WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Saturday, February 27, 2010

Live Updade: AEC di SG RUIL


::We Observe We Experience We Lend a Hand::


3:05 pm: Kami bertolak daripada Main Stairs UIAM. Dengan tenaga komiti seramai 29 orang, termasuk
               wakil daripada S-Dev (Censerve Team) dan Alumni Comrade.

5:00 pm: Berehat di Tapah. Namun ejadian yang tak diingini berlaku bila bas UIA di langgar semasa cubaan
              satu bas daripada Singapore ingin keluar dari parking dan menempuh sisi bas UIA, dan
              menyebabkan kerosakan pada cermin sisi.

7:00 pm: Pertukaran Bas UIA dilakukan.

8:00 pm: Bertolak ke Sg Ruil.

10:20 pm: Sampai di Sg Ruil, namun cabaran seterusnya menanti pemergian anak-anak COMRADE UIA.
                Bas tidak dapat masuk ke dalam kerana terdapat beberapa kenderaan yang 'parking' di sisi jalan
                masuk. Maka pelajar terpaksa berjalan kaki dengan masing-masing membawa barang. Kotak-
                kotak buku dan majalah yang berat, yang lain ringan jer...

11:00 pm: Sampai di Asrama Sg Ruil.

11:30 pm: Perjumpaan serta 'Ice Breaking' di buat.

12:00 pm: Semua bereat dan masuk tidor.

4:30 am: Qiamullail

6:00 am: Solat Subuh.

7:00 am: Riadhah yang di conductkan oleh Abg John, dan Abg Jay

8:00 am: Membuat "Trade Mark" dan Logo kumpulan. Dan pembentangan...

10:00 am: Treasurer Hunt

12:30 pm: Lunch

1:30 pm: Solat Zohor

2:30 pm: Tuisyen Time! Adik-adik belajar serta menelesaikan homework bersama-sama abg dan kakak2
               mereka.

4:00 pm: Regu game.

4:45 pm: Solat Asar.

5:15 pm: Sesi peras (Bukan Perah) otak. Adik-adik di sediakan kes study yang mereka harus selesaikan
              dalam kumpulan.

...


Tuesday, February 23, 2010

Program Orang Asli, Sg Gapis, Sahom...


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

 
Kakak: Eh.. bukan macam tu?
Adik 1: Macammane lagi akak?
Kakak: Macam ni haa... kan lagi comey macam ni....
(yang belakang berbaju hitam) Ah! Tak kacak lah... malas nak ikut!




Boy 1: Entah apa yang di buat kakak tu hendaknya...
Boy 2: Aihhh, mak... mak masak apa ari ni ekk.. rindu masakan mak... isk isk...



Kakak 1: Jom kita bergambar pulak... buat macam kak (sambil buat gaya peace)
Kakak 2: Macam ni haaa (turut buat isyarat peace)
Adik 1: Urrrrr..  ka..ka..kak se..se...sejukkkk lllah....
(berbaju hitam di sebelah kanan) tak pahamlah kakak ni.. tadi meloncat-locat, ni bergambor pulok.. eiiii




Kakak 1: Owh tengok tu dorang ambik gambar lah...
kakak 2: Syyyhhhh
Kakak 3: Best jugak kan nyorok kat sini?
Kakak-kakak lain selain dari kakak 3: Ehhh bukan ko ngan budak-budak tadi?




Anak lutong: Errrkkkk busuk giler.. tak mandi ker budak ni..
Boy 1: Aku memang tak mandi pun!! ( bila baca ikut gaya nya macam dalam gambar!)

....to be continued....


Monday, February 22, 2010

Usrah Ke Dua


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah taala kerana dengan kekuasaanNya, maka kita semua dapat lagi bertemu di ruangan maya ini. Alhamdulillah juga, Allah telah mengizinkan kepada kita untuk bersama dan berusrah buat kali kedua bagi semester ini. Alhamdulillah....

Persoalan: Tuntutan Dakwah @ Tuntutan Belajar? Comrade: Society Dakwah?

Peserta A: "Dakwah no 1 tapi belajar bukan nombor 2"

Peserta B: Comrade ada module yang mencerminkan dakwah, makanya Comrade adalah society Dakwah. Kita terkesan daripada apa yang kita bawak.

Peserta C: Dakwah dan Belajar ibarat kasut. Kalau sepasang tak cukup dan tak lengkap. Saling memerlukan. Dakwah perlukan persiapan. Namun bukan penghalang untuk menegur seseorang dalam masa on the spot.

Peserta D: Ilmu satu perkongsian. Jadi ilmu dan dakwah seiring.

Persoalan: Jikalau belajar gagal kerana program dakwah?

Peserta E: Kita kena balance dan manage. Dakwah macamna pun kalau tidak manage antara dakwah dan belajar, maka dua-dua tak dapat.

Peserta F: Hidup saya pack. Kaed student memang sangat sibuk Adalah sorang kawan ajak saya masuk kelab. survey2 dapat jumpa kelab ni. Bila tengok pengisian hati saya terbukak dan join maka first program saya DRIC. mak ayah saya hantar saya ke UIA  untuk belajar maka pilihan saya belajar is priority.

Peserta G: Sebelum berfikir jauh, baik kita fikir apa itu dakwah sebenarnya? Dakwah adalah menyampaikan sesuatu, maka kita kena cari ilmu dulu sebab ilmu ada maka boleh lah kita menyampaikan sesuatu. Kadang-kadang kita fikir bagaimana nak tarik orang masuk Islam, tapi kita pula lupa bahawa ada benda simple yang juga merupakan cabang dakwah.Kesimpulan saya, nak berdakwah kena ada ilmu. Macam orang nak mengajar ilmu biologi tapi diui universiti de amik bahasa Arab, macamna de nak mengajar?

Apabila kita membuat pendapat tidak perlu rungsing kalau tidak tahu ayat-ayat Quran, samapaikan apa yang baik maka kesan pun baik.

Persoalan: Apa yang kita boleh apply untuk berdakwah berdasarkan latar belakang masing-masing?

Crew: Setiap apa yang kita rasa ada kelebihan sampaikan jer. Macam biro contohnya, kita ada pelbagai biro dan tasknya yang tertentu, setiap task yang kita buat bukan menyesatkan porogram malah melancarka lagi perjalanan program kita. Dan itulah dakwah kita adaik-adik semua. Special task dengan membuat hadiah bagi menggembirakan orang lain, RnD melancarkan program anak angkat agar anak angkat dapat menyalurkan fardhu ain dengan baik sekali.... jelas di situ dakwah sangat universal dan pelbagai....

Peserta H: Kenapa ada jer ujian bila kita nak berdakwah, contoh bila kita nak berdakwah tiba-tiba ada jer halangan contoh exam. Kenapa benda ni berlaku ek? Kita nak pergi sangat... kadang-kadang bila jumpa budak-budak lain, dorang mesti kata orang lain pun ada exam jugak.....


Berdakwah boleh jadi fitnah dan boleh wat pahala. Kadang2 antara kita ada yang sanggup tinggal orang tua yang sedang sakit kat umah kerana untuk berdakwah, kita kena ingat dakwah perang memang wajib dan tak boleh di elak walau apa2 pun.... tapi untuk dakwah bukan perang ini, janganlah kita tinnggalkan apa yng dah jadi kewajipan kita... wajib utk mentaati ibu bapa....


Crew: setiap masa kita pasti ada ujian daripada Allah bila kita berniat untuk membuat kebaikan, memang itu lah sunnah kehidupan ni.... Dan jangan pula kita lupa setiap kejadian ada hikmahnya... teringat rakan-rakan yang tak dapat pergi program yang mereka nak sangat pergi... rupa-rupanya ada hal kecemasan yang memaksa mereka pulang dan sebagainya.. mungkin kita tak dapat hadir ini kerana masih ada orang lain yang 'memerlukan' kita....
 


Thursday, February 18, 2010

Program Jemputan ke KAMPAR


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Assalamualaikum w.b.t

Pemberitahuan kepada semua warga comradean, maka dengan ini sesungguhnya COMRADE akan bertolak ke KAMPAR dalam misi dakwah ke kg OA bersama JAIP pada pukul 2.30 petang ini. Siapa-siapa yang tidak pergi jom ramai-ramai kita menghantar skuad kita pergi berjuang di tangga besar sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.

Semoga berjaya SAFUAN dan juga TEAMnya.....

Crew memohon maaf kerana  tidak dapat menyertai kerana terdapat hal yang tak dapat di elakkan. InsyaAllah, kami di sini menunggu kepulangan anda. Dan crew akan update terus sebaik sahaja anda pulang dari misi, insyaAllah...

"Allah akan menolong hambaNya yang menolong AgamaNya"


Crew: Apa ek nama kampung nya? Kepada board yang in-charge laman ni harapnya update lah secepat nya.. xder lah kawan-kawan kita ternganga... :D


Wahai Sang Daie..Perbaikilah Dakwahmu..


Insya Allah, bulan ini kita bersama-sama mengenang kembali peristiwa kelahiran RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai kebolehan menyambut Maulidul Rasul ini. Namun saya mengambil pendapat yang membolehkan kerana ternyata ia membawa banyak kelebihan disamping menghidupkan kecintaan kepada RasuluLlah dan semoga ia membangkitkan motivasi untuk meneladani kehidupan RasuluLlah sebagai seorang daie yang berjaya dalam menyebarkan Islam dengan cara yang paling berhikmah dan berkesan.

Dakwah di zaman serba pantas dan mencabar ini menuntut pendekatan dakwah yang lebih sistematik, berilmu dan berhikmah dalam mengajak mad'u ke arah jalan yang diredhai ALlah. Dahulu kemungkinan para pendakwah yang berjasa terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk berhubung dan terpaksa mengambil waktu yang lama untuk sampai ke daerah mad'u. Sehinggakan ada pendakwah yang perlu tinggal tetap dan matinya juga di tempat ia berdakwah tersebut.

Pendakwah masa kini pula semakin mudah cara berhubung antaranya menggunakan keyboard dan mouse serta peralatan seperti broadband serta pengetahuan asas dalam IT (teknologi maklumat) untuk bergerak dengan lebih meluas.

Pengetahuan Para Jurudakwah

Wahai para daie yang dimuliakan Allah, tingkatkan ilmu dan kefahaman. Jika dahulu mungkin engkau di dalam tempurung kejahilan. Maka hilangkanlah kejahilan itu dengan cahaya ilmu. Duduk bersama-sama para guru dan ulamak yang ikhlas mengajar. Belajarlah ilmu dengan disiplinnya serta adab-adab dalam belajar. Ketahuilah mad'u yang dihadapi nanti berbeza-beza tahap pengetahuan dan latar belakang hidup serta budaya yang tidak sama dengan apa yang engkau jalani selama ini.

Sekiranya engkau berhijrah di negara orang yang berbeza sosio budayanya. Dan apabila engkau kembali ke negara sendiri jangan pula terbawa-bawa dengan cara hidup di negara lain yang jelas tidak sama dengan kehidupan di tempat kelahiranmu sendiri.

Hikmah Itu Apa ?

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)




ertinya :

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Surah an Nahl : ayat 125)

Para Daie yang dimuliakan Allah,

Hikmah itu adalah segala yang benar yang berkaitan dengan i'tikad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan. Ia juga bererti akal dan kefahaman. Amat malang sekiranya 'dakwah' seorang dai'e itu hanya menyebabkan mad'unya lari.

Amat merugikan apabila mad'u pula semakin berburuk sangka akibat kesalahan da'ie dalam berdakwah disebabkan kejahilannya yang mengakibatkan Islam itu dipandang negatif.

Contoh Adab Para Dai'e Di Perkampungan Orang Asli :

Sekiranya tuan-tuan yang dimuliakan pernah didedahkan tentang orang asli dan ingin berdakwah di tempat kaum yang istimewa ini. Ada adab yang perlu diikuti :

  • Sebelum berkunjung ke perkampungan orang asli, jangan lupa untuk bertemu dengan 'penghulu' atau Tok Batin terlebih dahulu yang telah dipilih orang mereka. Ini kerana pengaruh Tok Batin amat kuat dan dipatuhi oleh anak buahnya.
  • Jangan menunjukkan rasa jijik dengan kehidupan mereka yang sudah tentu amat berbeza dengan kehidupan kita.
  • Bersabarlah dengan sifat mereka yang pemalu.
  • Dekati anak-anak orang asli, ini akan menyenangkan kita untuk menarik hati ibu ayah mereka.
  • Jika boleh, ketika waktu makan, ajaklah orang kampung untuk bersama-sama makan.
  • Gunakan bahasa yang paling mudah untuk difahami.
  • Jangan menegur sekiranya ternampak ada benda yang pelik digantung di rumah mereka.
  • Sekiranya diajak untuk makan makanan yang dihidang oleh saudara kita ini. Tetapi kita sendiri tidak berselera, maka tolaklah dengan cara baik yang tidak menyebabkan mereka berasa hati.
  • Satu bonus bagi para daie sekiranya dapat berbual dalam bahasa orang asli untuk berkomunikasi.
  • Jangan berjanji sekiranya tuan sendiri tidak yakin dapat menunaikan janji tersebut. Kerana mereka amat menepati janji dan punya jiwa yang sensitif.
  • Jangan banyak meminta tetapi lapangkan tangan untuk memberi.
Sekiranya kita rajin membuka kisah kehidupan RasuluLlah, maka kita akan dipertontonkan dengan kecantikan akhlak RasuluLlah dalam berdakwah. Musuhnya semakin kurang, yang mencintainya semakin ramai. Bahkan Baginda dihormati oleh kawan dan lawan. Lalu jangan lupa untuk melihat pula akhlak para sahabat yang berjaya dididik oleh RasuluLlah.

Tingkatkan Kualiti Dalam Berdakwah

Wahai para daie yang dipilih ALlah di jalan ini.. perbaikilah adabmu dalam mendidik mereka yang memerlukan bantuanmu. Sekiranya dengan mereka yang bukan Islam engkau dapat berlemah lembut dan berkata baik, mengapa dengan sesama saudaramu sendiri engkau berkasar dan menyakiti hatinya ?

Ingatlah wahai para daie, kesalahan yang dilakukan oleh mad'u itu adalah cerminan bagi diri kita sendiri. Usahlah menganggap diri kita ini sudah suci dari dosa sedangkan dakwah yang dilakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah di samping menebus kesalahan yang pernah dilakukan selama ini. Mudah-mudahan dengan amal jariah yang kita lakukan, Allah memandangnya sebagai amal kebaikan atau pengampunan dosa samada kecil atau besar yang pernah diperbuat selama ini.

Masa Yang Kita Ada

Sedarkah wahai para daie yang dimuliakan Allah ? Usia yang ada amat singkat dibandingkan dengan amanah yang diserah oleh Allah di bahu kita ini. Masa yang semakin sempit, zaman semakin buas, nafsu ammarah menyelinap di dalam jiwa tidak putus-putus, godaan iblis dan syaitan datang silih berganti untuk membantutkan usaha mengajak ke arah kebaikan dan nasihat yang berhikmah.

Di mana pula tempat kita di akhirat nanti ? Di golongan yang kanan atau golongan yang kiri ?

Rujukan :

1. Ahmad Hasan Mohd Nazam, Wasiat Luqman al Hakim, Cet Pertama 2009, Telaga Biru, Selangor.

2. Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buthi, Rahsia Dakwah Yang Berkesan, Cet Pertama 1997, Pustaka Ilmi, Selangor.


Tuesday, February 16, 2010

Update dari Felda Waha, JOHOR


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Tenet.. Tenet..... Tenet.....
"Alhamdulillah, ceghah sudah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz,"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, crew berjaya juga sampai ke majlis perkahwinan saudara bekas presiden COMRADE 06/07-07/08, iaitu Saudara Asyraf atau Ceghah. Dengan berbekalkan peta di printkan oleh Rizudin a.k.a Deng daripada blog (ashrafatikah.blogspot.com) kami akhirnya sampai juga.

Dengan 2 kereta daripada UIAM yang masing-masing dipandu oleh saudara Sufian atau Pian Jawa dan Deng menyusuri lebuhraya PLUS sambil perjalanan di ketuai oleh Deng kerana peta ada co-pilot beliau iaitu tuan Harry atau dulunya di kenali sebagai Din Mesir (Mersing).

Kira-kira pukul 11 malam kami bertolak daripada UIAM kerana faktor ketidak professionalan penyewa Van yang sudah kami tempah seminggu yang lalu. Namun, dek kesungguhan yang di tunjukkan oleh Deng dan kawan-kawannya maka kami berjaya juga bergerak ke Johor pada malam tu juga.
Dari Van bertukar Kereta,
Dari UIAM ke felda Waha,
Dari Duka berukar Ceria,
Dari Kenduri ke Desaru pula...

Sebelum bercerita izinkan saya memberitahu siapakah watak-watak utama yang bertolak daripada UIAM ini. Selain daripada Crew, kami terdiri daripada: Pian the Javanese Driver, Deng the ngganu driver, Harry the Co-Pilot, Jali the Sleeper rider, Muhyidin the Vip Sitter, Yusri the name is khan, Manaf the tom kurus on the rock dan penumpang import dari Kuwait yang menggantikan tempat Jiju the kurus kering man iaitu Yusuf the oil land (fakta: peminat buah limau).

Alhamdulillah, kami berhenti berehat buat seketika di sebuah warung smabil menikmati suasana pagi iaitu pada pukul 3 pagi kalau tidak silap jam di hanset crew ketika itu. Teh tarik. Teh 'o' panas. Nescafe panas. Inilah minuman pengeras seketika sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke rumah muhyiddin. Bagi yang sudah tahu akan perjalanan kami mesti menyangkakan kami akan bermalam di rumah Apai the Chinese Javanese. Tapi apakan daya kerna masalah pengangkutan yang pada asalnya kami akan berangkat pada waktu siang menjadi malam serta memaksa kami untuk tidak menginap di rumah Apai kerana kesuntukan masa.

"ZZZZZZZZZZ.......hhhhhhhhuuuuaaaahhhhhh.... dah sampai ke Deng?"
"Jom kita sambung tido kat dalam rumah"

Kami sudah pun berada di hadapan rumah Muhyidin. Sebelum tu, kami pergi ke Perniagaan Keluarga Yasin unuk mengambil kunci rumah darupada mak Muhyidin.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Tarikh pula sudah menetapkan pada 14 Feb 2010. Jatuhnya valentine's day dan jatuhnya juga Tahun Baru Cina. Dua-dua perayaan yang dilarang oleh Islam untuk  meraikannya.

"Jom kita sarapan dulu," ajak Muhyiddin.
" Hee makan free...." aku tersenyum.

Sebenarnya parents muhyidin da sediakan juadah sarapan kami di Perniagaan Keluarga Yasin. Apa lagi, dengan lajunya kami menuju ke kedai Muhyidin serta menjamu sarapan nasi lemak, mee goreng serta kuih muih yang ada. Yusuf pun hentam jer nasi lemak yang tersedia. Terpaksa lah da masuk tempat orang kenalah belajar untuk meresap ke dalam budaya orang kan?
"Nasir 'n' de geng kat rumah Imah lagi.."bagitahu Deng.
" Kita jumpalah kat mana-mana kalu mereka nak konvoi ngan kiter..."

Akhirnya, kami sepakat untuk konvoi dengan mereka dan tempat pertemuan adalah di petronas iaitu persimpangan ke Felda Waha. Daripada situlah kami bergerak dengan 3 kereta ke tempat tujuan. Selamat datang ke MAJLIS PERKAHWINAN ASHRAF & ATIKAH!




 Antara pengunjung yang hensem lagi kacak yang berkunjung ke majlis...










Inilah warga Johor yang gian ingin melintasi pintu gerbang dan merasmikan pintu gerbang pengantin pada hari tersebut










Antara Alumni yang ada bagi memeriahkan lagi majlis













Anda penah tengok Nur Kasih? Inilah NUR kasih seorang pengantin baru yang bergelar sang suami...











Inilah langkah seorang kekasih yang ingin menambat hati pasangannya... 















************************RAGAM PENGANTIN****************************


 










 



DARIPADA WARGA COMRADE KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PASANGAN ASHRAF LATIF DAN ATIKAH MOHAMAD

SELAMAT PENGANTIN BARU! SEMOGA BAHAGIA SELALU!

*****************Gambar Menarik Sepanjang Percutian********************



 

 


 

 

 
Tom Kurus on The Rock
 

 
# Menjamu Selera di Rumah Adil Mufti #




Wednesday, February 10, 2010

Dari kami...



::We Observe We Experience We Lend a Hand::Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat Comrade sekalian..Selamat Tahun Baru Cina ‘ diucapkan kepada sesiapa yang meraikannya. Buat sesiapa yang tidak meraikannya, manfaatkanlah cuti yang diberikan untuk anda..


Tentang Sabar


Hendak sabar bukan senang, tetapi untuk menjadi kurang sabar dan gopoh amat mudah. Mungkin kerana itulah kesabaran itu tinggi nilainya di sisi ALlah. Mungkin kerana itu, para Nabi dan Rasul yang memahami erti sabar tetap teguh dan tetap menjalankan dakwah. Begitulah juga dengan para ulamak yang kuat taqwanya kepada ALlah bersabar dalam apa jua dugaan dan ujian.

Antara masa yang perlu sabar

Dalam gembira kena sabar. Sebab ALlah boleh juga menarik kegembiraan itu pada bila-bila masa. Dalam gembira pun terkadang ada ujiannya. Tengah gembira terloncat-loncat tiba-tiba terhantuk kepala, sedang gembira menerim hadiah jam tangan baharu dan cantik tiba-tiba ia calar sedikit. Apa rasa dalam hati? - mungkin ALLah mahu kita bersyukur kepadaNya dahulu. Apa tanda kita bersyukur?

Dalam berdakwah kena sabar. Arena dakwah bukan untuk mengharap pujian. Mungkin yang diterima adalah kutukan dan cercaan. Bukan juga bermakna apabila berdakwah orang pasti terima apa yang didakwahkan. Kajilah sirah bagaimana sabarnya Nabi dan Rasul di dalam berdakwah kepada manusia. Ingat wahai pendakwah... kita usaha, natijahnya serah pada ALlah semata.

Dalam berkawan kena sabar. Jika tidak sabar, dah lama menyinsing lengan, bertumbuk. Kawan yang makan kawan, kawan yang menikam belakang, kawan yang tak kenang budi. Oh, macam-macam bila kepala tidak sekapal. Semuanya harus pandai pula dijaga hati, walaupun hati sendiri tiada yang jaga. Tidak mengapa, ALlah lebih tahu.

Dalam kesusahan kena sabar. Hidup bagaikan roda yang naik dan turun, semalam senang dan tiba-tiba esoknya dah susah pula. Untuk mencari hikmah dalam setiap apa yang ALlah beri tidak tercapai dek akal. Beruntung jadi orang beriman, bila ada masalah diserahkan kepada ALlah dan bertawakkal dengannya.

ALlah sudah menyebut yang bererti :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya) niscaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.


( Surah Ath-Thalaq: Ayat 2-3 )

Dalam kejayaan pun perlu sabar. Mungkin agaknya perlu ditilik kembali kejayaan yang diperolehi adakah sekadar angka-angka yang dapat tetapi kualitinya adalah kosong? Agaknya perlu juga diselidiki kejayaan yang dicemari dosa, adakah keberkahannya? Contohnya : si fulan mendapat 19A dalam SPM, atau cgpa 4.00 tetapi beliau tidak pernah solat. Adakah ini namanya tertipu?

Susah sebenarnya hendak bersabar dibanding dengan menyebut SABAR. Apa salahnya kita bersabar sebab ALlah akan beri ganjaran yang banyak kepada orang yang bersabar. Tidak percaya ?

مَا عِندَكُمۡ يَنفَدُ‌ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍ۬‌ۗ وَلَنَجۡزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓاْ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٩٦)

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah An Nahl : 96)

Solat pun kena sabar?

Bukan sahaja solat pun kena sabar, untuk mengajar anak solat pun kena sabar. Sila gunakan segala pendekatan terbaik dalam mendidik anak untuk solat, kerana pertama-tama perkara yang akan ditanya di Hari Kebangkitan nanti oleh ALlah adalah solat.

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥)


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(Surah Al Baqarah : Ayat 45)

Solat adakah sekadar kewajipan sahaja tanpa cuba mendapatkan khusyuknya? Untuk menambahkan kelazatan beribadah pastikan solat itu apa tujuannya? Kepada siapa kita mengadap? Apa yang dibaca semasa solat? Dapatkah memisahkan diri dengan alam sekeliling untuk mendapatkan sedikit waktu berbicara dengan ALlah? Pernah merasakan solat yang dibuat adalah solat yang terakhir ? Takut juga sekiranya amalan solat itu dicampak semula ke muka.

Jika di dalam solat yang mengandungi pelbagai keistimewaannya : disiplin, dari segi penemuan sains, ukhuwah sesama Islam, kesatuan - tentu ada kesannya pada kesabaran mengerjakan solat dan lihatlah bagaimana sabarnya seorang pesuruh ALlah di dalam menerima perintah agar solat 50 waktu sehari semalam dan meminta kepada ALlah agar dikurangkan kepada 5 waktu sahaja.

Sabarlah ya.. Dalam mencari redha ALlah, pahitnya sabar, dan manisnya rahmat dari ALlah.


Monday, February 1, 2010

ALUMNI: Sindiket COMRADE bakal Menyusul!


::We Observe We Experience We Lend a Hand::


Pemula dengan tagline di atas amak cocok kali, bila tatkala ini heboh dan masyhur sekali di ruangan komuniti jaringan sosial muka buku "comrade uia" . Alhamdulillah, satu keputusan sudah pun diputuskan, maka CREW ingin menyeru kalian semua yang berpengalaman sedikit atau banyak dengan usaha dakwah kita ke kampung orang asli COMRADE, jom menulis travelog perjalanan dakwah anda sama ada dalam bentuk "pictures story", cerpen pendek atau cerpen berdiaolog, semua nya Producer (Sai) kita akan terima.

Apa itu Travelog COMRADE?


Travelog=Traveller's Logue. Kisah-kisah menarik sepanjang kita masuk kampung Orang Asli dikumpul dan akan dibukukan.

Dan di sana ada peraturan-peraturan yang sudah di tetap kan oleh para crew penerbitan Sindiket Comrade. Dan peraturan-peraturan itu adalah:

Syarat yang diletakkan oleh Sai (Ashraf Latif)


1. beri pengajaran berguna
2. ditulis dalam bahasa melayu tinggi (tiada perkataan singkatan seperti yang -> yg, dll.
3. kita buat penerbitan secara indie. hasil jualannya 100% ke tabung komrad. penulis akan dapat pahala 
    insya Allah.
4. tulisan saiz 11, font arial, double spacing.
5. Hantarkan kepada --> sai.7th@gmail.com [tajuk email: travelog dakwah]
 
Dan cadangan-cadangan daripada seniorita COMRADE pula ada bunyi nya:
 
Cadangan Dari Kak Tikah
 
1) sapa ada pengalaman menarik, buat macam kisah pendek.. selitkan dgn pengajaran dsb.. rasanya ramai
    comradean yang leh menulis dgn baik.. blogger pun ramai...
2) kita kumpulkan kisah ini dan kita publishkan...
3) pastu hasilnya nanti, bahagikan pd si penyumbang dgn percentage pada COMRADE sama.

Dan tambahan perisa bagi menyedapkan lagi Sindiket Travelog ini adalah:

Tambahan


gambar2 yang sesuai juga dibenarkan. Kalau yang rajin ambil gambar dan ada banyak koleksi, boleh buat photo essay :) Pilih gambar yang sesuai untuk cetakan dualtone ya (hitam putih).

Apa kata-kata mereka yang turut serta dalam mensyuarat maya di ruangan komuniti jaringan sosial muka buku?

Akmajamil Jamil: gud idea!
Raihan Farhanah: sumbangkan tulisan anda kak;)
Abu Amjad: Assalamu'alaikum,

den ado nulis sikit tentang perjalanan dakwah nih. Dah diposkan emel kat Ashraf.
Raihan Farhanah: wah, laju abg Zuli.. eh, lama tak panggil nama tu=P Raihan tak leh nak tag yang lain, kalau ada yang belum ditag macam abg Iqbal, Kak Shushu tu, tolong share la ngan diorang..
Pokma Chan: kena letak dalil2 ke dlm tulisan tu..xreti:(
Ashraf Latif: lol. dalil2 letak bila rasa perlu. ni untuk bacaan santai yang memberi pengajaran, macam sinchan versi islamik :)
Raihan Farhanah: ha, pokma, pokma kan sin chan versi islamik. jangan risau nanti akan di edit jugak. Tulis je, nak kumpul pengalaman tu yang penting
Pokma Chan: haha..ok.time free kt opis kita buat..(mmg free pn)
Ashraf Latif: Rehan, kalau boleh edit atas nu, gambar2 yang sesuai juga dibenarkan.

Kalau yang rajin ambil gambar dan ada banyak koleksi, boleh buat photo essay :)
Pilih gambar yang sesuai untuk cetakan dualtone ya (hitam putih).
Raihan Farhanah: done. salin dan tempek je boleh kan. =P
Mujahid Rindu: aku nak buat yang spesel punyer... hahahahah kalu sempat...
Raihan Farhanah: sempat punya weh, dalam pukul 3 pagi ni aku kejut kau, tulis eh.. Bangun tau! Idea mencurah tyme tu=p
Mujahid Rindu: hahahahahah yolah... nak tgk jer.. ade tak org kejut aku tyme tu...
Ashraf Latif: boleh aje, raihan. baarokallahu fiik
Pokma Chan: jali masuk kalah r tulisan aku..jali puyer otai..aku otaikim
Mujahid Rindu: aku rancangan 'otai' daa... gaya arakaian sebagai (gaya lama) otaikim baru agi...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber:
facebook "comrade UIA" & Raihan


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.