sama ada yang jauh mahupun dekat, yang masih berhubungan mahupun yang sudah lama kehilangan hubungan, semoga anda semua rakan-rakan agar berada di dalam keadaan yang sihat serta sejahtera hendaknya...

            Alhamdulillah sudah lama rasanya blog ini menjadi medan rasmi untuk kawan-kawan comrade yang suka menulis mempamerkan bakat-bakat mereka di sini. Namun terkilan nya saya selaku head crew kerana kurangnya mendapat sokongan yang jitu daripada rakan-rakan yang sudah saya appointkan menjadi penulis di laman ini, namun tidak mengapa, laman ini tetap akan terus berseri dengan kehadiran crew-crew yang hebat sedikit masa lagi. Mungkin rakan-rakan kita sedang memikirkan idea agaknya.... insyaAllah... =)

           Surat ini telah di ciptakan untuk mengucapkan tahniah dan syabas serta selamat berjaya @ berjuang buat sahabat-sahabat COMRADE yang kini sedang menjalankan misi rahmatan lilalamin di tanah asing bergelar Syria serta Kemboja. Rentetan perjalanan mereka boleh di layari di laman Bukan Kerana Nama yang di kelolakan oleh seorang sahabat kita yang pernah memegang jawatan Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan Comrade serta merupakan seorang yang merintis akan kehadiran blog ini. Beliau kini sedang menuntut ilmu dan menjalinkan hubungan antarabangsa serta mengkaji tamadun Islam di sana di atas tiket satu kumpulan NGO yang bergiat aktif menghantar ahli-ahlinya yang aktif ke luar negara iaitu Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) seperti mana anda juag boleh melayannya di laman sesawang rasmi mereka iaitu di weblog GPTD. Kami di sini mengucapkan selamat berjuang buat saudara Mohd Shazni Abdullah.
 Gambar menunjukkan keberangkatan saudara Shazni ke Syria bertarikh 9 Januari 2010
Dari kiri: Abdul Hakim, Ferhad, Rashdan, Shazni dan rakan-rakan ABIM

            Berlainan pula ceritanya perihal jajahan 4 rakan karib ke Kemboja baru-baru ini, yang juga merupakan perjalanan demi misi Rahmatan lil alamin kelolaan GPTD. Mereka berempat ini merupakan ahli aktif Comrade dan sudah pun memasuki beberapa kampung Orang Asli sekitar Pahang dan Kelantan. Mereka yang di kenali sebagai Nurnajihan Nasoha, Nur Syamimi Abd Aziz, Noor Jannah bt Afi dan Muhammad Huzaifah Ahmad kini bergiat meneruskan misi mereka di Kemboja dan di jangka pulang 27 haribulan nanti, insyaAllah. 

 Dari Kiri: NurNajihan, Nur Syamimi, Noor Jannah, Muhammad Huzaifah

           Maka marilah kita semua mendoakan agar mereka berada di dalam keadaan yang sihat dan dapat menyempurnakan misi mereka sebaik mungkin InsyaAllah, kami dari sudut berita comradeuiam.blogspot.com  akan terus menyokong serta mendoakan misi kalian.
Sekian dahulu surat untuk kali ini, semoga semua barisan komiti baru akan terus memantapkan lagi misi perjuangan kalian. Dengan ini saya sertakan sekali satu kata-kata hikmah yang agak biasa, bunyinya begini:

Kejayaan datang dari orang yang mencuba, maka cubalah... sesungguhnya banyak yang akan kamu perolehi dan sedikit pula yang hilang....


Renung-renungkan dan selamat beramal yer?


Yang Benar,


CRew
Crew
Mahallah Bilal
UIAM 



::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.