Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi di atas rahmat dan kurnianya, selesai lah sudah pengembaraan kami di Pos Pelantok selama 7 hari yang bermula pada 4 hingga 10 Disember 2010. Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan committee yang diketuai oleh saudara Riza Efendy kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program COMRADE pada kali ini. Juga terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan ketaatan yang diberikan oleh semua peserta...