WELCOME TO COMRADE IIUM CLUB OFFICIAL SITE :: SELAMAT DATANG KE HALAMAN RASMI KELAB COMRADE UIAM :: SEGALA INFO TERKINI AKAN SENTIASA DIKEMASKINIKAN :: JANGAN JEMU UNTUK MENJENGAH DAN MENINGGALKAN KOMENTAR ::

Sunday, May 30, 2010

COMRADEAN DI KEMAS?


Negeri Sembilan, 29 Mei 2010- Mohd Nazli Zaik, 22, dan Razali Sudin, 24, telah di jemput ke sebuah Kompleks yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menjadi Juri dalam pertandingan Nasyid peringkat negeri Negeri Sembilan. Kedua-dua mereka merupakan ahli kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Orang Asli yang aktif.

Kelibat juri-juri profesional yang mengadili pertandingan nasyid

Pertandingan ini bukan sahaja menyajikan pertandingan Nasyid semata, namun beberapa lagi kategori lain juga turut di pertandingkan antaranya pertandingan tilawah al-Quran, berzanji serta marhaban. Semua pertandingan di bawakan oleh Kemajuan Masyarakat atau di kenali sebagai KEMAS. 

Menurut Nur Hafiza Ulul Amri, 24, pekerja di bawah KEMAS, pertandingan ini memang sentiasa di adakan saban tahun. Pertandingan peringkat kebangsaan pula akan diadakan pada awal tahun depan. Jabatan beliau sendiri yang mengendalikan program ini.

"Menjadi juri adalah satu kebiasaan bagi artis-artis nasyid. Saya biasanya menjadi juri untuk pertandingan di peringkat IPT-IPT. Dan inilah kali pertama saya menjadi juri dalam peringkat kebangsaan." Beritahu saudara Nazli yang merupakan bekas anggota Far East yang kini sedang membuat rakaman untuk lagu solo terbarunya yang di sediakan oleh saudara Isman, anggota kumpulan Hijjaz.

Salah satu kumpulan nasyid yang mengalunkan lagu mereka dengan penuh perasaan

"Bagi saya pula, ini adalah yang pertama. Dulu sekadar jurulatih nasyid di sekolah, dan membuat lirik serta melodi untuk lagu persatuan dan beberapa buah lagu nasyid. Namun tak sangka lah pulak dapat rezeki untuk menjadi juri kali ini. Banyak pengalaman yang saya dapat." Jelas Razali yang raut wajahnya masih lagi terkejut dengan peluang yang beliau dapat ibaratkan jatuh daripada langit.


Razali juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur di atas kepercayaan yang di beri dan berterima kasih juga kepada saudara Nazli yang banyak membantunya dalam menghakimi pertandingan.- ComradeNews



::We Observe We Experience We Lend a Hand::


Monday, May 24, 2010

Menapak Kembali di Cameron?


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

"Kampung Teji & Abu: Tunggu kami datang! - Jelas terlihat satu perasaan yang tidak sabar di riak-riak wajah peserta yang akan menuju ke Kampung Teji dan Abu, Cameron Highlands. Penulis sempat menemuramah Ketua Biro Latihan dan Tarbiyyah Kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Orang Asli atau lebih sedap di panggil Comrade. 

Comrade merupakan satu pertubuhan yang di tubuhkan sejak 90 an lagi, dan telah pun berjaya menapak di UIA puluhan tahun. Alhamdulillah, penulis akhirnya sempat jua menemu ramah saudara Mohd Firdaus Yusoff (gambar), pelajar Kejuruteraan tahun 2, jom layan!

Crew (C): Apa khabar Pidah?

Pidah (P): alhamdulillah sihat.

C: Dengar cerita Comrade akan membuat program di Teji Abu kali ini kan?

P: Alhamdulillah. Perancangan ini di buat dalam keadaan tergesa kerana pada asalnya kami ingin pergi ke Perak, Sg Siput. Kat situ ada Pos Pelantuk, tapi kampungnya besar. Lagi pun sekarang ini, kami berada dalam semester pendek. Orang pun tak ramai. Orang-orang atas (mainboard) pun ramai yang praktikal. jadi, kami berjumpa dengan Abg Khairulzain, Officer Censerve untyuk meminta pandangannya. dan akhirnya, Teji Abu menjadi pilihan.

C: So, macammana dengan persiapan sekarang ye Pidah?

P: Tadi kami baru sahaja membuat mesyuarat. Terlebih dulu, saya nak bagitahu kami rata-ratanya masih baru dan ramai juga antara kami yang tak pernah lagi pergi ke kampung ni. tapi mujurlah ada abang Max, senior kami yang banyak berkongsi pengalaman dan bercerita serba sedikit tentang program seminggu ni. At least tadi kami dapat faham bagaimana nature programnya. So masing-masing akan menjalankan kerja masing-masing, dan minggu depan insyaAllah kami akan mengadakan meeting sekali lagi. Meeting yang agak besar kali ini.

C: Dengar kata Pidah nak buat series of training, ada ke? apa fungsinya?

P: InsyaAllah, itu pun sebahagian juga dalam perancangan kami. Namun kini kami masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan modul-modul yang akan memberikan kesan yang positif kepada peserta-peserta program itu nanti, tujuan nya cuma satu, pemahaman dan juga meningkatkan motivasi pelajar-pelajar yang akan menyertai misi kami kali ini.

C: Mungkin ada apa-apa yang menarik untuk IPTA(islamic practical teaching for Orang Asli) kali ni?

P: Masih dalam mesyuarat dan ianya rahsia. Nak tau? Join lah program kami ni, insyaAllah pasti akan lain dari yang lain.(ketawa)

C: Apakah harapan Pidah untuk program kali ni?

P: Satunya, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Program yang lalu banyak memberikan saya pengajaran. dan insyAllah, dengan barsian komiti yang baru ini, saya yakin kami dapat memberikan sesuatu kepada Orang Asli. Untuk pengetahuan Pengarah Program untuk program kali ini ada dua, di sebabkan kita menjalankan program di dua tempat yang berbeza. Jikalau di kampung Abu, ketuanya adalah saudara Mohd Fadli (Pali) dan saudara Mohd Nazli Zaik. Kedua-dua mereka memang pilihan yang terbaik, insyaAllah.

C: Ada lagi untuk di tambah? Pesanan?

P: Saya harap kami dapat menyatukan semangat kejiranan kedua-dua kampung kerana sebelum ni, mereka seolah tidak rapat. kami nak memupuk semangat ukhuwah di kalangan peserta dan juga orang kampung. Itu sahaja. Ha, bagi yang mengikuti program ini insyaAllah kita nak bina satu pondok Comrade untuk permulaan, mungkin insyaAllah program seterusnya nanti akan di upgradekan berdasarkan kemampuan. tengok pada keadaan lah. Itu sahaja.

C: Terima kasih Pidah atas kerjasama yang di berikan.

P: Sama-sama.

Itulah sahaja temuramah yang berjaya saya rekodkan di laman Jom Lepak!


Pos Tuel: Tunggu Kami Datang


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

 kanak-kanak Orang asli di Pos Tuel

UIA, Gombak- 24 Mei, Sekumpulan pelajar daripada UIA akan bergabung tenaga dengan jawatankuasa Masjid Bangsar serta ABIM dan juga beberapa pertubuhan lain untuk menjalankan satu program kemanusiaan di Pos Tuel, Gua Musang, Kelantan. Dulunya, kampung ini merupakan salah satu kampung angkat kepada Kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Orang Asli (Comrade). Namun selepas bebarapa ketika, kampung ini menjadi kampung angkat kepada ABIM dan beberapa pertubuhan yang lain dan ini menyakinkan kumpulan UIA untuk tidak lagi meneruskan program di sini lagi kecuali dengan program tinjauan sahaja.

Ketua rombongan daripada kumpulan UIA ialah Mohd Fadli Mohd Nor, merupakan pelajar Kejuruteraan tahun 3 berkata bahawa program yang di rangka ini emempunyai satu misi dakwah yang begitu terancang dan unik. Misi menyatukan kelima-lima kampung membentuk ukhuwah yang mantap menjadi nadi penggerak bagi anak-anak muda ini dalam berbakti kepada kaum Orang Asli.
Sehubungan dengan itu katanya lagi, pelajar-pelajar UIA cuma mengambil bahagian dalam bidang modul dan biro sukan. Ini kerana lantaran peserta nya memang daripada pelajar-pelajar maka memang wajarlah untuk mereka mengajar dan mengambil alih kanak-kanak di situ.

"Kita sudah pasti akan menaburkan kasih sayang di situ. Lagi pun memang saya teringin ingin pergi di pos ini. Ini adalah pertama kali saya pergi ke sana." jelas saudara Fadli atau lebih dikenali sebagai Pali dengan penuh perasan terharu dan tidak sabar lagi untuk menempuh perjalanan yang sukar masuk ke dalam kampung.

28 sehingga 30 Mei ini di pilih untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah di sana. Harapan beliau cuma satu, di harap program gabungan ini akan menghasilkan impak yang cukup tinggi di samping membuahkan hasil yang cukup membanggakan baik kepada orang kampung dan juga peserta. -ComradeNews


COMRADEAN di TV3?


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar ni. Hahahaha bertuahnya mereka, kan?


Penulis berdiri di sebelah Dato' Farid

19, 20 & 21 Mei 2010- UIAM, Gombak: Sekitar 34 orang pelajar sekolah rendah daripada Selama, Perak datang menginap selama 2 malam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program lawatan sambil belajar ini di taja oleh Briia Consulting dan bekerjama dengan Pusat tanggungjawab Sosial Universiti UIAM (Censerve). 

Sekitar 15 orang kakak-kakak dan abang angkat yang terpilih rata-ratanya datang daripada pelajar-pelajar yang banyak bergiat di dalam program khidmat masyarakat, termasuklah beberapa pelajar daripada Kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat Orang Asli (Comrade).

Ahli Comrade yang menyertai program ini adalah Nurul Jannah Ahmad Sukri Hamidi, Nurul Izzah Ahmad, Roszaini Che Nordin dan Umi Kalsom Selamat. Manakala ketua Abang Angkat dan Kakak Angkat ni adalah merupakan bekas Pengarah Program IPTA Sg Rual, dan bakal mengepalai rombongan Comrade ke Kg teji dan Abu iaitu saudara Mohd Nazli Zaik.

"Program ni memang memberikan kami satu pengalaman yang takkan pernah kami akan lupakan" Jelas Roszaini yang juga merupakan penolong biro Perhubungan Awam Comrade.

"Upin dan Ipin memang best tau. lagi satu saat kita jumpa dato' Farid, memang tak pernah sangka dapat jumpa beliau. Beliau memang ada karisma lah. Macam dalam mimpi je rasanya. Siap suruh kawan saya tau agar tampar pipi saya, takut-takut memang saya bermimpi," dengan wajah yang penuh ceria, Nurul Izzah atau lebih manis di panggil dengan panggilan Eja panjang lebar bercerita perihal kenangannya di TV3.


Manakala seorang lagi ahli Comrade yang menggantikan ketidak hadiran Nur Adilah Hamid daripada Titian Asli iaitu Najwa Izni pula berkata bahawa dia takkan lupakan adik-adik angkatnya. Begitulah betapa tersentuhnya hati kakak-kakak ini apabila bersama dengan adik-adik yang miskin dan yatim ini. 

Mereka berharap agar dapat lagi bertemu dengan adik-adik ni dan yang pastinya dapat berjumpa dengan dato' Farid lagi! Siapa tahu kan?- comradenews


Tuesday, May 11, 2010

C.E.R.I.T.E.R.A. L.E.B.I.R


::We Observe We Experience We Lend a Hand::


Alhamdulillah...setelah sekian lamanya blog ini menyepi, akhirnya ada juga khabaran yang mampu saya kongsikan bersama para pembaca. Program IPTA yang dijalankan di Pos Lebir,Gua Musang baru-baru ini meninggalkan begitu banyak kenangan suka dan duka. Mengapa mesti adanya duka walaupun suka? Segalanya bermula...


 Rombongan kami yang menaiki 2 buah bas 'Jom Heboh' selamat 'mendarat' di perkarangan pintu masuk Pos Lebir lebih kurang pukul 8.45 pagi. Setibanya kami di sana, kami diminta 'berehat' sebentar sementara menanti kedatangan trak yang akan membawa kami menjelajah Pos Lebir. Sesungguhnya, 'penantian itu satu penyiksaan'.

Trak yang digunakan untuk mengambil peserta sangat besar dan mampu memuatkan kesemua peserta perempuan!! Dalam trak tu, hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan kami menjadi sardin dan cacing yang kepanasan. Namun, Alhamdulillah..semua peserta selamat sampai di kampung tersebut setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, kejadian di dalam trak inilah yang menjadi kenangan terindah bagi kami semua.




Setibanya di kampung tersebut, kami semua bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal dan pihak catering pula sibuk memerah keringat di dapur bagi menyediakan juadah untuk kami semua mengisi perut yang sudah pun mengalunkan irama keroncong. Seperti biasa, bila perut dah kenyang, hati pun senang. PC ataupun Program Coordinator mula mengambil alih tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Semua peserta diberi sedikit taklimat dan peringatan mengenai apa yang bakal kami lalui sepanjang program ini.

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa”

(al-Hajj:40)




Biro RnD telah pun membahagikan semua peserta kepada keluarga angkat masing2. Maka dengan ini, bermulalah perjalanan mereka merentas panas terik matahari dan jalan2 kecil yang akan membawa mereka ke destinasi yg dituju iaitu rumah nak dan abe. Biarpun letih namun semua itu tidak mematahkan semangat kami. Kedatangan kami ke rumah mereka bukanlah dengan tangan kosong. Sedikit buah tangan yang didatangkan khas dari Gombak dihulur kepada tuan rumah sekadar ingin mencuit hati mereka.


Meskipun ada di antara kami yang menerima sambutan yang kurang memberansangkan drpd tuan rumah namun itu semua bukanlah penamat segalanya. Kesabaran saat ini sungguh menguji. Di dalam hati mereka berkata, "sabar,takpe..ni baru permulaan.."

"Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik, dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t."




"TANGGUNGJAWAB BUKAN ARAHAN"

Sambil menyelam minum air. Begitu jugalah kami, COMRADE, berhijrah jauh dari UIA Gombak ke negeri Cik Siti Wan Kembang semata-mata ingin menyampaikan 'Risalah Allah'. Kehadiran kami di sini adalah untuk menyebarkan agama Allah dan juga menziarah kehidupan orang asli yg masih lagi serba kekurangan. Berziarah sambil Berdakwah, mengikhlaskan hati hanya kerana Allah.

Ingin saya kongsikan sesuatu di sini yg mungkin juga luahan hati saya sendiri setelah melalui program ini. Mengapa mesti ada yang mempertikaikan arahan yang diberikan sedangkan mereka semua tahu bahawa tanggungjawab mereka itu adalah satu amanah. Arahan yg diberi bukanlah 'ARAHAN' tetapi adalah untuk mengingatkan mereka akan 'TANGGUNGJAWAB' mereka. Sesungguhnya setiap insan itu tidak pernah lari dari sifat lalai dan merupakan tanggungjawab semua untuk memperingati satu sama lain seperti yang termaktub di dalam Al Quran dalam surah al-Asr.


Inilah Persaudaraan Islam


Seluruh umat Islam itu bersaudara tanpa dibatasi oleh warna kulit, kaum, loghat bahasa, kaya atau miskinnya, cacat atau sempurnanya.

Apakah kita sudah kenal erti persaudaraan sesama Islam?.



Di zaman ini, kita bagaikan manusia yang hanya mengenal orang dengan berdasarkan wangnya, pangkat dan kehormatan serta keturunannya. Hilang sudah rasa persaudaraan apabila terdapat sedikit khilaf, benci dan dendam menumpuk di dalam hati bila tidak senang melihat kesenangan orang lain. Apatah lagi, harta yang banyak telah menenggelamkan mata hati untuk membantu jiran yang susah di kanan kiri.

Persaudaraan sesama teman dan sahabat kian menjurang kerana kita tidak cuba hendak mengenali. Kita tidak ingin merasakan kesukaran yang dihadapi oleh saudara kita, tetapi sambil mengerling (tahu rasa bersalah) terus melangkah kaki pergi dari kesukaran itu. Dan di dalam minda berkata "Mengapa aku perlu bersusah payah memikir kesusahan orang lain dengan diri aku yang sudah sedia susah". ALlahu ALlah.... beginilah keadaan umat Islam.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bersatu teguh bercerai roboh, "Hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama diratah".

Entah, siapa lagi yang ingin memerhatikan ibarat di atas?

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ

"....Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.."
(Al-Maidah : 2)

Di bawah ini menceritakan bagaimana persaudaraan sesama Islam yang ditunjukkan oleh RasuluLlah dan para sahabatnya. Semoga beroleh pengajaran.

Gambaran kerja kaum Muslimin dalam usaha menggali kubu, telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Al Barra' r.a dengan katanya :
"Di hari pakatan barisan musyrik dalam peperangan Khandaq, aku telah melihat baginda rasuluLLah s.a.w memunggah pasir dari kubu-kubu hingga tertutup kulit perut baginda RasuluLLah s.a.w. Aku lihat perut baginda penuh dengan debu-debu dan diriwayatkan dari Anas r.a bahawa kaum Ansar dan Muhajirin bertaruh dengan masa mereka menggali kubu dengan memikul tanah-tanahnya dengan kata mereka. "Kami dengan Muhammad bersumpah setia kekal dengan Islam sepanjang usia. RasuluLLah s.a.w menjawab pertaruhan mereka dengan katanya :

"Ya ALlah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat. Oleh itu, berkatilah kaum Ansar dan Muhajirin"


Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam hadith sahihnya dari Jabir r.a telah berkata di hari menggali kubu: :

"Kamu telah direntangi oleh seketul batu pejal, sahabat-sahabat bertemu RasuluLLah s.a.w lalu menceritakan: "Ada batu pejal ya RasuluLLah yang merintangi penggali kubu". Jawab RasuluLlah s.a.w : Nanti aku pecahkannya", kemudian baginda terus bangun sedangkan perut baginda diikat dengan batu (untuk menahan lapar). "Tiga hari berturut-turut kami tidak menjamah makanan". RasuluLLah s.a.w mengambil pemecah batu (Al Ma'ul sejenis cangkul) lalu dicangkulnya batu hingga menjadi hancur, Kemudian aku berkata :

"Ya RasuluLLah 'alaihi wasssalam, izinkanlah kepadaku untuk pulang ke rumah, lepas itu aku berkata kepada isteriku: "Aku lihat RasuluLLah S.a.w sudah tidak boleh sabar lagi. Apakah engkau ada sesuatu untuk dimasak? Jawabnya: "Aku ada biji-biji bali dan seekor kambing betina". "Aku pun menyembelih kambing dan mengisar biji-biji bali kemudian aku masakkan kambing di dalam periuk. Setelah itu aku datang menemui RasuluLLah s.a.w sedangkan tepung yang diuli sudah merekah manakala periuk di atas tungku lagi tadi hampir-hampir masak.

Aku berkata kepada RasuluLLah s.a.w : Saya ada sedikit makanan, ayuh RasuluLLah s.a.w dengan seorang dua lagi. Kemudian RasuluLlah s.a.w bertanya: "Banyak mana makanan itu?" Aku pun menceritakan kepada RasuluLLah s.a.w. Kata RasuluLLah s.a.w : Itu banyak, lagi baik. Katakan kepada isterimu jangan angkat turun periuk dan juga roti, biarkan di atas dapur hingga aku tiba.

Kemudian RasuluLlah s.a.w berseru kepada sekalian Muhajirin dan sekalian Ansar: "Ayuh bangun dari tempat kamu". Di tengah jalan pula RasuluLLah melaung: "Wahai penggali-penggali kubu, ini dia Jabir telah menghidang makanan! Ayuh kesemua kamu, Bila Jabir masuk ke dalam rumah lalu berkata : Apa kata kamu, RasuluLlah telah datang bersama-sama Muhajirin dan Ansar dan orang lain." Berkata isterinya :"Adakah RasuluLLah s.a.w telah bertanyakan tentang makanan itu?. Jawab Jabir :"Ya!". Jawab isteri Jabir : "ALlah dan RasulNya lebih mengetahui".

Kemudian datanglah RasuluLLah dan baginda berkata: "Ayuh masuk dan jangan teragak-agak." RasuluLLah s.a.w mematah-matahkan roti dan meletakkan masakan daging di atasnya. Manakala periuk dan dapur memasak roti masih bertambah bila diambil sehingga sekalian yang datang kenyang dan banyak bakinya lagi. RasuluLLah s.a.w berkata kepada isteri Jabir: "Engkau makanlah hidangan yang baki kerana manusia ditimpa kelaparan."

Dalam riwayat yang lain pula kata Jabir : Aku bersumpah demi ALlah, mereka telah memakan masakanku hingga kesemua mereka beredar tetapi periuk kami masih penuh seperti mula lagi dan tepung kami masih boleh dibuat roti lagi."

SubhanaLlah, RasuluLlah tidak tega melihat dirinya sahaja di dalam kekenyangan sedangkan sahabat-sahabatnya yang lain menekan perut di dalam kelaparan. Bahkan RasuluLLah sendiri terlibat dengan penggalian parit. Jika difikirkan tentu sahaja orang yang semulia RasuluLLah tidak perlu membuat kerja, berehat dan memerhatikan sahaja sambil bersenang lenang di pembaringan.

Berbeza sungguh sifat kepimpinan baginda yang sanggup turun membantu orang Islam. Memecah batu, memberi makanan sendiri kepada sahabatnya.

Dan begitulah, sejarah selalu menjadi panduan kepada orang yang ingin mengambil iktibar dan pengajaran agar dapat bermuhasabah diri.

Jika seorang susah, kami turut merasakan kesusahannya

Menurut riwayat lain (diceritakan oleh Dr Yusof al Qardhawy dalam kitabnya Iman dan Kehidupan), pernah terjadi dalam suatu peperangan, antara Muslimin dan musuhnya terbentang sebuah sungai. Mereka diperintahkan oleh panglimanya, supaya menyeberangi sungai. Semua patuh kepada perintah dan terjun ke dalam sungai. Sedang musuh melihat mereka dari jauh dengan penuh kegentaran.

Sampai di pertengahan sungai, melihat mereka semua hilang dalam air, seolah-olah tenggelam dan serentak terapung kembali di permukaan air. Musuh mengetahui apa sebabnya kejadian serupa itu. Diketahuinya bahawa salah seorang di antara mereka (tentera Muslimin) jatuh piringnya ke dalam air, lantas berteriak mengatakan : "piringku...piringku...!" Lalu mereka menyelam semuanya mencari piring yang jatuh itu sampai dapat.

Musuh yang memerhatikan hal itu merasa :"Kalau mereka berbuat serupa ini mengenai satu piring yang jatuh kepunyaan salah seorang di antara mereka, apa gerangannya yang akan mereka perlakukan, kalau kita membunuh salah seorang dari mereka!". Akibatnya musuh menyerah kalah kepada tentera kaum Muslimin.

ALlahu..ALlah.. inilah dia persaudaraan Islam yang telah ditunjukkan oleh umat terdahulu.. Bagaimanakah persaudaraan Islam yang kita tunjukkan sekarang ini? ..


Thursday, May 6, 2010

LEBIR @ BERITA HARIAN


::We Observe We Experience We Lend a Hand::


 Sekali lagi geng kita masuk ke dalam surat khabar! Program Lebir telah di paparkan di dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 6 Mei 2010. Sisipan di dalam ruangan Varsiti ini telah di tulis oleh Ruslan Rusly atau Abang Lan PRO.

Muka Depan Berita Harian.


Nama "Coomunity Reserach for Orang Asli Development" sekali lagi gah tertulis di dada akhabar.


Wednesday, May 5, 2010

Bila Raja Sehari Menjemput


::We Observe We Experience We Lend a Hand::

Assalamualaikum buat semua warga COMRADE! Anda semua di jemput datang secara meriah-meriah ke Putrajaya untuk menhghadiri majlis perkahwinan seorang Senior kita yang dulu nya cukup berbisa melibas! Namun kini, beliau sudah pun bersara dari dunia AYOB dan sudah pastinya akan menjadi SUAMI yang terbaik kepada ISTERI nya yang tersayang!

Tahniah kepada Abang Shukri dan Kak Aisyah! Mieeeeoowwwwww........!!!!


Jadik bagi siapa-siapa yang mendapat jemputan tu dapatlah kiranya hadir ke majlis walimatulurus mereka ye?

Majlis di Rumah Perempuan pada:

29 Mei 2010

Majlis di Rumah Lelaki:

5 Jun 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU DARI KAMI WARGA COMRADEAN KHUSUSNYA DARIPADA CREW GENG!


 

C.O.M.R.A.D.E Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.