WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Tuesday, March 31, 2009

MEETING PELANTOK


we observe, we experience, we lend a hand

12 March 2009

Meeting berlangsung dgn riuhnya oleh apm cik fatin. Memang riuh dan soronok di buatnya!!!
Namun keaktifan komiti haruslah di kekalkan sampai abes program...

Jgn ckp banyak di mulut, kerja jgn kuat nanges taw....

Ahahahaha..
_to be continued||


Kenangan Terindah di AEC




Alhamdulillah........

Asrama Sg. Ruil Cameron Highland digegarkan sekali lagi oleh keluarga COMRADE. Setelah sekian lama memendam rindu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, akhirnya COMRADE berkampung di asrama tersebut bermula 6 hingga 8 Mac 2009.

TERBAIK......
Perkataan itu lah yang mampu digambarkan selama berada di situ. Bak kata PC program
"kalau nak program ni berjalan lancar...solat mesti tepat pada waktu.."

terbukti segala yang dirancang bagaikan daun yang menyusuri Sungai Pisang tanpa sebarang halangan...hehe...

Alhamdulillah...

Tahniah kepada tuan PM...terima kasih kepada seluruh keluarga COMRADE yang tak puas-puas berkongsi cerita bersama adik-adik. Semoga usaha kita semua beroleh ganjaran yang dapat dibawa bersama ketika menuju ke alam yang abadi.

Terima Kasih Semua.


CS : Superb...!!!!!

p/s: gambar2 sudah di muat naik...jom layan di foto galeri.......


Dari Presiden....


Buat semua warga Comrade seadanya, kini COMRADE berprogram lagi bersama-sama ank-anak asli di Asrama sg Ruil. sebagaimana untuk mencapai objektif dakwah menerusi pendidikan kita akan bermalam di sana bagi menjalankan program motivasi kepada anak-anak sg Ruil, di Cameron Highlands, bumi sejuk di Malaysia.

Bermula 6 haribulan hinggalah 8 Mac 2009 kita akan membuat program dan mencuba utk menaikkan moral dan minat adik-adik dalam pembelajaran mereka. Kita sekali lagi datang dengan misi untuk menaikkan taraf pendidikan mereka. Dengan keyaan peningkatan mendadak mereka selepas program kita tahun lalu, kini kita kembali utk memberi bengda yg sama kepada adik-adik asli kita yg baru kerana 'batch' dulu sudah habis pengajian kebanyakannya.

Rekod cemerlang yg ditonjolkan Pelajar UIA tahun lalu banyak memberikan kesan yg cukup mendalam dalam diri pelajr asli mahupun gurunya. Tahniah dan selamat mengulangi kejayaan, walaupun hasilnya bukanlah sekejap, namun ketahuilah budi org yg memberi takkan hilang sehinggalah nyawa bercerai dari badan, akan terus di bawa ke pengadilan kelak.

Bagi fasi baru COMRADE, inilah permulaan kita sbg seorg pendidik. adk2 asli siapalah yg mahu melihat, namun kita telah mengambil inisiatif ini demi melihat anak2 bangsa kita akan terus maju dalam pendidikan, dan kita akan merasa malu andai mereka ini tercicir dalam arus globalisasi yg sgt pesat ini. Kita boleh, apatah lagi mereka, cume 'inject' sikit motivasi agar mereka tidak lagi menganggap mereka 'spesis' luar yg cuma layak hidup di hutan. Keluarkan mereka dan suaplah mereka dengan ilmu agar mereka akan berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Selamat maju jaya utk komiti kita, berkhidmat lah utk masyarakt kerana mereka memang perlukan kita. senyumlah dgn harapan, capai tgn yg memerlukan. Ambillah peluang utk berbakti, bukan senang utk berjuang kerana syurga itu sgt lah manis.

- Presiden Comrade-

we observe, we experience, we lend a hand

cB: hehehehe semangat-semangat wahai syabab!


Datang jgn tak datang..Mass Gathering


assalamuAlaikum warah matullahi wabarakatuh

Maka sekalian warga Comrade ada pun esok malam yang bersamaan hari Jumaat, 27 Februari 2009, akan berlangsung pada pukul 8.00 pm mulanya, maka sangat2lah kita semua dapat meramaikannya...

objektif:

1) mass usrah & silaturrahim
2) briefing program terdekat
3) menyampaikan info terkini tentang program yang akan datang
4) memperkemas database ahli

bersama kita semua meriahkan lagi ek program 'kumpul-kumpul' dak comrade!
Jangan lupa ada sikit refreshment utk kita semua, andai ade rezeki..... =)
we observe, we experience, we lend a hand


Kirim jgn tak kirim...


Bagi saper2 yang ingin berkongsi pengalaman anda, buleh lah hantarkan kat email kitorang yer...nantikan cerita anda di baca dan di paparkan dengan gahnya di ruangan cerita anda.... jangan lupa taw... kirimlah ek..bagitau kawan2 yg lain....

COMRADE 4 ALL....
we observe, we experience, we lend a hand


travellog~DARI KACAMATA ORANG BERKACA MATA


-DARI KACAMATA ORANG BERKACA MATA-
author: mujahid rindu
programme: kg susu

Susu Village yang terletak di Cameron Highlands (sempadan jer), telah aku jajahi buat kali kedua dalam hidup ku. Aku kembali mengenangkan saat aku berjalan kaki 10 jam tatkala aku menatap jalan lama yang masih bersalut tanah itu.

"Ah, lupakan pasal tu!" aku kembali merenung dan memandang realiti bahawa kini 'highway' telah menghalang aku dari mengulangi sejarah lama.

Aku tersenyum kembali, puluhan titik manik sinar dari dahiku menyinar dengan girangnya tatkala turun ke Susu Village. Ia nya langsung tidak menjejaskan pandangan dari sudut kacamata ku betapa riangnya anak-anak asli melihat abang-abang dan kakak-kakak dari UIA.

"Oh, man!!" aku mengeluh sebentar, barang sedetik dua bila mendapat tahu, tandas tiada. 'Kecik' okeylah, bagaimana kalau yang besar? Aku tarik nafas dalam-dalam dan berazam untuk menyimpan'nya' dengan penuh kasih sayang sehinggalah aku menemui 'syurga' idaman yang lebih selesa...

"heheheh...," senyum ku penuh makna.
"Kau dapat rumah no. 1," bagitahu sahabatku yang juga penasihat kepada biro RnD.
"Aku tak kisah liq, ko nak bagi aku ngan foreigner,"
"Eh, takper-takper dia aku letak dengan Saffuan," balas sahabatku itu.
"Eh? Takperlah kalau dah begitu...hmmm aku ngan sape ek?" tanya aku dengan wajah ghairah ingin tahu.

"Ko ngan Munirah, berdua jek, hehehehe...," jawabnya dengan seyuman penuh makna.

Dalam hatiku berkata tak berapa sedap kalau cuma berdua jek, namun keesokannya, aku melihat bahawa aku bertiga rupa-rupanya setelah tertera nama Ayuni di dalam kolum anak-anak angkat.

"hmmm...oklah," katalog aku sendirian.

Pemangku Batin, Hassan adalah bapa angkat aku. Tidak sampai 10 minit aku di rumahnya, sudah dijamu dengan video karaoke Jelmol (band asli dari suku Temiyar) dalam hati aku cuma berkata, 'best jugak lagu-lagu dia...'

Selepas kenduri, aku berazam ingin mengajar bapaku fardhu ain sebelum dia pasang apa-apa karaoke, alhamdulillah aku berjaya juga mencuri masa yang sangat berharga itu dengan mendengar bacaan dalam solat dari bapaku itu. Manakala Ayuni dan Munirah sedang mengajar amek NorHayati dengan sungguh-sungguh di luar rumah.

"Ooops, lupa aku nak cerita kat korang, apa yang terjadi sebelum tu!"
"Kita rewind jap ek...,"

Semasa makan tengah hari (time kenduri) kelihatan anak batin no 2, Asri si rambut perang, yang cima berumur 4 tahun, comel, sedang bermain dengan bapanya. Yang menambah kecomelannya, dengan spontan si Asri kecik molek ni menyambut sendawanya dengan menyebut 'Alhamdulillah'. Subhanallah! Lancar. Mudah. Comel. Cukup indah terpacul dari budak yang baru sahja berumur 4 tahun. Asli pulak tu.

Aku berhenti mengelamun. Sunyi. Aku tersenyum sendirian.

"tik! Tik! Tik!" handset ku bergetar dan mengeluarkan bunyi. Kelihatan nama Adil Celcom muncul di papar inbox mesej. Mesej 'match MU malam ini pukul berapa?' mematikan lamunan panjang ku.

we observe, we experience, we lend a hand


Ingatlah wahai teman...


InsyaAllah, COMRADE nak gi kampung susu, cameron highland pada 13-15 feb ni, namun yg sedih nya pengambilan peserta dan berhenti kerana sudah penuh, tapi takper, mana2 yg pergi jgn lupa tujuan kita taw, dakwah dan terus berjuang, kita masih ade banyak lagi program akan datang. so jgn lupa tanya taw, kami akan berusaha untuk membuat prigram, yelah saper lagi yang nak buat kerja dakwah ini jikalau tidak kita kan, setiap amanah kita jalankan ngan penuh berhikmah gitu, ok lah sekian dulu pengumuman dari saya, moga kita berjumpa lagi ek....

CB: jgn lupa bawak lampu suluh....:P

we observe, we experience, we lend a hand


Kampung Susu yg ceria...


Alhamdulillah.......
Tiada ungkapan yang lebih indah melainkan pujian dan kesyukuran untuk Allah yang tidak pernah putus memberi nikmat kepada hambaNya.

COMRADE UIAM sekali lagi diberi peluang untuk menjejakkan kaki di bumi Pahang iaitu di Kg.Susu, Cameron Highland. Program ziarah kali ini dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga baru COMRADE. Walaupun kebanyakan dari mereka tidak pernah sampai ke kampung orang asli tapi itu bukanlah halangan untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea dalam menyebarkan dakwah ini. (abg mu ini sungguh kagum) hehehe...

Hampir 60 pelajar menyertai ziarah kali ini dengan kerjasama banyak pihak. Terima kasih diucapkan. Mungkin ada dikalangan anak2 angkat yang ingin berkongsi cerita boleh lah menghubungi CREW COMRADE untuk dikongsi bersama di dalam blog ini.
Kesimpulan dari program ziarah kali ini mampu disimpulkan sebagai CERIA.
Sekian....

p/s : gambar sudah di muat naik.


Lagu untuk semua, ukhwah fillah


COMRADE: PEWARIS PERJUANGAN

Jalan suci

Bermulanya satu rintangan

Jalan murni

Yang penuh dengan cabaran

Menyambung sayap perjuangan

Rasulullah rasul junjungan

Erti kesabaran

Bagi seorang pejuang

C/o : Jangan kita putus asa

Jangan kita mudah kecewa

Dugaan datang pengukuh jiwa

Sebagai rahmat tanda kasihNya

Bukan mudah untuk Berjaya

Perlu usaha perlu tenaga

Selagi nyawa masih ada

Berkorbanlah berjuanglah

(ulang rangkap 1)

c/o: Jangan kita putus asa

Jangan kita mudah kecewa

Dugaan datang pengukuh jiwa

Sebagai rahmat tanda kasihNya

Perlu usaha perlu tenaga

Kerna mereka perlukan kita

Bersama-sama…

# comrade… mari bersama-sama

Comrade…kita bersama…..

c/o: Jangan kita putus asa

Jangan kita mudah kecewa

Dugaan datang pengukuh jiwa

Sebagai rahmat tanda kasihNya

Segala mehnah ditempuh bersama

Moga Allah meredhai kita…

Bersama-sama…

Comrade: Pewaris Perjuangan

Lagu/lirik: nurulqamar/nurulqamar, max, dudu, sarep

Music: copyright controlled


we observe, we experience, we lend a hand


DRIC...


DAKWAH and RESEARCH INDUCTION COURSE atau lebih dikenali dengan DRIC sekali lagi menggegarkan arena COMRADE. Kejadian ini berlaku pada 31 Januari sehingga 1 Febuari 2009 bertempat di Kampung Bukit Kala Batu 12 Gombak. Seramai 28 orang keluarga baru COMRADE mengambil bahagian dalam DRIC ini. 2 orang daripada mereka warganegara Somalia. Program bertambah seri dengan kehadiran abang-abang dan kakak senior yang tak jemu-jemu berkongsi pengalaman . Dengan izin Allah, program berjalan dengan sempurna. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga keluarga COMRADE yang terlibat. Anak sapalah PM DRIC tu ek...hehe....Terima kasih juga kepada Abg Din (SDEV) yang sudi datang dan memberi sokongan. Terima kasih tuk batin, pak bilal, AJK surau. Terima kasih semua. Harapan kami agar penyambung warisan COMRADE selepas ini lebih mantop dan hebat di lapangan demi menyebarkan Islam kepada saudara-saudara orang Asli kita. Syukur Alhamdulillah.

p/s: gambar akan dimuat turun selepas ini........ =)


dari crew untukmu...


INsyaAllah, tak lama lagi lagu baru COMRADE @ COMRADE anthem akan berkumandang di sini. Bagi yg belum mengetahui apakah dan bagaimanakan lagu tersebut, tunggulah....
CB: hanks to MAX, Sarip, Dudu, satu coloborasi penulisan lirik yang paling mantap


DRIC Mantoop!!


Asalamualaikum warahmatullah...

  • Bersyukur ke hadrat Allah, kerana Dia telah memberi kasihNya, dan dengan pertolonganNya juga, dapat kita sama2 berusaha dalam menjayakan program induksi kali ini. Alhamdulillah walaupun dalam masa yang singkat ini, kami tetap jga berusaha untuk mengajar dan memberi pengalaman baru buat adik-adik baru COMRADE atau dengan kata lain ahli baru keluarga COMRADE. Sekalung tahiah juga buat senior dan otai2 lama yang datang untuk menjayakan lagi program DRIC, memang komitmen yang ditunjukkan oleh abang2 COMRADE dan juga kakak2 COMRADE sangat di hargai, terima kasih lagi sekali. Cuma Allah yang mampu membalas kudrat dan amalan mulia kita demi Islam.

  • Dengan komitmen peserta prgram yang 'superb' juga oleh ahli2 baru COMRADE memang membangga kan kami, dan tiada kalimah lain selai ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat adik-adik COMRADE yang baru. Korang pun 'world' jugak bukan setakat lagu COMRADE jer taw.. ingat lagu tersebut dan hafal untuk menaikkan semangat kalian....
  • apa-apa pun kita tnggu lagi berita dan report program dari comrade shooter, beserta dengan gambar2 dan ragam peserta dalam program....
CB: memang best! naik bukit pun satu modul yg sgt sukses. 3 daam 1 kata PM nya...hehehe


seronok nak gitau...:)


Hari : Jumaat

Tarikh : 16 Januari 2009

Destinasi : KLCC (depan KLCC la....) - Pejabat JHEOA

Peserta : 12 orang

Pengangkutan : Bas yang sesak, Teksi yang laju, LRT yang panjang

Yuran : Duit dalam beg masing-masing....(terima kaseh kepada yang bermurah hati belanja)


Club Promotion for New Intake


Assalamualaikum warga COMRADE khususnya, dan warga UIAM umumnya, dewasa kini begitu banyak dugaan dan cabaran yg kita sama2 tempuhi dalam kehidupan seharian...oleh itu, sebagai persiapan untuk diri kita maka dengan sukacitanya saya menjemput semua sahabat handai, rakan dan taulan, kita berukhuwwah dalam persatuan ini, membentuk gerakan yg mantap untuk sama-sama membangunkan dan menyebarkan ISLAM, dan janganlah segan silu untuk menghadiri booth COMRADE dalam program suai kenal ahli2 baru yg ber'detail' sepertimana berikut:
  • Program : Club Promotion for New Intake
  • Tempat : In Front of Bank Islam (Center Complex)
  • Date : 5th January - 9th January 2008
  • Time : 8.00 am - 5.00 pm
Selamat datang semua, bersama kita berukhuwwah dalam persatuan kegiatan dakwah dan kajian Orang Asli ini... JUMPA ANDA DI SANA!


Wednesday, March 11, 2009

mari membaca cerita!


cerpen remaja islam

26 03 2007

Sayup-sayup terdengar alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci Al Quran dendangan ibu. Dengan mata yang baru terbuka separuh, aku menoleh ke arah jam di dinding. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur aku mengagak… baru pukul empat lebih. Apahal pula ibu bangun membaca surat-surat Allah di kala orang lain dibuai mimpi? Belum pernah aku mendengar ibu membaca Al Quran walaupun pada siang hari. Apatah lagi pada pagi-pagi buta begini. Aku juga tidak pasti sama ada ibu mampu bertilawah dengan baik atau tidak. Aku bingkas bangun lalu membetulkan urat-urat badan.Sebaik-baik sahaja pintu bilik dibuka, aku ternampak Najib, adik bongsuku sedang mengulangkaji pelajaran agaknya di meja tulis comel diterangi lampu kecil. Rasa hairan bermain dalam dada… tak pernah si Najib ni “study” sebelum subuh. Selalunya dia berjaga sampai pukul dua baru masuk tidur. Apakah dia mendapat petua baru? Atau… adakah Ustaz Azman berpesan apa-apa?

Teringat aku sewaktu di tingkatan tiga dulu. Dalam satu perkhemahan pengakap, Ustaz Azman dijemput memberikan tazkirah selepas solat fardhu Maghrib berjemaah. Ada dia menyentuh tentang “study”. Dari situlah aku baru mengetahui masa terbaik untuk “study”, yang akan memudahkan hafalan, menyihatkan tubuh badan, mendatangkan hidayah dan barakah, mengilhamkan pemahaman serta lebih mendekatkan diri kepada Allah- pada dua pertiga malam iaitu antara pukul dua pagi hinggalah ke waktu subuh. Boleh jadi… Najib pun dah tahu.

Aku mengintai ke bilik ibu yang sememangnya tidak berpintu, hanya dihijab sehelai kain pintu berwarna hijau berbunga biru muda dan merah jambu. Ibu masih melagukan ayat-ayat Allah dengan nada suara sederhana. Ibu bertelekung! Sudah tentu ibu bangun solat malam. Peliknya! Sebelum ini ibu hanya solat Maghrib dan Isya’ saja, waktu-waktu lain tak berapa ambil berat.

Lebih pelik lagi… kulihat ayah dengan berketayap putih duduk bersila di tepi katil. Keadaannya seolah-olah orang sedang bertafakur. Mulutnya kumat-kamit. Kupasang telinga baik-baik, apalah agaknya yang ayah baca tu. Sesekali agak keras suaranya.

Subhanallah… ayah sedang mengkhatamkan zikir persediaan Naqsyabandiah. Selama inipun memang aku ada mengamalkannya sendiri-sendiri. Zikir itu kuperolehi sewaktu mempelajari ilmu perubatan Islam daripada Darus Syifa’ kelolaan Dr. Haron Din di universiti dulu. Daripada mana pula ayah memperolehinya? Setahu aku… ayah jarang-jarang solat. Berjemaah ke surau teramatlah jauhnya kecuali sewaktu Kak Ngah nak kahwin-sebab takut orang kampung tak datang gotong-royong masak. Lepas tu haram tak jejak kaki ke surau.

Aku beredar ke ruang tamu. Keriut bunyi lantai papan yang kupijak telah menyedarkan Shahrul, seorang lagi adik lelakiku. Lampu ruang tamu tak bertutup rupanya.

“Dah pukul berapa kak?”

“Emmm… dah empat lebih,”sahutku sambil melabuhkan punggung di atas kusyen.

Shahrul bangun dan terus ke bilik air. Tak lama kemudian dia masuk ke biliknya. Aku pasti dia sembahyang.

Apa dah jadi dengan rumah ni? Naik bingung seketika…

Aku rasa Shahrul terlena sewaktu membaca kerana ada sebuah buku di kusyen panjang tempat tidurnya tadi. Masih cantik sifat-sifat buku itu, mungkin baru dibeli. Kucuba membaca tajuknya… Perjuangan Wali Songo di Indonesia. Masyaallah, Shahrul boleh tertidur membaca buku tersebut? Aku yakin si Shahrul ni tak pernah baca buku-buku agama pun. Yang diminatinya tak lain itulah… majalah sukan, komik dan hiburan. Seribu satu macam pertanyaan berlegar dalam kepalaku.

Memang pernah ayah dan adik-adik bangun atau berjaga malam… untuk menonton perlawanan bola sepak. Tetapi kali ini mereka bangun untuk beribadah!

Sudah lebih lima tahun aku berusaha untuk menghidupkan roh Islam di rumah ini namun kejayaannya cuma secubit. Keluargaku tidak menunjukkan minat untuk membudayakan Islam dalam rumah kami. Kalau ayah dan ibu sendiri menentang, bagaimana dengan adik-adik? Kak Long Tikah dan Kak Ngah Ilah masing-masing telah berumahtangga, jadi… tak kisahlah. Namun ada keganjilan yang sukar kutafsir tika ini sedang berlaku di dalam rumah.

Selepas solat tahajjud aku terus berbaring. Lesu akibat perjalanan jauh masih terasa. Maklumlah, baru tengah malam semalam tiba dari Kota Jakarta, tempat kubekerja sebaik-baik sahaja lulus dari universiti.

Aku terjaga sekali lagi apabila deruman enjin motosikal menerjah gegendang telingaku. Kalau tak silap itu bunyi motosikal ayah. Motosikal mula bergerak lalu menuju ke jalan besar. Menurut di belakang adalah bunyi kayuhan basikal. Makin lama makin jauh.

“Ada… ooo Ada,” laung ibu sambil mengetuk pintu bilik.

“Ya mak,” sahut ku lemah.

“Bangun solat Subuh ye nak.”

“Ha’ah,” aku patuh.

“Mak… ayah pergi mana?” soalku ingin tahu.

“Ke surau dengan adik-adik… berjemaah.”

Alangkah indahnya suasana fajar kali ini. Inilah suasana waktu fajar yang telah lama kuimpikan. Selama beberapa tahun aku merindukan suasana ini… rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan, rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan hidup berbudayakan roh Islam. Dulu, subuh-subuh begini hanya ada aku seorang… bersama Kekasih, kini sudah ramai… juga bersama Kekasih. Terasa rumahku yang selama ini suram mula bercahaya… telah ada jiwa…

@@@

Aku menolong ibu menyediakan sarapan di dapur. Rezeki kami pada hari itu adalah cempedak goreng. Ayah masih di bilik. Menurut ibu, ayah akan terus berzikir sehingga terbit matahari pada hari-hari cuti. Tidak ada seorangpun ahli keluarga yang berbaring atau tidur. Semua ada aktiviti masing-masing selepas solat Subuh. Bukankah tidur selepas Subuh itu membawa kemiskinan, penyakit, malas dan lain-lain kesan negatif?

Shahrul dan Najib berada di bahagian belakang rumah yang sememangnya agak luas. Pada mulanya aku berasa janggal melihat mereka bersiap-siap. Apabila kutanya jawab mereka “nak riadah, ayah suruh”. Bukankah sebelum ini mereka kaki tidur nombor satu? Kalau hari cuti, dah tentu pukul sepuluh ke atas baru bangun. Lepas bangun menonton televisyen. Tengah hari baru mandi. Sekarang sudah berbeza benar.

Sesekali aku menjenguk mereka melalui tingkap dapur. Kalau tadinya mereka terkejar-kejar berlari anak keliling rumah, kini mereka berkuntau pula. Memang budak-budak berdua ni aktif dalam persatuan silat di sekolah, tapi tak pernah pula mereka berlatih pada waktu pagi. Bergomol dan berkunci-kuncian sampai basah kena air embun di rumput. Ini rupanya riadah mereka. Eloklah… memang digalakkan Islam.

Pagi itu kami menghadap sarapan secara berjemaah, semua ada. Ayah sendiri yang membaca doa beserta maksudnya sekali. Amboi, hebat juga ayah kami ni! Aku mengingatkan adik-adik supaya selalu menyebut nama Allah di dalam hati sepanjang masa makan. Mak dan ayah mengiyakan kata-kataku itu. Seronok rasanya mendapat sokongan mak dan ayah. Sebelum ini kalau aku menegur adik-adik tentang agama, cepat benar muka mereka berubah. Namun Allah Yang Maha Merancang bisa mengubah segalanya. Syukur.

Ayah ke pasar bersama Shahrul sementara Najib pergi ke rumah kawannya Hafiz untuk meminjamkan kaset kumpulan nasyid Raihan dan Diwani. Peluang ini kuambil untuk mengorek cerita daripada ibu.

“Mak, Ada rasa seronok balik kali ini.”

“Iyelah, dah dekat setahun Ada tak balik… tentulah seronok,” balas ibu sambil tersenyum.

“Ada rasa kan mak, rumah kita ni dah ada roh… tak macam dulu…”

Ibu tidak terus menjawab apa-apa. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya didongakkan ke dinding, menatap sebuah lukisan pemandangan yang cantik hadiah daripada menantunya Zamri, suami Kak Long. Lukisan itu adalah hasil tangan Abang Zamri sendiri

“Ini semua kerja Allah Ada. Mak sedar Ada sentiasa cuba merubah cara hidup keluarga kita… supaya kita berpegang dengan budaya Islam. Kami pandang remeh aje segala saranan dan teguran Ada.”

Ibu mengalihkan pandangannya ke arahku. “Itulah… kalau Allah nak ubah, siapapun tak sangka.”

“Apa dah jadi Mak?” soalku lebih serius.

“Abang Zamri Ada tu le… bukan sebarangan orang. Dalam diam-diam dia mendakwahkan budaya hidup Islam kat kita. Memanglah mulanya tu kami buat tak tahu… dia berjemaah ke surau ke, dia baca Quran ke, berzikir ke, cara dia berpakaian ke, apa ke di rumah kita ni.”

Memang kuakui Abang Zamri lain daripada yang lain. Sejak mula berkahwin dengan Kak Long lagi jelas perawakannya yang mulia. Gerak lakunya sopan. Tidak pernah meninggi diri.Tidak bergurau berlebih-lebihan. Hormat kepada orang tua. Mengasihi adik-adik. Kalau berbicara dengannya, dia tidak pernah lari daripada berbicara tentang Islam. Dia seolah-olah tidak terpengaruh dengan keseronokan dunia. Tidak ada perkara lain yang dicintainya selain daripada berjuang untuk Islam.

Abang Zamri jarang sangat pernah bercerita tentang kereta mewah, rumah besar, duit banyak, pangkat tinggi, perempuan cantik, muzik, filem, bolasepak, para artis, pakaian cantik dan lain-lain sedangkan semua itu diperkatakan sehari-hari dalam keluarga kami. Sememangnya dia ada kelebihan yang dikurniakan Allah SWT. Entahlah apa yang telah dibuatnya hingga keluarga kami berubah. Ingin kutanya pada ibu tapi… tunggulah nanti, apabila ada masa yang sesuai, insyaallah.

@@@

“Mak, Ayah, Shahrul dan Najib pergi ke rumah mak mertua Kak Long Ada… rumah keluarga Abang Zamri…”

“Mak ke Terengganu?” soalku.

“Iye, cuti penggal sekolah hari tukan Ada tak balik… kami pergi le ziarah besan kami.”

“Habis tu… apa yang jadi?”

Ibu terus bercerita dengan anjang lebar sambil kami melipat kain baju. Menurut ibu, keluarga Abang Zamri bukanlah orang senang. Adik-beradiknya seramai sembilan orang. Namun corak kehidupan mereka sungguh aman bahagia dan tenang Banyak perkara baru yang ibu dan ayah pelajari selama lima hari berada di sana.

Waktu tiba di kampung halaman Abang Zamri, keluarga kami disambut meriah dan penuh hormat. Gembira sungguh mereka menerima tetamu. Masing-masing dengan wajah ceria dan menampakkan ketenangan. Adik-adik Abang Zamri semua mencium tangan ibu dan ayah sementara Shahrul dan Najib dipeluk seolah-olah kawan lama. Ayah dan ibu agak terkejut dengan situasi tersebut kerana sebelum ini anak-anak sendiri pun susah nak cium tangan.

Rumah mereka bersih walaupun tidak mewah. Begitu juga dengan halamannya yang terjaga. Irama nasyid, bacaan al Quran, zikir munajat dan ceramah agama silih berganti kedengaran daripada radio kaset mereka. kalau di rumah kami tu, dari padi sampai ke malam dipenuhi dengan lagu-lagu artis tempatan dan luar negara.

Waktu Subuh sangat indah di sana. Sejak jam empat pagi lagi rumah itu telah dipenuhi dengan ibadah-ibadah sunat. Ada yang bertilawah, ada yang berzikir, ada yang solat dan sebagainya. Kemudian, yang lelakinya beramai-ramai solat fardhu Subh berjemaah ke masjid. Oleh kerana malu-malu alah, Ayah pun terpaksalah bangun dan pergi ke masjid sekali.

Dari awal pagi lagi keluarga Abang Zamri yang lelakinya turun ke pantai yang nampak dari rumah mereka. Mereka duduk mengelilingi Pak Luqman, bapa kepada Abang Zamri untuk mendengar tazkirah pendek. Kemudian adik-adik Abang Zamri yang kecil berlari-lari anak dalam satu barisan sepanjang pantai. Abang Zamri dan bapanya pula membasahkan tubuh dengan air embun yang diambil daripada pokok-pokok kayu. Tujuannya untuk menjaga kekuatan badan. Ayah hanya tersengih apabila dipelawa oleh Pakcik Luqman. Begitulah rutinnya setiap pagi selama ayah dan ibu berada di sana.

Waktu bersarapan tiba. Semua isi rumah ada, tidaklah seperti rumah kami- sarapan sendiri-sendiri. Mereka menghadap makanan dengan wajah yang manis, dimulakan dengan doa. Alangkah mesranya hubungan sesama mereka. Terasa suatu perasaan tenang yang sukar digambarkan. Sepanjnag masa makan, mereka banyak berbucara tentang kebesaran Allah dan nikmat-nikmat-Nya. Ayah dan ibu terpaksa bermuka-muka kerana tak tahu apa yang nak dicakapkan. Nak menyampuk… takut tak kena pula jalannya.

Selepas mengemaskan rumah secara bergotong-royong, adik-adik Abang Zamri berkumpul di serambi rumah. Mereka disertai oleh dua tiga orang anak-anak jiran. Rupanya mereka berlatih nasyid, siap dengan genderangnya sekali. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid popular dan juga lagu ciptaan mereka sendiri. Sura mereka yang berharmoni indah bergema sampailah ke tengah hari. Kata emak Abang Zamri, kumpulan nasyid budah-budak itu sering menerima jemputan di sekitar daerah. Selama lima hari di sana, ibu sudah jatuh cinta dengan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap album nasyid terbaru mesti dibelinya selepas itu. Dulu, ibu bukan main lagi… dengan karaoke dangdutnya yang terdengar sampai ke tengahjalan. Tentu ibu malu kalau terkenangkannya.

Kononnya hubungan Pakcik Luqman dengan isterinya sangat baik… macam baru berkahwin. Mereka selalu tersenyum dan bergurau, malah nampak malu-malu walaupun sudah tua. Kalau duduk tu… mesti nak rapat-rapat. Isterinya pun bukan main taat lagi kepada suami. Mungkin inilah yang membuatkan ibu dan ayah terasa sangat. Al maklumlah, mereka di rumah memang tak ampak mesra. Bergurau jarang, bertegang leher selalu. Benda kecil pun nak bertekak. Ayah balik dari luar pun tak pernah ibu sambut. Masing-masing dengan hal sendiri. Berbincang hal agama… jauh sekali.

Pelbagai pengalaman baru yang ibu dan ayah dapat di Terengganu. Agaknya mereka telah menemui formula keluarga bahagia… dan mahu mempraktikkannya dalam keluarga kami. Alangkah indahnya keluargaku kini…alangkah sayangnya Allah kepada keluargaku…aku bersyukur kepada-Mu ya Allah.

“Eh, Ada dengar ke apa yang Mak ceritakan ni?” soal ibu apabila melihat aku tersenyum mengelamun.

“Eh… mmm…dengar Mak”, jawabku serba salah.

“Mak sebenarnya berkenan pulak dengan sepupu Abang Zamri di terengganu yang ama Shahrul tu…”

“Alah mak ni… nak cerita pasal kahwin le tu”, cetusku lalu segera beredar ke dapur.

wanna more? Just go to : http://inarysa89.wordpress.com/


Pisang & Hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapanbiji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang laindalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!
Fikir-fikirkan................


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.