WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Saturday, November 6, 2010

Gempar: Banjir Besar Berlaku!


Dalam 2 ke 3 hari ini, di dada-dada akhbar jelas melaporkan tentang kejadian banjir besar yang berlaku di utara dan timur Malaysia. Yang banyak dipaparkan adalah di sebelah utara Malaysia, iaitu di negeri Perlis dan Kedah. Ada pun sekarang ini, Skuad Prihatin ABIM sudah pun bergegas menghantar skuad mereka ke sana bagi tinjauan dan tindakan segera menyelamatkan mangsa. Seorang alumnni Comrade yang terlibat dalam gerakan misi ini adalah saudara Mohd Shazni Abdullah, 24.

"Sekarang ini kami sendiri terpaksa menolak pajero. Memang dahsyat. Malam ini beberapa sukarelawan akan dihantar lagi ke sini (Kedah)," begitulah penjelasan yang diberi oleh Shazni ketika mana dihubungi malam tadi.

Mengikut laporan daripada akhbar tempatan, negeri Kedah masih dalam kebimbangan manakala Perlis pula dijangka telah pun mulai surut. Berikutan dengan itu, sejumlah penduduk berpindah lagi bagi tujuan keselamatan dan angka pemindahan ini meningkat dari semalam. Menurut laporan itu lagi, daripada 28,569 orang yang dipindahkan semalam, jumlah itu telah meningkat kepada 39,783 orang .

Krew Comrade sekali lagi mendapat laporan bahawa rumah salah seorang daripada ahli Comrade turut menjadi mangsa banjir. Raihan Farhanah Ahmad, 24, dan saudara Mohd Faisal Hamdi, 22, kini mengharapkan doa daripada seluruh umat Islam agar di kawasan mereka tidak seteruk di tempat-tempat lain seperti mana yang diposkan oleh beliau di halaman sosial terkenal iaitu facebook.
Laman Faisal Hamdi
Maka Krew ingin mengajak semua ahli-ahli Comrade sama ada yang baru atau yang lama harap dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan kawan-kawan kita yang sukarela membantu mangsa banjir. Tidak lupa juga marilah kita mendoakan keselamatan saudara-saudara seagama kita yang ditimpa ujian daripada Allah ini.

-beritaPERDANAcomrade


Wednesday, November 11, 2009

UPDATE DARI KELANTAN


We Observe We Experience We Lend a Hand
Oleh kerana program besar yang akan mendatang ini akan berlangsung di kelantan, maka kini adalah "highlight" isu-isu yg berlaku di Kelantan buat masa sekarang ini. Klate atau negeri che' siti wan kembang adalh satu negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Dengan loghat yg sangat lembut dan unik ia banyak melahirkan generasi bijak pandai serta alim ulama', namun tak kurang jugak yang agak 'gedebe' seperti mana yang berlaku di stadium Bukit Jalil tempoh hari (hahahaha sekadar gurau, jangan ambil hati yer), namun itu bukan isunya yang ingin di bawa buat semua comradean sekalian. Isu Banjir kini mungkin akan menjadi titik pertanyaan comradean, adakah tempat yg akn kita menjalankan program nanti akan di timpa banjir?

Lupakan sejenak. Kita buka dada akhbar dulu sambil minum air teh atau kopi:




ABDUL RASHID Abdullah (kiri) dan jirannya, Muhammad Husin membersihkan lumpur di hadapan rumahnya di Kampung Atas Paloh, Kota Bharu semalam

 Banjir semakin pulih di Kelantan


Oleh KHAIRI MOHAMAD

"KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih apabila kebanyakan pusat pemindahan ditutup dan penduduk mula pulang ke rumah masing-masing.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri memberitahu, sehingga pukul 5 petang semalam, hanya tiga pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu di jajahan Tumpat yang menempatkan 1,335 mangsa banjir.

Menurutnya, jajahan Pasir Mas yang sebelum ini teruk dilanda banjir kini berada dalam keadaan baik apabila 13 pusat pemindahan yang menempatkan 2,467 mangsa sudah ditutup.

"Pada pukul 1 tengah hari ini (semalam), masih ada enam pusat pemindahan yang dibuka dan sehingga lewat petang, semuanya sudah ditutup.

"Cuaca panas dan hujan yang berkurangan menyebabkan keadaan bertambah baik dan penduduk mula pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, jajahan Tumpat bagaimana tidak menunjukkan sebarang perubahan dan mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Jelasnya, air Sungai Golok masih belum surut sepenuhnya menyebabkan beberapa kampung di jajahan itu masih ditenggelami air."
CC: guano gamok pulok kat Ganu? Jasa nok gi sg Berue nanti?


Wednesday, October 28, 2009

Laungan Takbir Haji Menghampiri....




........Laungan Lembu Ternakan semakin Dekat

Salam Zulhijjah buat semua Umat Islam, dan khususnya buat COMRADEAN, dan lagi khususnya buat para komiti Islamic Practical Teaching for Orang Asli & Aidil Adha Mahabbah Project yang akan berlangsung di POS LEBIR, Gua Musang, Kelantan....

Dari meja Crew hari ini, insyaAllah sedikit tatapan buat seluruh umat Islam dengan menyiarkan berita terkini dari dada-dada akhbar tempatan tentang bulan mulia ini, dan seterusnya tentang perjalanan Musafir Rindu Baitullah (travelog para haji kita), mungkin ada daripada keluarga COMRADEAN yang terlibat secara langsung dengan ibadah yang termaktub dalam Rukun Islam yang ke-5 ini....

Sisipan Harian Metro pada hari ini...


SERAMAI 26,000 jemaah haji Malaysia akan memulakan ‘pengembaraan’ mereka bersama jutaan umat Islam di seluruh dunia bagi mengerjakan rukun Islam kelima tahun ini.

Sebagai tetamu Allah, ia adalah satu perjalanan yang begitu hebat. Di sana umat Islam tanpa mengira pangkat, kedudukan dan status akan bersama-sama memulakan ‘misi’ penting melakukan satu persatu ibadat tertentu bagi membuktikan mereka hamba yang kerdil kepada pencipta-Nya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”

Keberangkatan ke Tanah Suci sudah pasti memberi keinsafan tersendiri apatah lagi bagi jemaah yang mungkin pengalaman pertama.

Selama 44 hari di tanah suci pelbagai pengorbanan perlu dilalui tetamu Allah termasuk wang ringgit, meninggalkan keluarga, pekerjaan selain memastikan kesihatan di tahap terbaik.

Dengan iringan doa, setiap tetamu 'jemputan' Allah ini berharap mereka dapat menunaikan ibadat wajib berkenaan dengan sempurna dan pulang dengan haji mabrur.

Mengikut sejarah awal, ibadat haji ini dibawa junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu usaha menyambung ajaran Nabi Ibrahim. Mengerjakan haji ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah s.w.t mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

Pada permulaan ibadat itu, Rasulullah s.a.w bersama kira-kira 1,500 umat Islam berangkat ke Makkah tetapi gagal mengerjakannya kerana dihalang kaum Quraisy sehingga termeterai Perjanjian Hudaibiah yang membuka jalan bagi mengembangkan Islam.

Selepas perjanjian itu, pada tahun berikutnya, tahun ke-7 Hijrah, 2,000 umat Islam mengerjakan umrah bersama-sama Nabi Muhamad s.a.w.

Namun, haji yang sempurna hanya dapat dilakukan pada tahun ke-9 Hijrah apabila Rasulullah s.a.w mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengepalai 300 umat Islam mengerjakan haji.

Sepanjang hayat Nabi Muhammad s.a.w, baginda menunaikan fardhu haji sekali saja. Haji itu dinamakan ‘Hijjatul Wada’, Hijjatul Balagh dan Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji berkenaan baginda wafat.

Rasulullah berangkat ke Madinah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat seramai lebih 90,000 orang.

Baginda melakukan amalan seperti sunat ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali iaitu 10km dari Madinah.

Rasulullah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah selepas melakukan perjalanan selama 9 hari. Kemudian baginda berangkat ke Mina pada 8 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Pada 9 Zulhijjah Rasulullah berwukuf di Arafah yang pada hari itu jatuh pada hari Jumaat dan merayakan Aidiladha di sana.

Rasulullah s.a.w menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Pada hari terakhir pada 14 Zulhijjah, baginda meninggalkan Makkah pulang ke Madinah.
notakaki: Masjid sudah pun bersutuju utk memberi seekor lembu utk di korbankan di Pos Lebir, di samping kita sudah pun bersetuju untuk membeli 2 ekor lembu daripada Gua Musang (pakcik izzah). Bagi setiap komiti yang terlibat, kami mengucapkan tahniah kerana berpeluang utk beribadah bersama2 org asli negrito di Pos Lebir, jalankan amanah sbg da'e dan sebarkan kemuliaan Islam selagi mampu... kita tolong Allah, Maka Allah pasti akan tolong kita....

Nantikan update nya yer.....
We Observe We Experience We Lend a Hand


Tuesday, October 20, 2009

Ayat al-Quran pada kulit bayi



SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

We Observe We Experience We Lend a Hand

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

MADINA mendukung anaknya, Ali.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.