WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Thursday, December 23, 2010

UKHWAH GATHERING 10/11



Sunday, December 19, 2010

Simpan Dulu.... Berguna Nanti...



Saturday, December 11, 2010

Pelantok, episod 1..


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi di atas rahmat dan kurnianya, selesai lah sudah pengembaraan kami di Pos Pelantok selama 7 hari yang bermula pada 4 hingga 10 Disember 2010. Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan committee yang diketuai oleh saudara Riza Efendy kerana telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program COMRADE pada kali ini. Juga terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan ketaatan yang diberikan oleh semua peserta IPTA kali ini. Tidak lupa juga kepada pasukan ALUMNI COMRADE yang turut serta mengikuti program ini, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Sesungguhnya kehadiran kalian telah memberi kami kekuatan disamping membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Juga terima kasih diucapkan kepada wakil CENSERVE UIAM, Br.Khairulzain, Br.Amir & Br. Razali di atas kesudian menghadiri program kami pada kali ini. Dan akhir sekali terima kasih diucapkan kepada Pharmaniaga Bhd. di atas kesudian bekerjasama dengan COMRADE UIAM serta memberi rawatan dan bantuan kepada warga penduduk Orang Asli Pos Pelantok. Terima kasih semua.

Kalau ada kereta yang panjang,
Boleh kami tumpang naiki,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berprogram lagi...

<so&l;tnbr>
NEWER POST non-breaking spacenon-breaking spacenon-breaking spaceOLDER POST


Tuesday, November 23, 2010

GENG BELANTARA ALUMNI COMRADE UIAM (SIRI 4)


Ayuh !!!


Thursday, November 18, 2010

Malam ketika Sewang


" bunyi apa ketuk-ketuk tuh? sewang ke?" gurauku pada Huda, si manis di kampung Teji. kemudian Huda hanya tersengih sambil gelak besar bersama kakaknya Imah.
"Ye kak.."
"sewang?malam-malam ni?sape yang bersewang?" balasku hairan tanpa sedar sebenarnya jantungku meruntun laju ketakutan. "haish, apa pula malam ni Abe dan Amek nak bersewang pula.."  aku bermonolog.

"Abe dengan Amek,kak.." sambil ketawa.Ketika ini, aku masih waswas dengan jawapan mereka. Aku pun tergelak sama. Setelah ketawa berbaki, telinggaku sekali lagi menangkap bunyi buluh yang diketuk-ketuk dan ditambah pula dengan suara nyayian daripada mereka.Terduduk terus aku dari pembaringan bersama-sama muka yang seakan ketakutan.
"Awak betul-betul Huda, Imah...tak kan Abe bersewang pula malam ni..kenapa?" tanyaku lagi.
"iyelah akak, Abe dan Amek bersewang..kahkahkah..."
Apa yang membuatkan aku lebih takut apabila mereka berdua ketawa lebih berdekah-dekah. Aku pun apa lagi, berlari keluar dari rumah mereka dan terus turun ke tapak catering COMRADE ditemani oleh Najari, adik angkat kesayanganku.

Benarlah kata-kata Huda dan Imah, Abe dan Amek sedang bersewang di dalam rumah bersebelahan. terkedek-kedek aku berlari turun ke catering. Najari pula telah mendahului aku di hadapan. Mana tidaknya, rumah yang menjadi tempat sewang itu gelap, hanya bunyi ketukan buluh dan suara manusia yang kedengaran.
Tibanya aku di catering, aku disuruh pula memanggil semua peserta di setiap rumah keluarga angkat masing-masing. Dalam keadaan takut-takut berani, aku cuba untuk melintasi rumah sewang tersebut, malangnya ketika itu takutku melampaui dari segalanya, aku berlari turun semula.Kemudian, sekali lagi Najari menemaniku.

Dipertengahan jalan, Najari tiba-tiba hilang. Aku menjerit memanggil dia sambil melangkah kaki.
"Poooooommmmmmmmmmm....kakak, belakang kakak!!!" Jeritan Najari begitu kuat membuatkan aku hilang arah dan menggigil ketakutan.
"Naaajaaariiiiiii....jangan buat macam tu.."
"Kakak, jangan bising..nanti orang sewang marah.."
"awak yang kejutkan kakak macam tu..akak menjeritlah"
"kakak, kakak nak jatuh..saya nampak!" ketawa Najari terbahak-bahak. Aku pula menggigil tangan kaki menahan malu dan takut.
"geram betullah aku dengan budak ni..dia yang buat bising dia kata aku pulak..." 

"kakak, kalau kakak bising...nanti hantu dalam rumah sewang lari..nanti amek, abe marah.."
"lari pergi mana?" tanya aku lagi.
"lari pergi kat kakak lah..."sambung Najari.
"ish, awak ni...janganlah kata macam tu, kakak pun takut jugak.."
"saya pun takutlah kak.." zoom Najari berlari laju, sekali lagi meninggalkan aku. tanpa melengahkan masa lagi, aku pun memasang kuda-kuda mengikuti jejak Najari.

Setelah memesan kepada isi rumah yang pertama, sekali lagi Najari menemani aku ke rumah seterusnya.Berbekalkan lampu suluh yang malap aku berjalan bersama Najari mampu menghilangkan ketakutan yang bermain di minda.
"Kakak, jangan suluh lampu la.."kata Najari.
"Kenapa?"
"rumah sewang tu tak mahu ada cahay...nanti hantu lari"
"eh, awak ni...jangan cakap lagi pasal hantu lah..." bantahku.
"betul kakak, kalau hantu nampak lampu, dia akan ikut lampu..nanti dia ikut kakak..."
Lampu suluh yang sedia kala malap, aku tutup terus dek kerana ikut kata-kata Najari. Berjalan dalam gelap bukan mudah, ada saja tak kena. tersadung batu, tersepak papan, terpegang Najari, sampaikan Najari berlari dalam gelap meninggalkanku keseorangan. Aku hanya mampu bertawakal. Oleh sebab itu, aku terus membatalkan niatku untuk ke setiap rumah angkat.

Aku betul-betul tidak percaya pada diriku sendiri yang akur pada permintaan budak kecil yang berusia ( tahun. Najari sangat mempengaruhi aku ketika itu. Malu aku padanya..


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.